21 December 2010

What do you think about moisturiser?

Guardian is no.1 on my top list of store where to shop beauty product, why?because easy for me to find skin care product which is suitable for my skin, although not all of them but still, every new product e.g Hada Labo, Nutox Oxyfusion, Loreal etc good on my skin... Actually, i'm start having skin problem when i'm 14, yup, acne's everywhere...scares me but at the age like that, girl like me don't care much.. haha!
Back to topic, moisturiser is complex mixtures of chemical agents specially designed to make the external layers of the skin (epidermis) softer and more pliable, by increasing its hydration (water content) by reducing evaporation. (source: wikipedia... girlssss) hahah! Got it? No? Let see in different way, after cleansing, i will use toner to make my skin more sensitive with active ingredients in the moisturiser.. then i'm applying moisturiser ( usually a night cream ) with a gently massage to my whole face and don't forget the neck.. Well, for me i will using moisturiser every night..it is important for me to rehydrate my skin during the night cos' at day my skin were exposed to air-conditioning and UV rays... :-)
i'm choosing nutox night cream repair, the best product after using hada labo mask, makes my skin more softer than ever!!!
hada labo mask, which you should never think twice to try this product, love it!!!

My Office Table

Wanita yang berkerja, tak kira swasta atau kerajaan biasanya lebih menitikberatkan tanggungjawab atau amanah yg mereka pegang, which is, what they do everyday in office or how they communicate with client.. Kalau dilihat dari sudut pandangan lain, contoh their nice table, i mean dimana meja kerja mereka or where they seat, I can see that most of them love to put decorated flowers, colorful small paper (for them to take a note) or cute design jar to put stationery inside it, photos and frames of their friends and family, and not to forget their table cloth (oh my, i can see that every table ada skirting warna-warni with lace, of course!) 
But my story is, i'm different.. you see, i am technician, what i do? repair and fix computer, sometimes upgrade and update computer applications. I can say a lot but with 100 list may didnt end til night, hehehe! My table? Just imagine, where my screw driver, CD's, screw and bolts, wires....oh god, feel like my life full of mess!! no flowers, no photos, and lots of notes.. I wish i can have office table like this, in a special and privacy room :-)

pacificcoastfurniture.com

simple makes better :-)

someday i will work at home :-)
but it's just a dream.....impossible for me to achieve it, but I still pray 1 day my life will change!

01 December 2010

I am ready to be Mom!

Alhamdulillah, selepas setahun 10 bulan aku genap jadi isteri to my beloved husband kini aku dah sedia jadi ibu kpda bakal cahaya mata yg masih lagi dlm pewot, hehehe!Aku syukur sangat2!Alhamdulillah Allah telah makbulkan doaku dan doa semua orang yg doakan kami berdua, terima kasih banyak2 especially my mother and mother in law, merekalah yg banyak membantu...
kalau diingat balik macam2 ubat yg aku makan, termasuklah jamu tradisional, segala urutan perut, huuuu memang sedih jugakla... mujurlah suami sentiasa pujuk aku supaya banyakkan bersabar.. 

ni bukan test kit aku k, ni cuma contoh yg serupa dengan test kit aku
kadang2 boleh sampai aku jeles kawan2 aku yg baru kahwin dah pregnant, menyampah tul lah, org cakap 'bunting pelamin', hemmmm...nak buat camana, dah rezeki diorang.. 
bila aku dah pindah tempat suami, kebetulan kawin adik ipar, majlis buat dirumah la kan, ntah tetiba lepas 3 minggu je, dah tepon mak mertua aku bgitau yang dia pregnant...... WHAT THE?????!!!!!!!

aku selalu simpan dan amalkan perasaan SENTIASA POSITIF tak kira berada dimana..sentiasa TENANGKAN FIKIRAN, kalau tak dapat, cuba amalkan selawat seberapa banyak yg mungkin sehingga kita berasa tenang, Insya Allah, Allah sentiasa membantu umatNya.. 
aku tahu banyak pempuan diluar sana yg mahu hamil tapi tak dapat2, puncanya mungkin sebab hormon tak balance, stressed, pemakanan yg tak seimbang dan banyak faktor yg lain, aku nasihatkan, JANGAN TERLALU FIKIRKAN MAHU HAMIL, betul kowang cubalah petua ni, Alhamdulillah aku hamil sebab amalkan petua ni.(ni petua ke?) whatever la! 
"SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERJUANG YE KAWAN2"

24 November 2010

Wanita Cantik Sihatkan Lelaki?

Macam tak percaya kan dengan tajuk ni? Takpe jom kita kongsi bersama dengan sumber yang aku dapat dari majalah Rapi isu Nov 2010. Antara artikel yg buat aku tertarik ni lah, wanita cantik boleh sihatkan lelaki.

