23 September 2013

Obsesi aku sekarang (gila poyo tajuk nih, LAYAN!)

RUNNING MAN! Haaaaaaaaaa aku sebut ni je 1 Malaysia tahu pasal ni. Kalau ada yang tak tahu tu meh cni aku bagitau apa tu Running Man, (eleh macam jakun je kau ni kan Tihah) suka hati aku lah  blog sendiri bukan susahkan kau pun., ha kan dtg penyakit meroyan, wakaka! Ok jom tgk siapa ahli Running Man :p

Memperkenalkan ASIA PRINCE, Lee Kwang Soo a.k.a Giraffe ^__^

The most youngest member in club, dia ni paling famous di asia, yg lain tak berapa tapi kalau Running Man buat tour di asia, rata-rata semua peminat KwangSoo.

Sparta! Kim Jong Kook 
Terkenal dengan tubuhnya yang sasa, yaaaa, semua ahli Running Man taknak lawan dengan dia sebab dia tersangat kuat, boleh kalah kalau compete dgn dia, huhu!

Mong Ji! Song Ji Hyo (kalau kat instagram orang selalu cakap Nora Danish ada rupa dia, aku tgk xde pun rupa Ji Hyo :p)

JiHyo pula terkenal dgn gelaran Ace JiHyo dalam kumpulannya, sebab apa, sebab kebanyakan game Running Man hampir semua dia yg menang, kira dia ni bernasib baik juga la. Satu satu nya female in group :) Oh ya, dia juga dianggap sebagai girlfriend kepada Kang Gary, peewwiiitt!

Gary, Kang Gary-Gary Oppa :D (Dia dgn JiHyo digelar MONDAY COUPLE) haha!

Gary ialah penyanyi rapper duet LeeSsang di Korea, yup, he's a singer! Gary juga hebat dalam Running Man, dia terkenal dengan sifatnya seperti komander iaitu rancang dan strategis then attack!
Boleh tengok di episode Macau, guest dia Lee Dong Wook dgn Han Hye Jin, episode 136.

Nation M.C- Yoo Jae Suk (Grasshopper)


Same age friend with Ji Suk Jin. Dia adalah M.C bagi Running Man dia juga terkenal dengan gelaran Yooruce Willis. Ada kalanya dia menang dengan mudah kadang selalu kalah. Emmm apa lagi yg aku tahu pasal dia ni aaa, mcm xbyk, tapi dia ni mmg kelakar, full of sense of humor.


Big Nose Hyung-Ji Suk Jin
Ha, kalau yg ni lagi best, haha! Asal ada game pasal tarik name-tag, confirm dia org pertama yg akan terkeluar, masa tu baru lah RACE START! hahaha! Most of the games about rip name-tag, belum sampai 5 minit race tu mula, dah name tag dia yg kena tarik dulu, haha! Macam bodoh lak aku gelak sendiri.

Haroro- HaHa- Ha Dong Hoon


HaHa, kalau tgk dari episode mula2 dulu dia ni jenis yang mudah dibuli kalau dia berseorangan, kalau tak caya cuba tgk nnti episode 1-10, semua nak buli dia. Tahun lepas ke tahun ni aku pun tak ingat dia dah berkahwin dgn Byul, pelakon penyanyi Korea.

Dari episod 1-45, ada bekas member Running Man, Song Joong Ki (flower boy)

Ok that's all for today, kang aku cerita lagi sebab sekarang dah nak dekat pukul 5 aku nak balik nak jemput anak lagi weeehheeee!

20 September 2013

Ko ada update tak ko punya aipong? ko baca sini!

Sekarang ni semua org kecoh pasal iOs7 kan, yelah semua semua semua org ada iPhone, masing2 punya bajet la, ahaks! Ok kali ni aku nak citer skit aku nak review pengalaman aku based on iOs 7 ni.. Yelah aku pun nak kecoh jugak hahaha!


 
Yg ni telah diubah menjadi ala2 transparent gitu, boleh tgk kat 'slide to unlock' kalau dulu dia tak transparent. Kalau kat signal telefon simbol signal tu pun berubah menjadi bulat-bulat kecik, ala comelnyaaaa :D

Bila dah unlock (aku suka pasang kunci ni sebab anak aku yg sulung tu suka buka tepon pastu pergi dail nombor suka2 makan kredit sia-sia je) interface ni jadi lebih menarik, aku suka yg ni!


aku pun mula lah selfieeeee hehehe!
Dah update iOs ni ada lah bonus seperti upgrade camera tapi bukan upgrade dia punya pixel, just interface dan beberapa kemudahan seperti button photo, video, square, macam kat contoh dibawah ni



Yang ni adalah main changes of iPhone with iOs7, cantik kan? Function semua sama sikit je yg berubah. Kesimpulannya, emmmm update jangan tak update nanti hang sendiri rugi, sebab semuanya menarik tertarik mmg da bomb!!

