13 September 2012

Jam Ini, Ketika Ini, Itu Dulu

Kalau dulu masa bujang2 time petang macamni= aku tidur, kadang tengok tv
But now= I'm working!

Bestnya masa remaja dulu, petang akan ada koko (kokurikulum) kalau musim sukan sekolah, aku bukan jenis sports, aku ikut kawad kaki, boring kan, ish! manada boring best lah! Suasana petang di Sandakan aku rasa tak sama dengan yang segamat ni, entahlah mungkin sebab perubahan iklim(iklim?)

Kenangan paling manis....inilah yang aku tak suka ni, sometimes it make me cry :'( 

Mama telefon....

mama: Kakak, nanti jangan lupa gorengkan mama pisang, ada kan mama beli?
aku: iya, ada, nanti kakak Nor goreng..
mama: thank you kakak, love you~~

Dah dekat kul 6 aku trus buat tepung goreng pisang dan goreng pisang.. habis 1 sisir pisang.. kami memang suka pisang goreng, kalau cicah ngan susu manis, bertambah lah sedap, tapi mama lagi suka cicah dengan lada kicap... dah siap goreng semua, aku bancuh nescafe panas... Petang tu kami layan crita cina sambil makan pisang goreng,kadang kami bercerita tentang friends and family, hehe!

Itu semua dulu....

Pada jam ini, aku masih disini, masa depan yang aku miliki... aku tak sangka ketika ini, aku berada di tempat orang tapi bukan berseorangan, aku sudah berkahwin dengan suami tercinta dan punya anak seorang....

03 September 2012

To be beauty, with SNE BeutSkin


Pernah dengar pasal produk ni? Konon produk ni lah yang buatkan Adira AF tu cantik, putih melepak, kan? Betul!



Memperkenalkan SNE BeutSkin Essence!, produk ni memang bagus, aku dah baca dan fahami setiap inci maklumat (mestilah aku pun nak cantik juga, haha). Produk ni halal dan diluluskan oleh kementerian kesihatan. Bukti, sila lihat dibawah 



Kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

sijil Halal

Maklumat SNE BeutSkin:
BEUTSKIN ESSENCE Rahsia untuk Kulit Lebih Cerah, Mulus, Gebu dan Awet Muda selalu.. Efektif, Selamat dan Tanpa Sebarang Keraguan..

Produk : Beutskin Essence
Kod Produk : 10023
Berat : 500mg x 60 capsules
No.Pendaftaran Kementerian Kesihata
n : MAL08031430TR
Harga : RM240.00
Kandungan : Minyak Biji Seabuckthorn, Radix Puerariae Lobata, Minyak Biji Anggur, Likopena, Minyak Kacang Pain, Beeswax

Dos yang perlu diambil :Dewasa : 2 kapsul sehari, 2 kali sehari sebelum makan

5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ERTI KATA SEBENAR.
1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan
2. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan
3. Metabolik - Metabolisma stabil
4. Anti-Pengoksidaan - awet muda
5. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara

Dos yang perlu diambil :
Sekiranya mampu; 2 biji selepas bangun tidur pagi dan 2 biji sebelum tidur. Ambil semasa perut kosong, jarakkan sejam sebelum sarapan.
Bagi yang tidak mampu; 2 biji pada waktu pagi/malam.
 
Boleh: Diambil seawal umur 13 tahun
 
Tiada pantang larang, tiada kesan yg merbahaya, tidak merosakkan buah pinggang, selamat diambil dan jika mengambil sebarang supplement hendaklah makan 1jam sebelum makan supplement/mknn (Diambil semasa perut kosong)

KESAN-KESAN SELEPAS PENGGUNAAN BEAUTSKIN ESSENCE

3 hari :
- Menstabilkan fungsi hati dan buah pinggang, kadar peneutralan toksin dalam badan meningkat dengan nyata sekali, kekangan kapilari darah meningkat, hemoglobin meningkat dengan nyata, ketidakseimbangan ’qi’ dan darah dapat diperbaiki dan memulihkan daya.
 
10 hari :
- Keadaan fizikal bertambah baik, sebahagian toksin dalam hati, buah pinggang dan darah dapat disingkirkan, keupayaan anti-pengoksidaan dalam badan meningkat, kapilari darah menjadi lebih lembut, memulihkan dan meningkatkan kekenyalan dinding darah pada masa yang sama menyelaras fungsi ovari.

30 hari :
- Toksin pada organ dalaman badan dapat disingkirkan lalu dipenuhi dengan bekalan nutrien yang diperlukan, keupayaan baik-diri kulit dipulihkan dan ditingkatkan, fungsi peredaran mikro pada kulit diselaraskan secara efektif.

60 hari :
- Meningkatkan liang-diri kulit, keupayaan daya penahanan kulit meningkat, fungsi endokrin bertambah baik dan teratur, perubahan daripada kulit yang berwarna kuning gelap kepada kulit cerah berseri-seri.