"Wahai lelaki, ada berita baik untuk memastikan kesihatan terus terpelihara. Mudah saja, selalulah berdampingan dengan wanita cantik! Ini dibuktikan melalui kajian University of California seperti dipetik oleh Telegraph. Kajian mendapati kehadiran wanita cantik meningkatkan hormon testosteron dan kortisol lelaki. Hormon ini berfungsi sebagai pembangkit ghairah selain menambahkan kesihatan dan memberi tenaga. Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat saraf dan meningkatkan kepekaan. Jika tahap kedua-dua hormon ini sama-sama meningkat, anggota badan pun akan terasa lebih sihat. Kajian diketuai oleh Dr. James Roney itu melibatkan 149 pelajar lelaki berusia 18 dan 24 tahun yang dipertemukan dengan wanita cantik dan tentu sekali memikat hati. Selang beberapa minit pertemuan, air liur responden diambil dan diuji untuk megetahui kadar hormon testosteron dan kortisolnya. Disinilah satu fakta menarik ditemui, hanya dalam masa 5 minit berbual dengan wanita cantik itu, tahap testosteron mereka meningkat hingga 14% manakala hormon anti tekanan kortisol meningkat sehingga 48%."
Pada pendapat aku pula, cara lain yang boleh buat lelaki sihat ialah mengamalkan makanan yg sihat, kurangkan merokok ataupun JANGAN merokok, amalkan solat 5 waktu bagi mereka yg muslim, dan kurangkan memakan makanan segera seperti kfc, pizza, mcD dan yang seangkatan dengannya.. lebihkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran, anda bukan sahaja nampak sihat dan segar malah segak dan tampan yang boleh membuatkan mana-mana wanita cantik tergila-gilakan anda (aku memang over).

Gunung Ledang

Salam dan sejahtera semuanya~

Gunung Ledang , hemmm mesti semua tau cerita pasal puteri ni kan? kalau yg tak tahu, meh aku ceritakan skit, mengikut lagenda melayu, Sultan Mahmud Syah kematian isteri pertamanya, dia berkeinginan untuk mengahwini Puteri nie, jadi dia perintahkan para pembesarnya yg setia untuk meminang Puteri ini. Dipendekkan cerita, Puteri Gunung Ledang telah meletakkan beberapa syarat kepada Sultan Melaka dan antaranya ialah semangkuk darah anak Sultan Mahmud, iaitu Raja Ahmad sebagai hantaran.. perghhh! tak tergamak aku kalau aku di tempat Sultan.. 
end of story, hehe! tu je lah yg dpt aku critakan,.itu pun aku ikut sumber yg dipercayai di Google, korang boleh cari ye, hehhehehe! aku nak ckap pasal gunung ledang ni bukan psal apa, cuma tempat ni adalah salah satu tempat yang aku pernah pegi, memang cantik dan sungguh indah...Subhanallah.. 

masa pegi nie, suasana kaki gunung paling atas memang sejuk oleh sbb hujan renyai, korang boleh tgk sendiri kan kabus tebal tuh, memang cantik... air sungai pula mengalir tenang.

sekarang ni Gunung Ledang menjadi tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negara (ayat aku formal sangat pagi ni, takpe, hehe)
kami pasangan bahagia mengambil kesempatan tuk mencari ikan dalam air, hehehe! dating jap, haha!
my biras(baju biru), adik ipar suami, kitorang gi ramai2 sebenarnya, tapi gambar yg lain tak tau lah mana da aku simpan, aku tak ingat.  
kemudian mula lah babak antara Puteri Sabah dan Sultan Segamat, hehe!

romanticnya suami aku neh (ok aku da nampak ada org jeles)
yup mmg over sket haha! (takpe yg penting kitorang da kawen)hehe!
merpati dua sejoli (walaupun ada Laut china selatan menjadi pemisah kami, tapi 'everyone can fly' banyak membantu, ribuan terima kasih diucapkan)hehehehehehehe!

The End~

18 November 2010

Updater? Takda kena mengena pon**

Bismillahhirrahmanirrahim...
dimulakan dengan salam ukhwah dan kabareee?
semoga sihat hendaknya, mcam tulis surat la pulak, huhu!
kalau aku cakap "alamak, rasanya dah lama tak update blog ni...." so lame isn't it?
so aku akan mulakan entry dengan ........
 "
"
"
HAMPEH!!! terhegeh2 nak update blog!!!! aku dah marah ni, walaupun takdelah se famous mana pun blog aku ni, aku punya sukalah, nak update entry apa, aku punya diary, yg bukan diary (rahsia peribadi ke?) so WHAT?? like i said, aku punya suka.... (tension gaji lambat masuk)
ok guys for those who haven't read my blog, yup this is me, the truly me, i like to share lots of things bot not all things.... you know what i mean, right? sometimes privacy also counted, even celebs did it too.....again, YOU KNOW WHAT I MEAN, right?
haa....kan dah buat aku merapu cakap omputeh, hehehehehe! aiiiiyyaaa...
walaupun aku takda tujuan nak update blog kali nih, tapi aku dah buat entry dan ter'update blog aku nie kan.. its fair isn't it.. SHARING IS CARING???betul ke? in reality, totally NOT! serius, continue in upcoming post! see ya!

wassalam~~~

15 November 2010

Hada Labo vs Cure Natural Aqua Gel

Hi, aku skg memang tgh obses dengan skin care product dari Jepun, hehe! of course sebab produk yg mereka hasilkan berasaskan ramuan semulajadi tanpa alcohol, perfume, dan minyak.. selain itu ia juga sesuai untuk kulit wanita asia,macam kita :-) **untuk kita2 aje** actually lelaki pun boleh pakai, untuk penjagaan kulit semua, aku cadangkan korang pakai hada labo ni, its very affordable, harga skg rm38 kat Guardian..

cara pakai pun senang, ikut philosophy hada labo "PERFECT X SIMPLE" dalam melayu sempurna dan mudah :-) lepas pakai pencuci muka, apply 2-5 titis lotion hada labo ke tapak tangan korang and pat gently until its truly obsorbed on your skin..tgk video bawah ni


cute right ;-)

TAPI... untuk lebih advanced lagi, aku dah try and resultnya dalam masa 2 hari je, aku pakai hari Sabtu dan Ahad, yelah public holiday kan.. malam sabtu tu sebelum tido aku pakai Cure Natural Aqua Gel,

pastu lap muka kering2 then apply lotion hada labo, kan prinsip cure natural aqua gel ialah 'gently removes dead skin, pastu bangun pagi pas solat subuh pun pakai lagi, takpe dok umah jer,hehe!pakai 2 kali sehari ikut directions blakang botol tu, Insya Allah, memang...kulit terasa segar dan lebih hydration!!! kulit bertambah gebu, lembut dan cerah, suami pun makin sayang~~ hehehehe!~~~ i love it!!!

