27 October 2011

Keganasan tiada dalam kamus hidupku

Aku slalu terfikir dan tertanya kenapa ada manusia yang sanggup buat kezaliman, kekejaman?? Korang ingat lagi tak pasal budak dr China tu yang kena langgar lari, 2 kali dilanggar?memang tak patut!!!! Kesian budak tu, umur baru 2 tahun, dah tu takde saper yang tolong... Ya Allah... adakah ini tanda2 kiamat yang Engkau tunjukkan... Aku tak sanggup nak tengok video tu.. masa kuar tv3 pun aku macam nak nangis tengok budak tu tak bermaya atas katil dengan tiub sana sini...

Nak tahu nape budak tu kena langgar 2kali? Ni yang aku ada terbaca dalam artikel tah mane aku pun dah lupe, dia disoal kenapa dia langgar budak tu sampai 2 kali, dia pun jawab, sebenarnya dia ada berhenti sekejap, tengok keadaan budak tu kritikal dia langgar lagi mengharapkan budak tu terus mati... ^&%#*!!! WTF!!!! Dia jawab lagi kalau budak tu terselamat dia takut nanti dia akan tanggung semua kos perubatan budak tu dan mungkin dia akan didakwa di mahkamah, tapi kalau budak tu mati terus dia hanya perlu bayar saman.. sial!!

Ni baru sadis, yang sadis lagi budak perempuan umur 16 tahun lahirkan anak luar nikah tapi oleh sebab BOYPREN SIAL dia taknak bertanggungjawab dia bunuh bayi nye dgn cara kelar bayi sampai isi perut bayi terburai... Astaghfirullahhalazim......Allahuakhbar.... ya Allah... kesian bayi tu tak tahu apa2... nape ngko ni bodoh sangat ha??ko ni dah kene rasuk setan ke???? ke ko ni yang tak patut lahir ke dunia ni?? ko bunuh diri lagi bagus la drpd ko terus ada didunia ni nnti spesis mcm ko ni makin banyak pula didunia ni!!! Dunia ni tak patut ada manusia macam kau!!!

Kepada hamba Allah yang spcially nyer budak pempuan tengah hangat dilamun cinta taraf 'habuk' tu aku nak tanya banyak:-

1) Tak tahu malu ke???
2) Kenapa kau sanguup buat zina tu? supaya ko rasa puas, tu je?
3) Kenapa kau sanggup layan BOYPREN BODOH kau kalau kau dan dia tahu yang zina tu salah satu DOSA BESAR?
4) Kau yakin ke kalau kau dan dia buat zina ni kau tak ngandung then kamu terselamat dari neraka? Kau tak terfikir langsung ke?
5) Sebelum buat, mak bapak kau yang hidup tengah solat atau ngaji di rumah tu ada kau terfikir ke?

Sedarlah wahai gadis terpedaya, kalau di dunia ni ko dah terseksa inikan lagi di akhirat nanti kau tidak akan terlepas dari seksa neraka, Allah itu maha adil maha kuasa..

24 October 2011

Susu Oh susu

Waktu rehat tadi ingat nak singgah gi beli susu si kecil, so aku amik kesempatan ni singgah Giant sbb tu je tempat yg paling dekat tuk beli susu. Aku ada masalah sikit pasal susu ni.. Aritu timbang berat si kecik, tak sampai pun 5kg cian, walaupun masih sihat tapi nurse kat klinik dah tegur aku yg berat badan anak aku ringan, walaupun tak over smpai terkena line kuning tapi tak kene dengan umur dia yg dah 3 bulan. Aku dah mula risau, jadi hari ni aku nak jugak gi beli susu. Aku nak try susu Mamex Gold, manala tau kn mudah-mudahan berat dia naik pasni. Aku try yg saiz kecik je, takut baby tak ngam pula.. 

Kalau tak sesuai aku terpaksa cari yang lain. Gigih aku cari kat internet pasal susu, ramai yang berpendapat susu ni memang sesuai ngan bayi bawah 12 bulan, aku nak cubalah. HuhU!

