24 November 2010

Gunung Ledang

Salam dan sejahtera semuanya~

Gunung Ledang , hemmm mesti semua tau cerita pasal puteri ni kan? kalau yg tak tahu, meh aku ceritakan skit, mengikut lagenda melayu, Sultan Mahmud Syah kematian isteri pertamanya, dia berkeinginan untuk mengahwini Puteri nie, jadi dia perintahkan para pembesarnya yg setia untuk meminang Puteri ini. Dipendekkan cerita, Puteri Gunung Ledang telah meletakkan beberapa syarat kepada Sultan Melaka dan antaranya ialah semangkuk darah anak Sultan Mahmud, iaitu Raja Ahmad sebagai hantaran.. perghhh! tak tergamak aku kalau aku di tempat Sultan.. 
end of story, hehe! tu je lah yg dpt aku critakan,.itu pun aku ikut sumber yg dipercayai di Google, korang boleh cari ye, hehhehehe! aku nak ckap pasal gunung ledang ni bukan psal apa, cuma tempat ni adalah salah satu tempat yang aku pernah pegi, memang cantik dan sungguh indah...Subhanallah.. 

masa pegi nie, suasana kaki gunung paling atas memang sejuk oleh sbb hujan renyai, korang boleh tgk sendiri kan kabus tebal tuh, memang cantik... air sungai pula mengalir tenang.

sekarang ni Gunung Ledang menjadi tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negara (ayat aku formal sangat pagi ni, takpe, hehe)
kami pasangan bahagia mengambil kesempatan tuk mencari ikan dalam air, hehehe! dating jap, haha!
my biras(baju biru), adik ipar suami, kitorang gi ramai2 sebenarnya, tapi gambar yg lain tak tau lah mana da aku simpan, aku tak ingat.  
kemudian mula lah babak antara Puteri Sabah dan Sultan Segamat, hehe!

romanticnya suami aku neh (ok aku da nampak ada org jeles)
yup mmg over sket haha! (takpe yg penting kitorang da kawen)hehe!
merpati dua sejoli (walaupun ada Laut china selatan menjadi pemisah kami, tapi 'everyone can fly' banyak membantu, ribuan terima kasih diucapkan)hehehehehehehe!

The End~

No comments:

Post a Comment