03 November 2010

lebih girly dari sebelum ni

Salam, kowang penah dgr ayat 'girly' tak?? aku xpenah tapi aku faham ayat tuh,haha!
yup, blog aku dah bertukar wajah lebih feminin sket, dengan pempuan jepun comel pegang camera dan ayat2 kat header tu memang seswai ngan aku,ye korang boleh muntah sekarang, hehehhe! setakat ni pakai je lah layout free yg ada kat tenet ni, nak pakai header guna gmbr sendiri pastu order suh org buatkan, i tak mampu lah, bukan lokek, tp mcm sia2 je..yelah ikut pendapat masing2 lah ye.. hehehe!
Alhamdulillah dah 23 tahun aku bernafas, syukur setulus hati aku panjatkan doa ke hadrat ilahi semoga yang kusayangi yang kuingati sepanjang hayatku sentiasa diredhai dan dirahmati Allah....
buat mereka sahabat handai yg jauh dari mata, wei kowang jangan risaulah aku dah dekatkan korang dgn hati ni... adeh napelah syahdu sgt entry kali ni...
blog,  ko pula baru kecik lagi.. aku pun tak tahu lah umur ko brapa skg, tp yg aku tahu ko lah peneman saat aku gembira dan sedih ko lah juga peneman saat aku bercerita dan berkongsi ngan orang ramai.. orang tengah aku wehhh.. hehe!
buat followers yang baru follow aku terima kasih daun keladi, terima kasih banyak2 sbb sudi follow aku, hehe! aku pun tak tahu korang nak follow aku ke mana suka ati masing2, heheheh!
citer hari nie ringkas, AKU PEGI LANGKAWI LAGI dan langkawi tengah tunggu aku sekarang haha! honeymoon kali ke-2 lah konon, member aku ckp "kalau akak, hari2 pun honeymoon" hahaha! 
alright guys! HAPPY HOLIDAY AND HAPPY DEEPAVALI!!!!!!! daaaaaaa~~~~

22 September 2010

Plan when I got my salary after 3 months :-D

Dear blog,
Macam2 dah aku fikir dalam kepala ni, dah banyak aku fikir. Pastu aku singkatkan lagi senarai dan fikir mana yang penting je. Pastu aku fikir masak2 lagi dan considered mana2 yang boleh menjimatkan, tanya suami, kira budget, finally...inilah yang tersenarai =)

1: The most important thing (bayar kereta)!
2: Beli external cd-dvd drive (tersangatlah penting memandangkan ianya melibatkan tugas aku disekolah; Nak harap sekolah ni yang beli? TAK PAYAH!!)
3: Bagi belanja adik,(minggu lepas lagi dah contact aku,hemmmm)
4: Bagi mama belanja (yang aku mampu)..

Setakat ni tu jelah yang aku leh buat, ha'ah itu sj. Insya Allah ada rezeki lagi bulan depan, boleh la aku kirim duit tuk mama. Actually banyak lagi keperluan aku nak beli, contohnya keperluan tuk service komputer, keperluan wanita, dan sebagainya...


~the entry are from my keyboard but the story are from my heart~

13 September 2010

Beraya di perantauan


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kuucapkan buat semua keluarga tersayang di Sandakan terutamanya ibu dan adik-adikku, maafkan kak nor sebab tidak dapat balik raya tahun ni, kak nor harap dengan kehadiran syawal kali ni tanpa kakak, kalian jangan bersedih ye..huhu! Feel awkward here huhu!rindunya..mesti dorang tengah kemas rumah, hias rumah cantik-cantik..mesti tengah iron baju cantik-cantik....Honestly, aku sangat2 sedih..nilah kali pertama aku tak dapat beraya dengan keluarga sendiri.. lebih2 lagi aku yang tak bercuti sepanjang raya ni, huh memang sedih dan sungguh mendukacitakan!Paling sadis dan sedih dan paaaaaaliiiing mendukacitakan lagiiiii aku dahlah gaji 3 bulan tak dapat, bonus kerajaan bagi pon aku tak dapat, aaaaaaarrrrggghhhh!benci benci benci!!!!!
:`-(

 Oh ya, tak lupa juga dengan member2 aku, dan semua blogger readers or followers, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin ye~semoga berbahagia menyambut raya dengan keluarga tersayang =) 
blog...please stay beautiful okey..muuah!(tengah tension nih)

Ya Allah ku mohon tabahkanlah hatiku ya Allah~ amin..