19 October 2011

Tak bermaksud lupa semuanya

Petang ni mungkin petang yang membuatkan mood blog aku datang semula.. aku tak jadikan alasan untuk tidak lagi mahu buat entry pada blog sbb busy, tapi aku cari alasan terbaeekk iaitu, SAYA MALAS MENULIS SEBAB SAYA TAKDE MOOD NAK MENULIS, mantap! Setelah 60 hari 60 malam aku bercuti kini juruteknik taraf amatur kembali menerjah blog habuk takda entry baru ni.. of course aku sertakan sekali dengan gambar anakku yang comelll sangat, macam nak geget je!hem! Her name is Khairunnisa bt Elham, dan skg baru pandai hisap jari je, heheh!

nisa 2 bulan

nisa my new born baby :-)
Asal aku balik keje sekarang kan, hilang letih slpas tgk si kecil ni, inilah yang di maksudkan manisnya hidup berkeluarga. Ok biarpun cuma sekerat 2 je entry kali ni, aku harap aku ada mood lagi nak menulis pas ni.... fuhhh~

08 June 2011

My Mission is To Make My Lists From 1000 turn to Zero

Mesti mustahil.. (of course not!)
To-Do-List from 1-20:
  1. To be a good wife. (Ni cita2 aku masa kecik2 dulu, pengaruh dongeng Cinderella, haha!).
  2. To be a good daughter. (I love my Mum) 
  3. Having a new Viva (sometimes Perodua makes the best product for Malaysia citizens.) Trust me! 
  4. Successfully graduate from UMS and having my P.h.d...
  5. Beli hamster satu.
  6. Pergi Korea (Nantilah bila dah banyak duit)
  7. Pergi Haji dengan mama.
  8. Masak spaghetti sendiri. (My favourite food) 
  9. Shopping dengan mama. (Kami suka shopping baju) :-)
  10. Getting married to the man whom I loved with all my heart. (Yang ni aku memang tak boleh elak lagi, memang dah kahwin pun) haha!
  11. Nak jadi macam Song Hae Kyo leh tak? 
  12. Jadi penulis novel. (Suka menulis)
  13. Cita-cita aku ialah nak jadi CIKGU!
  14. Pergi ke Sunway Lagoon dan Genting Highland, bercuti bersama keluarga.
  15. Pandai mekap (suka main mekap2 nih)
  16. Beli rumah sendiri.
  17. Vios~ I Want!!
  18. Inai rambut jadi merah, jeng-jeng!
  19. Buka kedai jual donut..semuanya donut tapi in different flavour, mesti susah customer nak buat pilihan haha!
  20. Bawa nenek kesayangan cuti bersama.
Yang ni baru senarai 1-20, nak sampai 1000 kena simpan dulu. kenapa? sebab aku dah letih nak taip nih, hahaha! Most of it aku belum buat dan ada yang dah buat. Cita-cita dan angan-angan aku memang banyak. Tu belum cakap nak tengok fashion show di Milan. Aku memang minat fesyen. Aku bersyukur pada Allah S.W.T sebab aku sudah sampai 'disini' sekarang. Dan ada satu waktu aku terfikir sampai bila senarai ni bertahan, adakah perlu dibuat atau tinggalkan sj? Ya, memang dunia ni sementara cuma, tapi come on lah! sampai bila angan-angan tinggal jadi angan2? Try to listen, and keep telling yourself this isn't possible.

25 May 2011

Jalan-Jalan Cari Angin :-)

besttravelwebsites.com
Salam alaik~ pernah terfikir tak nak jalan2 melancong keluar negara? Mesti ada dalam senarai korang kan? Misalnya mcm aku, aku ada to-do-list sampai bilangan ke 1000 dan melancong keluar negara adalah yang ke 99 dalam senarai. Ni bukan misi dalam hidup tapi saja aku senaraikan angan2 mat jenin, ala angan je, tak sampai pun takpe, bukan penting pun, hehe! 

Kalau nak cakap melancong keluar negara, bajet jangan harap RM 1k dalam tangan ye, paling tidak pun maybe RM10k dalam tangan. Tu hanya dalam tangan, ceh, cakap macam penah pegi je, hahaha! eh, yelah cuba fikir, sedangkan nak jalan2 dalam sekitar Malaysia ni pun RM1k ni tak cukup tau, paling tidak RM3k, lagi2 org pempuan macam aku ni, nak shopping, duit makan, byr tiket masuk lagi, huuu~tak cukup.. Kalau melancong pula kena sediakan duit tuk beli merchandise buat family, bayar hotel tuk beberapa malam lagi, duit makan, arrrggggghhh!

