15 May 2012

Hari Guru 2012

"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

Itu tema hari guru tahun 2012.. Sekolah aku cikgu-cikgu maha gedik mengenakan tema warna Pink, sempena hari guru, tarikh 16 Mei.. aku macam biasalah, tak ikut sangat tapi nak tayang kerjasama aku mungkin akan pakai yang warna pink juga. Biasanya, kalau hari guru, akan ada aktiviti seperti persembahan murid, persembahan guru, ucapan guru besar dan guru penolong kanan.

Aktiviti sukaneka antara guru dan staf

Aktiviti antara guru dengan staf pula bertukar2 hadiah, cabutan bertuah dan pemberian hadiah buat guru dan staf yang sudah bersalin, yang baru berkahwin. Kalau pasal bertukar hadiah bajet setiap hadiah ditentukan dengan harga RM20.00. Aku tak tahu nak bagi hadiah apa, apa barang harga RM20? Bunga hiasan, macam tak patut, tuala..emmmm mungkin, kalau cawan atau apa2 barang berkaca, diorang tak nak pula.. demand! Tugas aku sebagai juruteknik sekolah ni, mungkin tukang ambil gambar sahaja, kalau pasal LCD, amplifier (ntah betul ke tak ayat ni), atau dalam ayat lainnya P.A System, bukan aku yang sediakan, senang kan kerja aku, tak payah susah2.. Kalau hari guru, yang sambutnya dah tentiuah cikgu2 dengan murid kan, kalau staf diorang tak panggil, sebab kena jaga pejabat, kalau ada telefon ke, faks ke, kitorang kena jawab.. sedih kn? Tapi kalau sampai masa nak makan, barulah cikgu-cikgu tu akan panggil kami (staf). 

Pengetua sekolah paling best!
Beza dengan sekolah lama aku dulu, hari guru ibarat karnival sekolah tau! haha! Kami ada buat sukaneka, staf mesti terlibat sama, wajib! Dari mula program sampai ke akhir staf wajib ikut sama, sebab tu aku lagi sayang sekolah lama daripada yang sekarang ni.. Pengetua pula baik, memahami stafnya dan bukan jenis strict tak bertempat, mcm yang sekarang ni lah.. hemmm~ Yang paling best sekali, staf dibenarkan balik awal hari itu, pukul 2 petang kami sudah dibenarkan balik kerana kami turut melibatkan diri dengan program tu, datang awal pula, memang patut lah kan... 


Aku tak nak cerita lebih2 lagi, bukannya korang tak pernah sambut hari guru kan, mesti penuh dengan kenangan manis, mungkin ada yang sampai ter'kahwin dengan cikgu pun ada, contohnya aku, kehkehkeh!

"SELAMAT HARI GURU! TERIMA KASIH CIKGU!"

 

11 May 2012

Isteri dan Kakak

 Itulah gelaran atau tanggungjawab aku...

Apabila telah selesai upacara ‘akad nikah’ secara tak langsung wanita itu bergelar isteri.. Isteri kepada lelaki yang menikahinya dengan sah. Semua orang tahu kalau dah berkahwin akan menjadi tanggungjawab kepada si isteri untuk patuh dan taat pada suami. Jika hendak kemana2 pun kena minta izin dengan suami, ini kerana segala apa yang dilakukan si isteri akan ditanggung oleh suami..

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka.”
(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Suami adalah kunci bagi isteri untuk memasuki syurga, oleh itu kita sebagai isteri hendaklah menjaga segala perlakuan percakapan dan hindari dari segala dosa yang kita lakukan supaya tidak ditanggung oleh suami.

****

Dengan sekali lafaz, Alhamdulillah, air mata terus menitis dipipi, aku rasa bersyukur ke hadrat Mu ya Allah, mulai saat ini aku sudah menjadi isterinya yang Engkau redhai ya Allah.. Engkau meredhai dia untuk menjadi suamiku dan Engkau meredhai aku untuk menjadi isterinya, sesungguhnya Engkau redhailah kami untuk terus bersama menuju ke jalanMu ya Allah.. Mulai saat itu juga, aku bukan lagi menjadi tanggungjawab kedua ibubapa ku, malah menjadi hak sepenuhnya oleh suamiku. Sebelum kahwin dulu segala pergerakan ku memang sudah terbatas, abah dah meninggal, jadi semakin kuat perasaan ku untuk terus mengasingkan diriku dari duniawi, aku pun sosial juga tapi dari segi pergaulan dengan kaum Adam aku ketepikan dan kalau boleh aku jarakkan.