26 August 2010

Roh di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t..
Cuba bayangkan kalau kita yg menunggu bekalan “hadiah” dr yg masih hidup, tp sampai habis Aidilfitri pun takda org “hantar”…Ya Allah sayunyer…sama2la kita ingatkan mereka yg telah kembali ke Ramatullah dan sedekahlah walau hanya Al-Fatihah…amin…

sesame la kite besedekah... pada roh roh tu

" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak
menyayangimu.....Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari... Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"

Roh di Bulan Ramadhan

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku
menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan
Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah
bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith
Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan
apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon
kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang
ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah
kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada
penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak
dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan
terus di penjara di Luh Mahfuz.


Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah
pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan
mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz
dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.


Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.


Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang,
yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah
daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus
ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang
bermanfaat dan sedekah amal jariah.

sumber dari email kawan...
aku teringat dengan arwah ayah aku, sedih sangat dan aku mula merasakan yang semakin kuat rasa sayang ku dengan ayah... Ya Allah cucurilah rahmatMu ke atas roh ayahku dan tempatkanlah dia dikalangan orang yang beriman.. Amiiinn... Amin Ya Rabbal Alamin..

Cure Natural Aqua Gel


salam, hai! aku nak kongsi ngan korang tentang kelebihan produk ni, jom2! hehe! actually aku dah pakai produk ni dah sebulan, so far, EXTREMELY AMAZING!!! betuuuul aku tak tipu, bulan puasa ni tak pandai aku nak tipu2 huhu!
ok produk ni 91% berasaskan air, hanya terdapat di singapore dan japan. produk ni ori from japan, so harga dia pun boleh tahan jugakla, tapi amat berbaloi! tak rugi beli sebotol sebab ia bertahan setahun tapi kalau aku, sebulan pakai tak sampai suku pun..
ia berkesan menanggalkan sel kulit mati berbanding menggunakan scrub, malah kalau korang pakai moisturiser atau mana2 krim malam, soooo perfect kalau korang pakai dulu produk ni, mcm ia lebih cepat meresap ke kulit.. hemmmmm bestkan! kulit pula sentiasa lembut, fair and tompok2 hitam atau blemish segera hilang... I LOVE IT!

ehem2! kalau korang nak beli produk ni, boleh gak order ngan aku, aku jual harga murah babe..korang carilah mana harga murah, tempat aku laaagii murah, hehehehe! only RM130 termasuk shipping :-) depends tempat korang lah ye... huhuhu!
-rugi kalau tak beli, lelaki pempuan semua boleh pakai-
remember, RM130 INCLUDE SHIPPING-
any questions and order just mail me at: sephria_7@yahoo.com
SERIUS BUYERS ONLY!

Churp2! jom join sm2 :-)

easy to join easy to get money! just click this link Churp2 I need money

16 August 2010

Ramadhan menjelma lagi ;-)

Assalamualaikum w.b.t.. Selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa semuaaa :) Alhamdulillah tenang hati ni bila tibanya ramadhan.. banyak dah niat dalam hati nak buat d bulan puasa ni, wei korang puasa ke???? aku ingat lagi masa aku kecik2 dulu, kalau dah bulan puasa berat sangat mata nak celik untuk bangun sahur, hehe! mama asyik2 kejutkan kami 4 beradik, tak bangun2 juga, ha abis dengar bunyi kelentang kelentong periuk mama aku, hahah! dahlah bangun tekejut kena bebel pula tu adeeeeh!
tu waktu sahur, pas makan je trus nak tido, mama selalu pesan selepas makan tak boleh tido, nnti perut tak hadam dengan betul,... memang betul cakap mak aku, rasa macam senak je perut kalau tido pas makan, macam ular sawa kekenyangan, hemmm~ rindu pula dengan mama :-( 
mak, minta maaf jika tahun ni kita tak dapat raya bersama, tapi ingatlah yang kak nor akan selalu berusaha tuk balik hujung tahun ni, ok! ;-)

Andai Ini Yang Terakhir ( Salam Ramadhan)


ANDAI KAU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR

tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu....merayu...kepadaNya Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu 
solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu' 
tubuh dan kalbu...bersatu memperhamba diri 
menghadap Rabbul Jalil....menangisi kecurangan janji 
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil alamin" (sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku..kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam)

ANDAI KAU TAHU INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu 
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang 
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

ANDAI KAU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR

tentu malammu engkau sibukkan dengan 
bertarawih...berqiamullail ...bertahajjud
mengadu...merintih...meminta belas kasih 
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurgaMu 
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke nerakaMu"

ANDAI KAU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR

tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang 
mari kita meriahkan Ramadhan 
kita buru...kita cari.. suatu malam idaman 
yang lebih baik dari seribu bulan

ANDAI KAU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR

tentu engkau menyediakan batin dan zahir 
mempersiap diri ...rohani dan jasmani 
menanti-nanti jemputan Izrail 
di kiri dan kanan...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi... 
andai ini Ramadhan terakhir buat kami 
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti ... paling berseri 
menerangi kegelapan hati kami 
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu ya Ilahi 
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman... 
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui 
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi 
dirinya 
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah 
berusaha...bersedia...meminta belasNya

Andai Kau Tahu Ini Ramadhan Terakhir

"MAAFKAN SEMUA KESALAHAN 
YANG PERNAH DILAKUKAN"