Hajat yang mungkin kesampaian (sedih tul ayat nih!) nak pegi Brazil, bukan sebab pe, nak tgk bangunan condong ni! Kenapa? Sebab, aku rasa unik sangat bangunan ni boleh berdiri stabil walaupun condong senget ke tepi fuhhh salute! Mesti best ambil gambar pastu buat2 senget, haha tahap kejakunan sih!
traveldestinationsonline.net
Next destination I will choose Phuket, Vietnam. Pantai dia tersangatlah cantik, jernih sangat! ayat aku memang boleh pakai cuba tgk bawah nih. 
thebrooklynnomad.com
Memang cantik, Subhanallah... tengok gambar ni sj pun hati aku tergugat nak berenang di dasar laut tu, snorkling ke, main kejar2 ngan suami ke, honeymoon la katakan... :-p

dosoqi.wordpress.com
Kalau ala-ala movie Lord of The Ring, aku akan pilih tempat ni, sebab aku minat tgk movie LOTR. Tempat ni mungkin sesuai buat mereka yang inginkan suasana romantik dalam album gambar kawen,.. Cuba posing skit dekat tiang2 tinggi nun tu pastu ditambahkan lagi dgn wedding gown putih perghh! memang santekkk! aku pula suka posing kat laman rumput menghijau, natural la katakan, hehehe!

Dan akhir sekali destinasi berbulan madu, walaupun dah lama kahwin tapi aku nak juga honeymoon sesuka ati. Aku pilih Luxury Suite at Thailand, tgk nih 
luxurytravelvietnam.com
Boleh berenang dengan rileks, sambil menikmati pemandangan tepi pantai bersama yang tersayang, boleh juga minum jus oren sambil tgk matahari terbenam, waaaaaaahhhhhhhh~inilah yang dikatakan syurga dunia....
Gambar atas nih aku pernah tgk dalam channel 707 Travel and Living, mesti tak terlepas pasal Luxury Suite ni, tapi kalau tak silap aku tempat lain pun ada tak semestinya dekat Thailand okey..

Yang pastinya aku akan sedia menambah lagi bilangan senarai dengan aktiviti memanjat gunung Kinabalu tempat asalku, ha, yang ni, of course InsyaAllah akan dicapai! Good Luck Fatihah!

mountainkinabalu-lovegreen.blogspot.com
 








24 May 2011

Pasal Handbag

Salam, how are youuu~~
Mesti semua dah maklum pasal 'payday' ni kan? hehehe! (apalah kepochi betol!) Ok fatihah update laju2 okey!
Teringat masa mula2 kerja dulu, aku memang jenis yang boros sikit, tapi tu dulu, belum kahwin lagi, sekarang ni haruslah ditanamkan dalam diri to be berjimat cermat, haha! Favourite aku 1 je, sikit2 nak beli beg, sikit2 beg, kalau bukan beg, kasut, kalau bukan kasut beg, kalau singgah kedai kain lagi la meletup duit poket, sampai terlebih bajet tueeeee. Tak pasal2 menyesal dikemudian hari.
Tapi bila dah kahwin ni, aku mula menjinakkan diri dengan menabung, save sikit dalam bank, bayar hutang yang patut barulah hati senang, kan kan! Ok, aku nak share skit walaupun aku tengah kehausan beg baru aku nak tunjuk gak angan2 aku tuk beli handbag yang ori tahap dewa, huhu! 

img source:coachbagspurse.com
Aku suka yang nie, agak2 berapa la harga dia ek?

img source: handbags-replica-shop.net
yang ni lagi la....menyentap air liur mak yong aiiiii!!!! nampak elegant, kalau pakai macam wanita berkerjaya gitchuuu, hehehe!

img source: dreamhandbags.blogspot.com
i admit that I LOVVVVVVVEEEEEE THISSSS! belikan saya handbag ni boleh?hehehehehehehe

Cukup cukup!ni jelah yang aku nak masukkan dalam entry kali ni, tak pasal2 terangau sampai termimpi2 tahan air liur je lah.. Esok2 pasal kasut pula, hehehe!

