25 April 2011

Sinetron..oh Sinetron

Jam menunjukkan kul 1.15pm, mak belum sampai lagi.... toleh kanan toleh kiri... ha!sampai pun... aku terus lompat belakang motor semata2 nak cepat nih, perut pun dah bunyi.. mak pecut motor mengalahkan orang muda bawa motor, hehe! Biasalah, nak nak dekat kul 2 ni semua orang nak cepat, mana nak solat zohor lagi..hemmm.... sampai rumah, mak terus gi dapur. Aku pula sempat tengok tv, waaahhhh abah lagi dulu tukar channel 105, hehehe! Tak boleh jadik ni, kene tolong mak sedia makan dulu baru boleh tengok tv kalau tak makin lambatlah nasi masuk mulut. Selepas sedia makan semua, aku panggil abah makan, "abah...makan...mak..makan.." aku pun mulakanlah rutin harian aku macam tolong cedokkan nasik...tuangkan air dalam cawan... tetiba, tengah sedap2 menyuap mulut ni mak aku dah cedok lauk dalam pinggan dia terus gi depan tv.. "ooo..nak tengok safa marwah le tuh"... aku pun continue my lunch ikan pari masak asam pedas, hehe! tup..tup.. abah pun sama!siap ambik mangkuk ikan pari bawak gi depan tv, aik! ni dah kira fanatik safa marwah nih, tak boleh jadik ni, hahaha! Takpelah, aku boleh melantak ikan pari ni puas2 sorang2 hehe!

Sinetron SAFA & MARWAH      
Korang boleh tengokkan betapa bestnya cerita ni sampai boleh buatkan mak abah makan di dapur beralih ke depan tv dengan pinggan nasi masing2, hehehehe! Aku pun suka jugak tengok citer ni tapi yang aku tak paham kenapa mesti ada yang tak logik, bukan sikit tapi banyaaak.... kalau nak tahu tengok sendirilah, hehehe!
Lagipun sebelum ni bukan safa marwah ja, cuba ingat balik sinetron yang dulu2 biasa ditayangkan di TV3, antaranya, Bawang Merah Bawang Putih, Alisa, Ratapan Anak Tiri, Liontin, ha,apa lagi..banyak jugaklah, aku ja yang lupa...semuanya mesti ada unsur tak logik, dan polis dalam drama tu pun takder yang cekap2, "I REALLY DON'T UNDERSTAND".

20 April 2011

Setelah Berkurun Lamanya

Bulan pertama.....busykan diri, (bukan buat2 busy tapi kerja datang berduyun2), bulan kedua, video ni tak siap2 lagi...aku dah mula pening... bulan ketiga.......fuh!macamm nak pengsan!
Bila bulan ke-4 ni, barulah aku mula tenang setelah selesai projek video sekolah. Nak tengok? takyah la, aku sendiri tak nak tengok, hehe! Actually, banyak cerita, tapi tak tercerita, ibarat mencurah air ke daun keladi, mesti takkan faham punya. Blog tak ter'update2' lagi sampai lah ni, aku dah mula rindukan penulisan alam  maya, last entry yang aku ingat aku start merapu guna bahasa inggeris, ye bukan apa, saja nak mengasah bahasa inggeris aku ni, siap tengok kamus lagi, hahahahahaha! 
Banyak plan yang aku simpan dalam kepala ni.. antaranya, INSPIRA! tau inspira apa? ish ish ish! takkan tak tahu, ala...kembar lancer tu, huhu!

inilah antara kegilaan aku sekarang 

 
Aksesori memang banyak, nampak elegan gitchu, hehe!

seat pula leather tau, bukan cushion, pergh!

Saya bangga dengan Proton Malaysia, u r da best!
Aku suka design body dia, dan aksesori dalam tuh, pergh!!!!!memang sukaaaa sgt2!!!! tapi ni cuma dalam perancangan saja, nak beli tu, mungkin bukan sekarang..tapi tunggu rezeki datang bergolek, hehe!
Okey plan kedua...nak beli barang2 tuk baby... yup sekarang kandungan dah masuk 6 bulan lebih, mudah2an semuanya sihat.. aku risau darah aku tak naik2, maksud aku h.b aku tak naik....sedihnya.. aku ikhtiar makan kerang hari2, makan buah jambu hari2, makan bayam, makan sayuran hijau, ha makan apa lagi, sampai aku timbang dalam 2 minggu je naik 2kg ooohhh noooo!
banyak lagi sebenarnya, tapi ingat, yang manusia cuma merancang tapi tuhan menentukan. :-)
Ngidam makan durian, tapi buat mereka yang masih baru mengandung, orang cakap masih dalam stage pertama, baik jangan makan durian, takut jadi perkara yang tak diingini wokey!