~wassalam~

09 August 2010

aku dan ketabahan

walaupun aku seorang wanita yang lemah, tapi aku kuat untuk terus tabah..
banyak masalah yang aku dapat tapi aku cuma boleh simpan dalam hati "ya Allah kuatkanlah semangatku berikanlah aku ketabahan".. aku sentiasa ingat semakin kuat ujian yang aku hadapi, semakin dekat diriku pada Allah.. aku memang mcmni, semakin hari semakin banyak masalah, entahlah, mungkin kalau orang lain ditempatku sudah lama jadi gila.. tapi tulah, aku bersyukur, aku dianugerahkan ketabahan, dan semangat yang kuat..
hidup di dunia taklah seindah mana, ibarat servis hotel yang tak memuaskan, hehe!mesti korang takkan paham ngan istilah aku ni.. i dont care, my blog my words.... kata member, kau happy aku pun happy.. tapi kalau aku sedih kau pun sedih gak ke??? dunia...memang penuh dengan drama.... tapi aku takde lah nak cakap semua orang hipokrit, aku tau gak bezakan mana yg baik mana yg jahat, mana baik mana buruk.. hidup ni kena banyak berwaspada, sentiasa berhati-hati dan kalau boleh kuncikan dalam hati "be nice!"

04 August 2010

Exam for Me???

Dah dekat 2 tahun aku keje tapi belum sah jawatan lagi.. hari tu aku kene panggil induksi tapi aku tak gi, atas sebab2 tertentu yang tak boleh dielakkan.. bukan disengajakan, tapi memang tak boleh. aku tahu ianya wajib, salah satu syarat untuk aku sah jawatan tapi apa leh buat... jadi hari ini saya akan gerak ke batu pahat bersama suami tercinta untuk meneruskan perjuangan ku sah jawatan, hehe! kadang risau gak, kawan2 lain semua dah sah, aku je yg belum sah, aik tak boleh jadik nih!huh!batu pahat here i come!! ceh, macam gi cuti je~ untuk kawan2 yg kenal aku dari blog ni, doakan aku berjaya dlm exam ni k! tengah tekun study sambil blog... always keep update my blog "konon"! hehe 

03 August 2010

Siblings??

aku tak tahulah apa sumpahan yg terkena dengan aku sekarang... mungkin nie cuma ujian yg terpaksa aku harung sorang2.. memang getir sungguh ujian ni sampai aku sendiri nak nangis tp airmata dah kering.. aku paksa diri untuk terus bertahan biar dihina, dimaki, dicaci bertalu-talu oleh orang yg dah lama hidup dengan aku.. aku cuma ingat "dia bukan siapa2 yang boleh judge aku macamana, yg boleh down mental aku, dia bukan siapa2".! aku simpan dalam hati aku hidup dengan keluarga baru lebih2 lagi dengan suami yg tercinta.. aku tak nak tipu diri sendiri yg aku tak rindu dengan keluarga aku, rinduuu sgt2! tapi apa boleh buat, aku telah pilih jalan hidup aku sendiri, tak bererti aku lupa asal usul ku.. KAU MEMANG SILAP!! aku tak nak ungkit semua kebaikan yang aku buat, aku tak nak lidah aku ni sebati dengan makian bahasa orang murahan macam kau! aku tak nak semua pengorbanan aku, yg aku dah buat selama aku berkerja sampai ke hari ini aku nak bagitahu kau, hoi!tak payahlah, aku bukan jenis suka menunjuk2 mcm kau! kau lain la, ada spare part kalau duit takda ada spare part, tak payah lah!!!! get lost!!!!!

Aku sedar aku siapa, aku tahu aku siapa, aku tahu apa yang aku buat.. aku tak nak kau masuk campur dalam hidup ku!!!!!

27 July 2010

Hari Gaji :(

Salam, dan selamat kepetangan semuaaaaaaaaaaa... yup memang aku tension sekarang ni... aku tension sebab masa gaji nieee lah masa tuk bayar hutang2 yang melanda, mana adik aku nak bayar yuran dia, mana nak bayar kereta, mana nak bayar itu bayar ini, last2 gaji aku cukup2 tuk makan 2 atau 3 minggu je, astaghfirullah.....
korang tak tension ke kalau dah gaji, mesti henpon korang terus2 bunyi, tgk nama, nama adik ngko, mama ngko, bank, arghhhhhhhhh! ujian2..dugaan2.. cooobaaa annnn..

Tapi, tapi, tapi, aku bersyukur... sebab sekurang2 nya aku dapat bagi mama aku duit belanja rumah, aku dapat bayar yuran study adik aku, aku dapat bayar kereta, dan aku dapat makan sampai 2 atau 3 minggu belanja.. aku sentiasa sedarkan diri aku, ada lagi yang susah lebih susah berbanding dengan aku, mungkin ada yang sampai tak makan2, kn, aiiii tak mustahil bro~ manusia penuh dengan drama hehe! Alhamdulillah... Ya Allah perbanyakkanlah rezeki hambaMu yang lemah ini ya Allah... aamiiinnnn..

Hari nie nisfu syabaan, disunatkan berpuasa, korang ada puasa tak?? ha ha ha

16 July 2010

Budak cerdik :-)

Alkisahnya, masa aku jaga pusat akses ni, biasalah budak2 tahap 1
(tahun 1-3) waktu rehat mereka mula jadi diorang gi pusat akses, aku tak taulah dorang ni dah makan ke belum. Masuk je pusat akses diorang nak internet aku benarkanla.. tapi lain pula yg dorang buka, main game la, tengok youtube la, makin aku naik angin ada pula yang tgk video britney, ha, aku marah la dak tu..

aku: "awak tahu tak peraturan pusat akses ni, pelajar tidak dibenarkan bermain game dan tengok video"

budak2 tu: ".........."

aku: "ok, kalau nak guna, cari yang lain, buat zoom-a ke, cari gambar binatang ke"

budak2 tu: "cikgu, kalau mari mewarna leh cikgu??"

aku: "boleh, cikgu tolong printkan, nak?"

cerdik jugak budak2 ni, leh aku tampal hasil keje dorang kat form board ni, hehe!