What I save on MyDocument

Aku jumpa tulisan ni dalam MyDocument, jadi aku ingat baik aku simpan je dalam blog sebab, takkan ada siapa2 yg boleh baca (walaupun aku tahu ada org lain yang mungkin akan baca entry ni bila-bila masa) jadi aku rasa aku tak kisah sangat.. Entry ini berdasarkan kisah benar :)

__________________________________________________________________



Aku sebagai Isteri

Apabila telah selesai upacara ‘akad nikah’ secara tak langsung wanita itu bergelar isteri.. Isteri kepada lelaki yang menikahinya dengan sah. Semua orang tahu kalau dah berkahwin akan menjadi tanggungjawab kepada si isteri untuk patuh dan taat pada suami. Jika hendak kemana2 pun kena minta izin dengan suami, ini kerana segala apa yang dilakukan si isteri akan ditanggung oleh suami..
“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka.”
(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Suami adalah kunci bagi isteri untuk memasuki syurga, oleh itu kita sebagai isteri hendaklah menjaga segala perlakuan percakapan dan hindari dari segala dosa yang kita lakukan supaya tidak ditanggung oleh suami.
****
Dengan sekali lafaz, Alhamdulillah, air mata terus menitis dipipi, aku rasa bersyukur ke hadrat Mu ya Allah, mulai saat ini aku sudah menjadi isterinya yang Engkau redhai ya Allah.. Engkau meredhai dia untuk menjadi suamiku dan Engkau meredhai aku untuk menjadi isterinya, sesungguhnya Engkau redhailah kami untuk terus bersama menuju ke jalanMu ya Allah.. Mulai saat itu juga, aku bukan lagi menjadi tanggungjawab kedua ibubapa ku, malah menjadi hak sepenuhnya oleh suamiku. Sebelum kahwin dulu segala pergerakan ku memang sudah terbatas, abah dah meninggal, jadi semakin kuat perasaan ku untuk terus mengasingkan diriku dari duniawi, aku pun sosial juga tapi dari segi pergaulan dengan kaum Adam aku ketepikan dan kalau boleh aku jarakkan. 

****

Sebelum menjadi isteri..
Sebagai anak sulung, rasa tanggungjawab tu sudah sebati dalam diri, mesti tolong mama buat kerja rumah, tolong jaga adik. Sebelum pergi sekolah pastikan adik-adik minum air panas untuk alas perut, tengahari balik sekolah kalau sempat masak boleh makan terus sebelum pergi semula ke sekolah untuk aktiviti kokurikulum sebelah petang. Mama pula masa tu kalau hujung minggu ada PJJ jadi asal weekend je kalau tiada koko, aku mesti jaga adik dirumah, adik ada 3 orang, yang paling kecil baru darjah satu..  kadang2 masak megi sahaja paling senang, kan selalu ada citer Hindustan petang2 :D
Pejam celik pejam celik, selepas SPM aku sambung belajar dan Alhamdulillah, dapat tawaran masuk poli, bermulalah perjalanan hidupku…  Jauh dari rumah, jauh dari semua keluarga, jauh dari mama.. tiap-tiap malam aku menangis sebab aku rasa tidak biasa dengan semua ni, disini, kawan2 semuanya cakap bahasa orang Kuching, bahasa Sarawak, aku langsung tak faham, kalau ckp dengan aku je baru cakap Melayu.. AKU RASA TERASING!
Tapi dengan berpegangkan prinsip hidup belajarlah sehingga kau mampu bahagiakan kedua ibubapamu, kau balik dengan bawa sijil kemenangan, insyaAllah, segala penat lelah ibumu dapat digantikan dengan kebahagiaan yg terpancar diwajahnya… aku suka buat sesuatu yang boleh bahagiakan mama…
Selepas habis belajar aku cuti panjang… tunggu result.. 
Alhamdulillah, cemerlang :D

Adik lelaki pula baru lepas SPM, dia dapat tawaran masuk UiTM.. Kami pula ada masalah kewangan, jadi aku terpaksa berkorban untuk lupakan cita-citaku untuk menjadi cikgu… aku isi boring SPA8, Alhamdulillah, aku dapat jawatan sebagai Juruteknik Komputer di kementerian pelajaran… hemmmmm dalam hati tak apa boleh buat PJJ apply masuk OUM, tapi manusia cuma boleh merancang Allah yang menentukan.. aku baru kerja, selepas 5 bulan seru pula sampai… Menjadi isteri orang..