****

Sebelum menjadi isteri..

Sebagai anak sulung, rasa tanggungjawab tu sudah sebati dalam diri, mesti tolong mama buat kerja rumah, tolong jaga adik. Sebelum pergi sekolah pastikan adik-adik minum air panas untuk alas perut, tengahari balik sekolah kalau sempat masak boleh makan terus sebelum pergi semula ke sekolah untuk aktiviti kokurikulum sebelah petang. Mama pula masa tu kalau hujung minggu ada PJJ jadi asal weekend je kalau tiada koko, aku mesti jaga adik dirumah, adik ada 3 orang, yang paling kecil baru darjah satu..  kadang2 masak megi sahaja paling senang, kan selalu ada citer Hindustan petang2 :D
Pejam celik pejam celik, selepas SPM aku sambung belajar dan Alhamdulillah, dapat tawaran masuk poli, bermulalah perjalanan hidupku…  Jauh dari rumah, jauh dari semua keluarga, jauh dari mama.. tiap-tiap malam aku menangis sebab aku rasa tidak biasa dengan semua ni, disini, kawan2 semuanya cakap bahasa orang Kuching, bahasa Sarawak, aku langsung tak faham, kalau ckp dengan aku je baru cakap Melayu.. AKU RASA TERASING!
Tapi dengan berpegangkan prinsip hidup belajarlah sehingga kau mampu bahagiakan kedua ibubapamu, kau balik dengan bawa sijil kemenangan, insyaAllah, segala penat lelah ibumu dapat digantikan dengan kebahagiaan yg terpancar diwajahnya… aku suka buat sesuatu yang boleh bahagiakan mama…
Selepas habis belajar aku cuti panjang… tunggu result.. Alhamdulillah, cemerlang :-)

Adik lelaki pula baru lepas SPM, dia dapat tawaran masuk UiTM.. Kami pula ada masalah kewangan, jadi aku terpaksa berkorban untuk lupakan cita-citaku untuk menjadi cikgu… aku isi boring SPA8, Alhamdulillah, aku dapat jawatan sebagai Juruteknik Komputer di kementerian pelajaran… hemmmmm dalam hati tak apa boleh buat PJJ apply masuk OUM, tapi manusia cuma boleh merancang Allah yang menentukan.. aku baru kerja, selepas 5 bulan seru pula sampai… Menjadi isteri orang..

09 May 2012

Anak...

Baby.. Bayi... Itulah nama yg diberikan pada insan yang baru lahir.. Baby, insan yang suci, tiada dosa, masih kecil, dan perlukan belaian seorang lagi insan yang bergelar ibu... Itu ayat yang amat sesuai buat mereka yang berperikemanusiaan.. aku bukan apa, sakit hati tgk video yg kawan2 post di Facebook. Facebook lagi, kenapa mesti facebook? asal buka facebook ter'nampak yg bukan2! Aku bencila ter'tengok yg bukan2 ni, aku rasa benda yang tak sepatutnya ditayangkan tak perlulah masukkan dalam facebook, lama kelamaan mungkin boleh merosakkan memori otak (sekadar spekulasi aku sendiri)..
Aku ada anak, baby girl, jadi rasa BENCI nak MAKI pempuan pukul anak dia sendiri, aku sumpah perempuan tu, tapi semua tu hanya mengundang syaitan berbisik ditelinga aku, supaya dosa aku bertambah2... Habis tu macamana nak hilangkan amarah ni??? 

*******

Aku telefon pengasuh, dan tanya anak aku tengah buat apa, rasa lega hati dengar anak aku tidur...

*******

Okey, alamak....member pula tgk video ni, siap tanya aku lagi, adoooiiiyyaiii... dah teringat balik pula.. "dahsyat tul dia pukul anak dia"... alamak, akak..tolonglah jgn bagitau apa2, aku tak sanggup dengar.. kalau aku ni superwomen yg boleh terbang kesana kemari, dah tentu aku selamatkan baby tu aku angkut biar aku je yg jaga, dah pompuan bodoh tu tak reti jaga anak, buat anak pandai!!

Tak payahlah aku masukkan video tu disini, aku tak suka like benda yang tak patut!