14 July 2010

Hari ini..

Hari ini..
Alhamdulillah, aku masih bernafas..hehe!

Hari ini..
mood aku..biasa2, tak hepi tak juga sedih..

Hari ini..
aku gi keje pinjam kete mak mertua aku.. (baiknya mertua aku ni, hehe!)

hari ini..
masalah belum ada lagi, Alhamdulillah..

hari ini...
benci tengok facebook..

hari ini...
aku pakai internet tempat keje aku..

hari ini..
barang yang aku order online dah sampai, senang hati :-)))
(takut kena tipu sbnrnya.. inilah namanya pempuan tak senang tgk ada brg harga murah n cantik)

Hari ini...
Aku balik awal kul 4, biasa kul 5

Hari ini...
Oh ya, aku puasa...

Ya Allah rahmatilah tiap-tiap hari yang aku lalui agar aku sentiasa berada dijalan lurusMu.. amiiinn~

12 July 2010

Mimbar Putra

Bingkisan Israk Mikraj..

Assalamualaikum w.b.t,
Segala pujian hanya padaMu ya Allah s.w.t,
selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w,

walaupun 9 Julai bersamaan 26 Rejab 1431 Hijrah dah lalu, tapi untuk berkongsi ilmu mengenai Israk Mikraj ni, tidaklah ditentukan hanya pada hari itu saja.. oleh itu marilah kita sama-sama ambil tahu dan belajar apa itu Israk Mikraj.. moga dengan peristiwa yang dilalui Rasulullah s.a.w boleh diambil iktibar bersama...

"Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid alHaram ke Masjid alAqsa (di Palestin) yang kami berkati disekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.."

(Surah al-israk 17:1) 


~PERISTIWA SEBELUM ISRAK~

1) Kewafatan Abu Talib (bapa saudara Rasulullah s.a.w.)
2) Kewafatan Khadijah binti Khuwailid (isteri Rasulullah s.a.w.)
3) Penolakan keras penduduk Thaif terhadap dakwah Islam.

Peristiwa pada malam sebelum berlaku Israk

"Atap rumahku dibuka, saat itu aku berada di Makkah. Malaikat Jibrail turun dan membedah dadaku, kemudian mencucinya dengan air zamzam. Kemudian didatangkan sebuah bekas dibuat daripada emas yang berisi hikmah dan iman, lalu dituang ke dalam dadaku. Kemudian dadaku ditutup."

Rasulullah s.a.w. mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh Malaikat Jibrail. Hati Baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah s.a.w. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.


~SEMASA ISRAK~
(Perjalanan dari Masjid alHaram ke Masjid alAqsa)

Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah s.a.w diiringi oleh Malaikat Jibrail. Tiba di tempat tertentu (tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Malaikat Jibrail supaya berhenti dan solat sebanyak dua rakaat.
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah s.a.w menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Di antaranya:-

Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.
Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

Tempat yang berbau harum.
Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibrail: Itulah kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suami dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah s.w.t. (tak mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan).

Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka.
Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).

Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain.
Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah busuk sedangkan daging masak disisi mereka.
Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.

Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.
Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba'.

Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain.
Kata Jibrail: Itulah orang yang tak dapat tunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.
Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah(mencela, menghinakan) orang.

Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tidak dimasukinya semula lubang itu.
Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

Setibanya di Masjid alAqsa, Rasulullah s.a.w. turun dari Buraq. Kemudian masuk kedalam masjid dan mengimamkan solat dua rakaat dengan segala anbia' dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah s.a.w terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah s.a.w memilih susu lalu diminumnya. Kata Malaikat jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Baginda turut diperlihatkan jenis seksaan yang menimpa WANITA yang membuatkan Rasulullah s.a.w menangis setiap kali mengenangkannya. Diantaranya:-

Perempuan yang digantung rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan kedalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang kedalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwudhuk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala dibawahnya ada api menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

~SEMASA MIKRAJ~
(Perjalanan dari Masjid alAqsa ke Sidratul Muntaha)
: : :Sidratul Muntaha: tempat yang lebih tinggi dari langit ke-7: : :

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah s.a.w. dan Malaikat Jibrail naik ke atas tanggan pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1) Langit pertama: Rasulullah s.a.w dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s, kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba' dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2) Langit kedua: Nabi s.a.w dan Malaikat Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa a.s. dan Nabi Yahya a.s.

3) Langit ketiga: Bertemu dengan Nabi Yusuf a.s

4) Langit keempat : Bertemu dengan Nabi Idris a.s.

5) Langit kelima: Bertemu dengan Nabi Harun a.s. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6) Langit Keenam: Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa a.s. Rasulullah s.a.w. mengangkat kepala (disuruh oleh Malaikat Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7) Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitulmamur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Lepada Rasulullah s.a.w., Nabi Ibrahim a.s bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.

8) Langit kelapan: Disinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul Muntaha. Rasulullah s.a.w menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak, dan sungai madu lebah. Buah-buahan, daun-daunan, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Rasulullah s.a.w dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya Baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malaikat Malik penunggunya.