90 hari:
- Lebihan lipofusin dan radikal bebas dalam badan disingkirkan, sel-sel menjadi aktif dan keanjalan kulit dipulihkan lalu mengembalikan wajah yang cantik dan kelihatan muda.

Penggunaan jangka masa panjang :
- Metabolisme badan berada dalam keadaan peredaran yang baik, kulit menjadi lembut, licin, sihat, cerah, cantik dan sempurna.

Seorang lagi artis yang mengambil supplement ini..

Isma AF
        
Okey, jom ramai2 try produk ni, biar cantik sihat dan menawan, hehehehe! :D

The Next Day

Subuh lagi aku dah bangun, macam biasalah, jalankan tanggungjawab as a muslim, anak tidur lagi.. comel je budak baik ni, ya Allah aku bersyukur pada Mu, Engkau jadikanlah dia hambaMu yang soleh...
Selepas solat, abg tanya pasal baju dia, aku belum gosok lagi, ops, takpe sempat nih, gosok licn-licin, biar paling macho pegi sekolah. Mak mertua pun dah bangun siap mandi lagi, tapi aku tengok mak macam nak gosok baju juga, jadi aku cepat-cepat gosok baju kurung nak gi kerja.

Bawa kereta hantar anak pegi pengasuh terus pergi sekolah, sampai sekolah jer, dah ada cikgu serang tanya soalan pasal document mapping, pergh! Aku belum punch card lagi, belum duduk lagi dah kena tahan, kesian cikgu ni aku layankan aje lah. After dia faham semua jawapan aku tuh, aku cepat2 tengok punch card., alamak!tepat2 pukul 8! nasib bek tak lebih dar kul 8. Pastu ada lagi, baru letak beg nih, dah ada cikgu datang, tanya laptop dia "Fatihah, laptop akak ni kan, yang awak install antivirus baru tuh apasal tak jalan aa,akak risau jugak sebab anak akak rajin main internet"...... Aku tolong lah buka laptop akak ni switch on...loading....windows..... pergi antivirus tuh, laaaaaa belum update lah kak~ padanlah tak jalan kan, hemmmm cikgu-cikgu....
Dah selesai satu datang lagi satu, ni sebab aku rajin angkat telefon sekolah, 

aku: "SK B**** P***, hello, boleh saya bantu?"
pemanggil: "Hello selamat pagi, boleh saya bercakap dengan cik fatihah"
aku: "ye, saya bercakap"
pemanggil: "cik, saya yang uruskan aircond haritu, sekarang ni tengah buat quotation, tapi   masalahnya nak buat peruntukan kira-kira untuk setiap aircond, ada tak maklumat berapa HorsePower untuk setiap aircond?"
aku: alamak! manada! "saya rasa takde lah encik sebab saya pernah buka fail AC tu memang takde".
pemanggil:"boleh tak awak buatkan nanti faks kan ke pejabat saya"
aku: WHAT THE!!! DIA INGAT AKU NI TUKANG AIRCOND KE!!!SUKA ATI JE SURUH2 AKU! "Boleh nanti saya faks".. (baiknya lah kan...)

Aku pun main agak2 jugalah buatkan tengok saiz AC tu kalau kecil berapa besar berapa... memang macam nilah situasi aku tiap2 hari, bila difikirkan jawatan aku ni bukan setakat juruteknik komputer tapi aku ni fleksibel, jadi cleaner pun boleh jadi kerani pun boleh jadi cikgu pun boleh, huhu!

Aku masih ingat lagi pasal isu blogger pertikai profesion cikgu sampai dia terpaksa remove blog dia akibat dicemuh masyarakat dan dihentam oleh cikgu, haaaa kan dah kene, TAPI dulu isu Juruteknik komputer pun ada tau.. aku rasa cikgu2 ni macam 'ketulahan' la... dulu diorang mencemuh profesion juruteknik komputer, dorang cakap keje jadi juruteknik komputer ni senang, duk je depan komputer, gaji jalan, tak payah buat keje lagi bagus.... haa, apa perasaan kalian...????

Memang tersangat busy jugaklah, sampai tengahari pun aku balik tuk solat je, makan tak, abah tanya kalau aku dah makan ke belum, aku jawab je dah, aku taknak dia susah2, takut dia pergi memasak pula. Petang ni maybe, aku sambung raya raya pergi rumah makcik pakcik belah suami, owhhhhh makin gemuklah aku, haha!

Semalam aku gi exam flexible entry tuk oum, Allah, mudah2an aku lulus exam, call pagi tadi dorang cakap aku kena interview dulu baru boleh bagi result, kalau lulus aku boleh terus daftar tuk intake bulan September ni..... moga semuanya berjalan dengan lancar... amiinnn~

Esok.... hanya Allah yang tahu~