23 May 2011

Review about Cure Natural Aqua Gel

Heyya~
Kali ni nak buat review tentang Cure Natural Aqua gel.. Yup ramai yang tanya tentang Cure ni apa kelebihan dan cara nak pakai so disini saya nak bagi detail yang ringkas dan padat! 

img source: valerietan.com

Q: Apa itu Cure Natural Aqua Gel?
A: Produk yang bersifat semulajadi dan gel yang lembut dimana ia boleh menyingkirkan sel kulit mati dengan lebih efektif dan berkesan tanpa menjadikan kulit rosak atau timbul tanda stress kulit. Tidak seperti bahan kimia 'strong acid' yang terdapat dalam produk pengelupasan yang lain, Cure ter'sangat'lah lembut pada kulit dan hanya menyingkirkan sel kulit mati. Ianya tidak mengeringkan dan menipiskan kulit anda walaupun terdedah dibawah sinaran matahari :-)

Q: Mesti mengandungi banyak bahan kimia kan?
A: Oooops! TIDAK sama sekali ye cik kak, prinsip cure ialah natural and gentle ianya diperbuat dari 90% berasaskan air dan ekstrak bahan semula jadi seperti aloe vera, gingko dan rosemary. TIDAK mengandungi bahan pengawet, pewangi, pewarna tiruan serta alkohol.

Q: Selain pakai di muka boleh pakai 'area' lain ke?
A: Of Course! Cure juga boleh dipakai di anggota lain seperti siku, bawah lengan, punggung, lutut dan  tempat yang anda rasa ada sel kulit mati. (Sesuai bagi mereka yang menginginkan kulit cerah dibahagian2 yang tertentu).

Q: Sebotol ni tahan berapa lama?
A: Okey, bergantung juga kepada si pemakai, kebiasaannya 1 botol mengandungi 250ml Cure Gel, sekali tekan pada botol boleh dianggarkan 1ml, jadi kalau anda pakai 2 kali seminggu dan tekan sebanyak 10 kali pada botol, boleh bertahan selama 4 Bulan. :-)

Q: Selepas pakai Cure tak rasa apa2 pun?
A: Cure Gel tidak akan berkesan pada kulit basah dan sejuk, pastikan ianya disimpan di tempat yang kering pada suhu bilik. Teramatlah sesuai menggunakan cure pada kulit yang telah anda lap kering dan pada suhu badan yang normal.

Cara pakai:
1: Cuci muka dengan pencuci anda dan keringkan. (Lap muka tue betul2)
2: Pam sedikit pada jari dan sapu ditempat yang diinginkan (seluruh wajah pun takpe). Biarkan sekejap pada kulit untuk beberapa saat (supaya Cure gel bertindakbalas pada kulit mati)
3: Urut kulit dengan cara 'circular motion' dalam 30 saat hingga ke 1 minit. Gel akan berubah menjadi cecair putih dan partikel putih sel kulit mati boleh dilihat apabila ianya tertanggal dari kulit.
4: Bilas dengan air. Sekarang you all bolehlah merasakan kulit yang lembut dan licin dan bersih serta berkilat huehuehue! Boleh pakai pelembap lepas nih!

Fakta ringkas tentang Cure Natural Aqua gel:
1- Paling laris dipasaran Jepun hampir 7 tahun dan memecahkan rekod jualan 1 botol terjual dalam masa 20 saat!WOWWW!
2- Trademark mereka yang pasti "CURE WORKS".

Saya pakai dah lama dari tahun lepas lagi, so saya tak ragu2 nak jual produk ni, emmm...saya sebenarnya mempunyai kulit sensitif, jadi amat sukar untuk saya menggunakan produk lain, mujurlah saya jumpa produk ni kat internet.. hehe! Kulit pula langsung takda masalah bila pakai Cure, dan saya percaya ianya betul2 bersifat semulajadi..
Kulit berminyak? NO!
Kulit kering?NO! 
Jerawat?NO!
Garis2 halus? Langsung takde!

Kepada sesiapa yang berminat boleh lah hubungi saya melalui email ye 
( sephria_7@yahoo.com )

img source: jajawafiplasa.blogspot.com
img source: zahirastore.blogspot.com

09 May 2011

Hanya Untuk Mama

Assalamualaikum w.b.t..
Salam sayang ini ku tujukan khas untuk mama..