9) Langit kesembilan: Disini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul Muntaha. Rasulullah s.a.w masuk didalam nur dan naik ke Mustawa dan Shahrirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10) Langit kesepuluh: Baginda Rasulullah s.a.w. sampai di Hadhratul Qudus dan Hadhrat Rabbul Arbab lalu dapat menyaksikan Allah s.w.t dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, RasulNya:-

Allah s.w.t: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah: Ya Rabb.Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pundan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izinMu dia dapat menyembuhkan orang buta, orang supak dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah s.w.t: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat diakhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf nahi mungkar, dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) solat.

Selesai munajat, Rasulullah s.a.w. dibawa menemui Nabi Ibrahim a.s. kemudian Nabi Musa a.s yang kemudiannya menyuruh Rasulullah s.a.w. merayu kepada Allah s.w.t. agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas sembilan kali merayu, (Setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

~SELEPAS ISRAK & MIKRAJ~

Rasulullah s.a.w. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Makkah pada malam yang sama. Rasulullah diperlihatkan berbagai-bagai kejadian luar biasa yang mengungkapkan pelbagai hikmah, iktibar dan pengajaran kepada umat Islam selepasnya yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk Mikraj yang amat ajaib itu. Wallahualam.....


~sekadar renungan~

Dari segi bahasa 'buraq' bererti 'kilat cahaya'.
Ia sejenis makhluk menyerupai haiwan, besar sedikit dari khimar dan kecil sedikit dari baghal. Bagaimanapun ia dijadikan oleh Allah s.w.t bukan jenis berdarah, berdaging dan tulang belulang seperti haiwan, sebaliknya ia diciptakan daripada cahaya.
'Buraq' mempunyai kelajuan yang luar biasa iaitu selangkah kakinya memacu bergerak sejauh mata memandang.


p/s: sumber dari artikel tempat aku buat.. :-)

02 July 2010

miss u mum

hari ni aku sedih sangat, aku tak tahu naper senang2 je air mata ni kluar... Ya Allah permudahkanlah segala kesulitan yang aku alami ya Allah... sesungguhnya aku adalah hambaMu yang lemah...

untuk ibuku yang jauh dari mata..mak...kak nor selalu sayang mama, selalu ingat mama, selalu doakan mama yg baik2..mak, ampunkanlah semua salah silap kak nor.. rindu mama :'-(((((

mak, hanya mama yg tahu apa rasa yg terbuku dihati ni, terima kasih sudi mendengar luahan kak nor.. sayaaaang mama

30 June 2010

Wireless limited no connectivity

Salam semuanya~ ~ ~ mood aku sangat terbaik tengahari ni, memandangkan aku telah menyelesaikan 1 lagi masalah baru yg aku dapat semalam... Alhamdulillah! dengan usaha yg gigih tak mustahil apa2 pun leh jadi :-)hoho! nak naik gila aku cara jalan penyelesaian nih! fuhhhh nasib bek internet sekolah nih laju, kalau slow tahap kura2 dah lama aku mogok gi tutup server tu lama2 biar semua orang xdpt online, huh! laptop ni baru lagi... ACER aspire 4736Z, eh nape smua org suka pakai brand ni? bukan tak ok, tapi majoriti ramai yg pakai laptop acer... takde ke yg nak try pkai HP atau dell??

laptop ni dia boleh detect wireless... signal pun okey, tapi langsung xboleh connect internet..haa... nak pecah otak aku fikir... tension yg teramat2! lebih2 lagi yg tuan punya ni macam push aku supaya laptop dia leh akses internet... sabarrrrrr ja.. bagi mereka yang mempunyai masalah spt ini, dipersilakan rujuk disini.. ilmu mesti dikongsi babe,haha!

1) Start - Run
2) Taip cmd kemudian taip services.msc dan korang akan jumpa window spt ini



3) Scroll tab sampai bawah sekali dan cari Wireless Zero Configuration, pastikan ia telah Start. Kemudian Scroll ke atas dan cari DHCP Client, pastikan ia Enabled..

Ok selesai masalah! Senang je kan?? hehehehe

29 June 2010

Hari yang Membosankan!

blog purple, adakah blog tahu yang tuan blog dah bosan?? bosan apa? yaaaa bosan yang hari2 yang dilaluinya... ahh aku tak kisah apa orang lain ckp pasal aku.. kalau tak puas hati watpa nak suruh orang lain yang sampaikan?? cuba bersikap matang, buat cara professional, kan elok bincang sama-sama dan luahkan apa yang korang tak puas hati tuh! nie tak, tahu complain dan tahu ngumpat suka2 ja, hei!ingat aku ni robot ke apa?? ingat aku ni ada klon lain ke yang boleh tolong aku buat keje2 aku.. korang takkan faham apa masalah aku, jadi jangan main suka hati control life aku, ko ingat ko sapa ha nak control2 aku?????? ishhhh lama2 boleh tension aku kalau terus2 gini!huh!
buat mereka yang tak sedar diri nak mams.... ini adalah peringatan buat anda... ada banyak....tapi biarlah aku senaraikan yang utama dan terpenting bagi aku.

