24 November 2010

Wanita Cantik Sihatkan Lelaki?

Macam tak percaya kan dengan tajuk ni? Takpe jom kita kongsi bersama dengan sumber yang aku dapat dari majalah Rapi isu Nov 2010. Antara artikel yg buat aku tertarik ni lah, wanita cantik boleh sihatkan lelaki.

"Wahai lelaki, ada berita baik untuk memastikan kesihatan terus terpelihara. Mudah saja, selalulah berdampingan dengan wanita cantik! Ini dibuktikan melalui kajian University of California seperti dipetik oleh Telegraph. Kajian mendapati kehadiran wanita cantik meningkatkan hormon testosteron dan kortisol lelaki. Hormon ini berfungsi sebagai pembangkit ghairah selain menambahkan kesihatan dan memberi tenaga. Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat saraf dan meningkatkan kepekaan. Jika tahap kedua-dua hormon ini sama-sama meningkat, anggota badan pun akan terasa lebih sihat. Kajian diketuai oleh Dr. James Roney itu melibatkan 149 pelajar lelaki berusia 18 dan 24 tahun yang dipertemukan dengan wanita cantik dan tentu sekali memikat hati. Selang beberapa minit pertemuan, air liur responden diambil dan diuji untuk megetahui kadar hormon testosteron dan kortisolnya. Disinilah satu fakta menarik ditemui, hanya dalam masa 5 minit berbual dengan wanita cantik itu, tahap testosteron mereka meningkat hingga 14% manakala hormon anti tekanan kortisol meningkat sehingga 48%."
Pada pendapat aku pula, cara lain yang boleh buat lelaki sihat ialah mengamalkan makanan yg sihat, kurangkan merokok ataupun JANGAN merokok, amalkan solat 5 waktu bagi mereka yg muslim, dan kurangkan memakan makanan segera seperti kfc, pizza, mcD dan yang seangkatan dengannya.. lebihkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran, anda bukan sahaja nampak sihat dan segar malah segak dan tampan yang boleh membuatkan mana-mana wanita cantik tergila-gilakan anda (aku memang over).

No comments:

Post a Comment