Mama, walaupun k.nor jauh dari mama tapi ingatlah yang k.nor cni selalu doakan kebaikan kesejahteraan buat mama..semoga Allah merahmati kita semua.. amiinnn....
Mama TERIMA KASIH buat semua pengorbanan mama untuk kami beradik semua.. k.nor tahu terima kasih saja tidak cukup untuk balas semua pengorbanan mama, tapi hanya Allah yg mengetahui betapa besarnya niat dalam hati ini untuk membahagiakan mama dunia akhirat.. mudah-mudahan semuanya berjalan lancar...amiiinnn..
Mama k.nor minta maaf ya kalau masa kecik2 dulu kami banyak menyusahkan mama, dari dalam perut selama 9bulan hingga lah sekarang, maafkan kami ya... terima kasih yang tak terhingga dari kami sebab ajar kami bagaimana hendak makan, minum, mengaji, solat, mandi, pakai baju dan kalau kami menangis mama lah yang pujuk kami.... Mama...MAAFKAN KAMI....
Mama juga yang ajar kami membaca menulis, ikat tali kasut sendiri, mama telah ajar kami bagaimana untuk berdikari...  


Mama memang besar sungguh pengorbanan mama...k.nor tahu mama besarkan kami dari kami kecil walaupun abah telah lama pergi tapi mama ingatlah yang abah pergi meninggalkan kita tapi dalam hati dia masih berada dekat dengan kita... Mama, k.nor tahu, bukan senang untuk menjadi mama dan ayah setiap masa, tapi ingatlah, kami sebagai anak2 mu, kami sedia untuk menjadi penjagamu, pelindungmu, dan sentiasa membantu mama dalam apa jua sekalipun, sebab kami tahu, mama lah ibu kami dunia akhirat..... Pengorbanan mama memang kami tak dapat balas sampai bila-bila pun... 


dengan itu..kami adik beradik mengucapkan,
"SELAMAT HARI IBU"
~KAMI SAYANG MAMA, KAMI AKAN SENTIASA MENYAYANGI MAMA~  
 

04 May 2011

Good News about my H.b

Semalam pegi klinik untuk rawatan rutin bagi ibu2 mengandung, temujanji aku kul 2pm, jadi minta excuse keluar skejap, wah, g.b tak marah pula, agaknyer mood dia baik kut.....hehe! Sampai klinik tak ramai orang jadi aku pun bergegas ke kaunter pendaftaran untuk confirm masuk bilik mana.. Eh, first kene cek urine pastu baru cek h.b... 
Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya jg naikkan tahap h.b aku, dari 9.3 ke 10.0.. DALAM MASA 2 MINGGU! aku gembiraaaaa gembiraaaaaaaaaa!!!!!hehe! Oh ya, just for information, h.b ni ialah....
Haemoglobin adalah molekul protein pada sel darah merah yang berfungsi sebagai media transport oksigen dari paru paru ke seluruh jaringan tubuh dan membawa karbondioksida dari jaringan tubuh ke paru paru. Kandungan zat besi yang terdapat dalam hemoglobin membuat darah berwarna merah.
ha..sebab tu lah, pentingnya sel darah merah ni untuk ibu2 yang mengandung,semakin tinggi tahap darah itu semakin baik untuk bayi dalam kandungan dan amat penting untuk proses pembesaran... ada faham? biasanya tahap normal bagi wanita ialah, 10.0 hingga 16.0.. aku pulak 10.0 sj.. mmg kena usaha lebih..

source from google

Klau di klinik dah tentu kena bebel dan nasihat yang panjang diberikan, aku akan setia anggukkan kepala tanda setuju dan mengiyakan apa yang diorang cakap, biasalah, hehehe! Untuk tambahkan darah ni mesti makan makanan yang mengandungi zat besi, antaranya:
  • hati ayam - aku memang tak bleh makan ni, tak masuk2! diorang mesti cakap pasal hati ayam, tak paham aku!
  • kerang - ni baru boleh makan, cedap!!!
  • jambu batu - laaaaaaagi sedap!
  • buah naga - tak minat tapi boleh makan, huhu!
  • spirulina - sebagai makanan tambahan, baik untuk buat tambah darah.
  • ikan bilis dan kekacang - no komen! 
  • satay daging - mak mertua aku cadangkan, tapi memang betul!
banyak lagi sebenarnya, contoh sayuran hijau, bayam, sawi, banyak lagi.. tapi aku usaha pelbagaikan supaya tak jemu.