1) tolong bersikap terbuka
2) tolong tukar mind set anda ke mind set orang dewasa (hoi! umur korang dah brapa. korang sumer lagi tua dari aku tahu tak!!!!)
3) jaga budi bahasa anda... ada ramai kanak2 di..... ni!
4) aku buat kerja aku mengikut tanggungjawab aku, korang tak payah masuk campur dan tak payah nak tambah2 kerja aku!
5) tak payah nak sombong dengan saya.. korang bukan siapa2 pun, kita sama "hamba Allah" yang sama2 pinjam bumi ciptaan Allah...dimana?tempat yang korang pijak tu lah..
6) cukup untuk arini..

makasih buat yang terasa dan berubah serta sedar diri


28 June 2010

study oh study...

Intai abang di ruang tamu depan, ooooo...ngah tengok t.v, okey boleh la tanya2 ni, kuikui! Sebenarnya nak bincang dengan abg pasal nak sambung study.. aku mau try sambung belajar diploma p.j.j, tapi ada ka p.j.j untuk diploma? Cari diinternet, search kat Google macam takda pula, huhu! Kalau nak sambung degree, boleh, itupun kalau ada diploma.. Oh tidaak!!makin pusing aku fikir..huh! Ada ke cara lain yang boleh buat aku sambung degree? Klau OUM, mungkin diploma dulu, itupun full time....camana.....aku nak keje gak, yang ada p.j.j pun degree..herrmmmm camana ni??
Aku dah pasang niat sambung study ni masa mula2 keje dulu..nak tolong mama..nampak gayanya tak kesampaian :-( tapi tak mustahil kalau aku try bermati-matian, ha semangat mesti ada, haha!

Ya Allah ya Tuhanku, permudahkanlah segala urusanku ya Allah, hanya denganMu ku mohon.. amin~

25 June 2010

Spaghetti untuk Abang

Salam alaik hehe! Baru kul 9 am aku dah fikir nak masak apa tuk malam ni.. Maklumlah, abang aku puasa jadi untuk berbuka dia nak resepi yang berlainan :-) so, aku pun terfikirlah nak buat spaghetti..masak spaghetti ni aku belajar dari makcik sebelah mama aku, ala, yang paling simple dan biasa-biasa ja.. haha :-p Ok, dan resepinya adalah seperti yang berikut:- makan untuk 5 orang 
                 1) Bawang besar - Hiris dan jadikan ia kiub kecil
                 2) Sosej - potong sampai jadi kiub kecil
                 3) Daging burger (maksima 7 keping) - hancurkan
                 4) Lada bulat hijau (capsicum) - potong jadi kiub juga
                 5) Sos tomato dan sos cili
                 6) Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan :-
1) Tumis bawang besar hingga naik bau kemudian masukkan daging burger. Tumis hingga daging benar2 masak.
2) Masukkan sosej dan teruskan tumis hingga sosej masak.
3) Kemudian masukkan capsicum tumis hingga rata semuanya dan masukkan air untuk jadikan ia kuah rebusan.
4) Sekiranya kuah rebusan mendidih barulah boleh masukkan sos tomato hingga kuah ada rasa masam sedikit seterusnya masukkan sos cili. Sos cili ni hanya untuk dapatkan rasa pedas, kalau terlebih sos cili lainlah rasanya... huhu!
5) Garam dan gula secukup rasa.



Itu saja untuk entry kali ni, selamat mencuba ;-) 

yang pastinya spaghetti kartun diatas bukan masakan aku haha

15 June 2010

Love Letter 4 family~

"menghimpunkan jutaan kata-kata indah, mengamati alunan bait-bait rindu.....disini ku titipkan kasih dan sayangku buat keluarga tercinta yang jauh dariku...." Aku harap dengan adanya blog aku ni, family semua boleh la baca 'surat cinta' yang aku post ke dalam entry kali ni.. :-)

Dear my family,
           Noy sihat Alhamdulillah, keluarga Elham pun semuanya sihat walaupun kami semua penat rewang, kemas-kemas untuk majlis ude aritu, tapi kami dah lega yang majlis ude dah selesai dengan lancarnya.. Pasni tiada lagi majlis kawin hehe! Umai (adik Elham no.4 sebaya ika) cakap "tunggu 10 tahun kemudian" haha! ntah betul ka tak, tunggu dan lihat hehe!
           
           Noy sekarang tengah rancang mau balik Sandakan, konon hujung tahun ni, tapi tak taulah mudah-mudahan permohonan tiket free ni lulus, sebab noy layak mohon tiket free, bestnyaaa!!! Tak payah beli tiket lagi, naik MAS la noy selalu hehehe! Noy bukan apa, cuma rindu mau balik...
Teringat pula masa Noy bawa keta Viva tu ke rumah nenek, macik pacik semua,..kalau kita semua suda berkumpul di rumah nenek, dengan si pika, mesti ada cerita-cerita yang lucu, gelagat Witrah sama Acha yang kadang berkawan kadang tak, sepupu2 kecil noy yang di luar rumah nenek bermain, bisingnya Masya Allah..tapi takpa itulah warna warni keluarga kita :-)

            Noy mau tanya ni, apa khabar semua? Sebelum tu noy minta maaf atas semua salah silap, dosa yang noy suda buat dengan keluarga kita.. Noy minta halalkan apa yang noy termakan dan terminum..huhu! Start emo da ni, hehe!

Okeylah, kalau Noy tulis panjang2 lagi mesti Noy nangis, :-( xmaulah, kena tahan perasaan juga, huhu! Terima Kasih untuk segala2nya.........
                 Mama, Noy always Love You~

-Wassalam-