Ok gambar tidak kena mengena dgn entry ini, haha!

p/s: saya menulis dari hati terus ke keyboard

09 February 2013

Sabah (adik pun dah kahwin) :p

Continue..... kebetulan masa ambil cuti balik Sabah, memang plan ke Sabah ni untuk majlis walimah adik perempuan, her name Syafiqah, married to Aman Shah :) 
Majlis yang dibuat begitu meriah skali, buat kat hotel pastu macam2 program yg dibuat, ada tarian tradisional Sabah, ada kompang siap ambil 2 team berlainan lak tuh.. ada karaoke and majlis renjis-renjisannnn

me, husband and Nisa

Adik ipar dan keluarga

adik ipar juga dgn keluarga

Nisa masa ni mmg dah terlebih gula sbb apa, sebelum majlis atas meja tuh ada gift candy and muffin in box, pastu minum oren sampai 2 gelas, ha, xduk diam la jwbnya

Firdaus suparjo (adik ipar gak)

adik ipar dengan makayah mertua



Ni makayah mertua kepada adik ipar (mmg rombongan dari segamat semua ni)


tarian tradisional Sabah :)

Rombongan dari Segamat

Pengantin perempuan tu adik ku dgn my new brother in law
Kepada adik yang tersayang, akak mendoakan kebahagiaan kalian semoga berkekalan hingga ke syurga, nikmatilah alam perkahwinan dengan penuh keimanan dan jagalah rumahtanggamu dengan penuh kasih sayang, taati suami dan hormatilah dia sebagaimana kau menghormati kedua orang tua mu...

04 February 2013

12/12/2012

Assalamualaikum, and Happy New Year!

New year lah sangat kannnn, haha! okey ni entry terbaru aku untuk tahun 2013 ni, mak aiii memang dasar pemalas tol aku ni kan. Update pun payah! tssk! Sekarang dah bulan februari so aku nak panjangkan sikit entry kali ni, biar bersepah blog ni.. 

Merujuk kepada tajuk diatas,(macam buat surat la pulok), tarikh paling istimewa untuk penghabisan tahun 2012, oh yeahhh i'm coming home, but this time not just me, but whole family from Segamat were coming toooo! So excited! Memang muka aku ketara sangat tak sabar nak jadi tourist guide diorang ni, yela I'm proud for who I am and where I from, ceh! Setibanya di Sandakan aku jadik driver jap angkut kreta bawak gi Kota Kinabalu, sbb family dari segamat semua turun K.K.
Kami suami isteri bawa 2 kereta means aku bawak 1 dia pun bawak 1, faham kan? I drive all the way from sandakan to kota kinabalu. 
Still smiling even she felt tired :)

apa tu ibu?

kesian anak ibu, tido je dalam kereta :)
Sampai je bandar K.K kitorang trus check-in hotel, memang best hotel tu, korang boleh buat tempahan online kalau ada saper2 yang berminat. Click here if you interested. 


Bilik ni aku booking masa cuti tu, memang puas hati dan luas, and nice!

One of the bedroom, kalau deluxe suite ada 3 bilik dan 2 bilik air, 1 kitchen and living room.

Sampai je family dari Segamat kitorang pun makan2 kat Tanjung Lipat. Disini kita boleh makan sayap (kalau di Semenanjung panggil kepak ayam), seafood goreng-goreng, and makan sambil menikmati pemandangan tepi pantai dan bunyi desiran ombak pantai menjadi halwa telinga.

The next day

Shopping ke pasar filipina ke 1 borneo shopping lagi ke wisma warisan and centre point Kota Kinabalu, ha! nak tercabot kaki nih.

Next day

Kami check-out dan terus ke Kundasang :)


This is Kundasang.......emm

nope! this is our crazinesss, haha!

Nisa ambil speck ayah, hehe!


 Semua gambar diatas berlatarbelakangkan Dairy Farm, Kundasang, Sabah. fuhh cuaca memang sejuk sangat2, cameron highland pun tak sejuk macamni, betulll tak tipuuu~


Gunung Kinabalu.



Oh ya, lupa nak mention sini, di kundasang ni kami menginap di TM RESORT, harga agak berbaloi2, boleh lah try tido sini, view pun cantik, macam dalam gambar tuu.






Suka tengok gambar ni semua, okey that's all 4 today, aku akan update lagi maybe tomorrow,..
What? ya citer yang sama, hehe!