25 April 2011

Sinetron..oh Sinetron

Jam menunjukkan kul 1.15pm, mak belum sampai lagi.... toleh kanan toleh kiri... ha!sampai pun... aku terus lompat belakang motor semata2 nak cepat nih, perut pun dah bunyi.. mak pecut motor mengalahkan orang muda bawa motor, hehe! Biasalah, nak nak dekat kul 2 ni semua orang nak cepat, mana nak solat zohor lagi..hemmm.... sampai rumah, mak terus gi dapur. Aku pula sempat tengok tv, waaahhhh abah lagi dulu tukar channel 105, hehehe! Tak boleh jadik ni, kene tolong mak sedia makan dulu baru boleh tengok tv kalau tak makin lambatlah nasi masuk mulut. Selepas sedia makan semua, aku panggil abah makan, "abah...makan...mak..makan.." aku pun mulakanlah rutin harian aku macam tolong cedokkan nasik...tuangkan air dalam cawan... tetiba, tengah sedap2 menyuap mulut ni mak aku dah cedok lauk dalam pinggan dia terus gi depan tv.. "ooo..nak tengok safa marwah le tuh"... aku pun continue my lunch ikan pari masak asam pedas, hehe! tup..tup.. abah pun sama!siap ambik mangkuk ikan pari bawak gi depan tv, aik! ni dah kira fanatik safa marwah nih, tak boleh jadik ni, hahaha! Takpelah, aku boleh melantak ikan pari ni puas2 sorang2 hehe!

Sinetron SAFA & MARWAH      
Korang boleh tengokkan betapa bestnya cerita ni sampai boleh buatkan mak abah makan di dapur beralih ke depan tv dengan pinggan nasi masing2, hehehehe! Aku pun suka jugak tengok citer ni tapi yang aku tak paham kenapa mesti ada yang tak logik, bukan sikit tapi banyaaak.... kalau nak tahu tengok sendirilah, hehehe!
Lagipun sebelum ni bukan safa marwah ja, cuba ingat balik sinetron yang dulu2 biasa ditayangkan di TV3, antaranya, Bawang Merah Bawang Putih, Alisa, Ratapan Anak Tiri, Liontin, ha,apa lagi..banyak jugaklah, aku ja yang lupa...semuanya mesti ada unsur tak logik, dan polis dalam drama tu pun takder yang cekap2, "I REALLY DON'T UNDERSTAND".

20 April 2011

Setelah Berkurun Lamanya

Bulan pertama.....busykan diri, (bukan buat2 busy tapi kerja datang berduyun2), bulan kedua, video ni tak siap2 lagi...aku dah mula pening... bulan ketiga.......fuh!macamm nak pengsan!
Bila bulan ke-4 ni, barulah aku mula tenang setelah selesai projek video sekolah. Nak tengok? takyah la, aku sendiri tak nak tengok, hehe! Actually, banyak cerita, tapi tak tercerita, ibarat mencurah air ke daun keladi, mesti takkan faham punya. Blog tak ter'update2' lagi sampai lah ni, aku dah mula rindukan penulisan alam  maya, last entry yang aku ingat aku start merapu guna bahasa inggeris, ye bukan apa, saja nak mengasah bahasa inggeris aku ni, siap tengok kamus lagi, hahahahahaha! 
Banyak plan yang aku simpan dalam kepala ni.. antaranya, INSPIRA! tau inspira apa? ish ish ish! takkan tak tahu, ala...kembar lancer tu, huhu!

inilah antara kegilaan aku sekarang 

 
Aksesori memang banyak, nampak elegan gitchu, hehe!

seat pula leather tau, bukan cushion, pergh!

Saya bangga dengan Proton Malaysia, u r da best!
Aku suka design body dia, dan aksesori dalam tuh, pergh!!!!!memang sukaaaa sgt2!!!! tapi ni cuma dalam perancangan saja, nak beli tu, mungkin bukan sekarang..tapi tunggu rezeki datang bergolek, hehe!
Okey plan kedua...nak beli barang2 tuk baby... yup sekarang kandungan dah masuk 6 bulan lebih, mudah2an semuanya sihat.. aku risau darah aku tak naik2, maksud aku h.b aku tak naik....sedihnya.. aku ikhtiar makan kerang hari2, makan buah jambu hari2, makan bayam, makan sayuran hijau, ha makan apa lagi, sampai aku timbang dalam 2 minggu je naik 2kg ooohhh noooo!
banyak lagi sebenarnya, tapi ingat, yang manusia cuma merancang tapi tuhan menentukan. :-)
Ngidam makan durian, tapi buat mereka yang masih baru mengandung, orang cakap masih dalam stage pertama, baik jangan makan durian, takut jadi perkara yang tak diingini wokey!

28 January 2011

My Best Friend Ever!!

FRIENDSHIP

Friendship is one of the closest bonds shared between two individuals. As rightly put forward, friendship is one soul two bodies. Friends build their relationship on trust, commitment and love. It is one of the purest relationships that can ever be. Closest to our heart, friends are our companions and partners in the ups and downs of life.    ~more at Lovecarnival

I guess that's what happen to me before I'm apart with my friend long time ago.. Actually nothing happen to us, but we have a dreams to achieve, so we've decided to take a different path... After we're graduate our high school, I went to Kuching Sarawak, and she further her studies at Kuala Lumpur to become a nurse.. Unfortunately, she always busy with her "dreams" and so am I.... :-( 
As far as what I know about her,.....she is the most nicest person I met after Jumasia and Cahaya... Oh my, I forgot to mention her name here, she's Azmah.. yup Azmah, long distance friend, I don't know what happen to her now, is she alright? does she ever remember me? (I hope so..) I don't know if she married or not, because she always having a relationship problem with any boy she met.... As a friend,of course I always pray for her happiness...
And for our relationship as a 'BEST FRIEND FOREVER' I never, ever ever ever forget about her....
Does anyone know how can I find her? I've tried search at Facebook, but none ring a bell..

azmah and me
I hope someday we will meet!

25 January 2011

My 3 Months

Assalamualaikum w.b.t...
When you get pregnant, the most important is to check your health right? And where to check? of course at clinic darling... hehe! Same as me, this month my womb currently at 14 weeks = 3 and a half months.. I'm glad nothing happen so far but...there's always but.. I had a headache..kinda weird for me because, i'm feeling dizzy at all times, and from what I knew, when you got dizzy, you as a pregnant mother cant take painkiller a.k.a PARACETAMOL, PANADOL or ActiFast etc.... it'll make your baby became weak. But HOW???how to make it stop?? I can't stand it! I spend my day just on my bed and keep crying... I didn't eat nor drink.. I'm so weak!
My husband felt pity on me and he bring me to some private clinic. As usual the doctor check on my body temperature and he advice to drink a lot of water, avoid drinking cold water, make sure to eat more veggies, proteins and also food that contains carbohydrates to stay healthy.. At that time, I didn't say anything, I only keep nod while he speak cos my head still feel dizzy, haha! Thank God, the doctor gave me a painkiller which pregnant mom can take while feeling dizzy...and now, I feel my head more lighten and "freeeeeee"haha!
I guess this 3 months are just beginning..maybe there's more misery in another 6 months...uwaaaaaaaaaaa.......
That is why in Malay there is a quote saying "syurga itu dibawah tapak kaki ibu"....

-the entry from the keyboard but the story are from my heart-

www.mytidewatermoms.com- image source

10 January 2011

New Post for the New Year

I'd always keep in mind "dont forget to write about your new year"! But everytime there's a chance for me to post it, somethings comes up, work, food, drinks, download, sleep, and I dont have any idea what to add in "New Year 2011" post.

Well, when it comes to the end of December 2010, some people may already had a plan on what to do, where to celebrate, and with whom may they celebrate it, must be something special isn't it? I only knew that 2011 just a new year = New Year...got it? First day of the new year will be the same day from yesterday, and tomorrow will be the same day of today...then, What are the differences?? Everyday you woke up in the morning, do your routine, go to work, back home, get sleep, and the next day you do the same, day are still the SAME. Unless you got lucky when a charmed prince came knocking your door and propose you to marry him, that's what I call different, haha!
It is just my opinion, maybe some of you have a memories that you hold tight every minute and second and try not to forget to... 
Happy 2011 :-)