26 August 2010

Roh di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t..
Cuba bayangkan kalau kita yg menunggu bekalan “hadiah” dr yg masih hidup, tp sampai habis Aidilfitri pun takda org “hantar”…Ya Allah sayunyer…sama2la kita ingatkan mereka yg telah kembali ke Ramatullah dan sedekahlah walau hanya Al-Fatihah…amin…

sesame la kite besedekah... pada roh roh tu

" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak
menyayangimu.....Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya, Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari... Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"

Roh di Bulan Ramadhan

Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku
menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan
Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah
bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith
Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan
apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon
kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang
ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah
kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada
penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak
dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan
terus di penjara di Luh Mahfuz.


Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah
pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan
mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz
dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.


Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.


Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang,
yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah
daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus
ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang
bermanfaat dan sedekah amal jariah.

sumber dari email kawan...
aku teringat dengan arwah ayah aku, sedih sangat dan aku mula merasakan yang semakin kuat rasa sayang ku dengan ayah... Ya Allah cucurilah rahmatMu ke atas roh ayahku dan tempatkanlah dia dikalangan orang yang beriman.. Amiiinn... Amin Ya Rabbal Alamin..

Cure Natural Aqua Gel


salam, hai! aku nak kongsi ngan korang tentang kelebihan produk ni, jom2! hehe! actually aku dah pakai produk ni dah sebulan, so far, EXTREMELY AMAZING!!! betuuuul aku tak tipu, bulan puasa ni tak pandai aku nak tipu2 huhu!
ok produk ni 91% berasaskan air, hanya terdapat di singapore dan japan. produk ni ori from japan, so harga dia pun boleh tahan jugakla, tapi amat berbaloi! tak rugi beli sebotol sebab ia bertahan setahun tapi kalau aku, sebulan pakai tak sampai suku pun..
ia berkesan menanggalkan sel kulit mati berbanding menggunakan scrub, malah kalau korang pakai moisturiser atau mana2 krim malam, soooo perfect kalau korang pakai dulu produk ni, mcm ia lebih cepat meresap ke kulit.. hemmmmm bestkan! kulit pula sentiasa lembut, fair and tompok2 hitam atau blemish segera hilang... I LOVE IT!

ehem2! kalau korang nak beli produk ni, boleh gak order ngan aku, aku jual harga murah babe..korang carilah mana harga murah, tempat aku laaagii murah, hehehehe! only RM130 termasuk shipping :-) depends tempat korang lah ye... huhuhu!
-rugi kalau tak beli, lelaki pempuan semua boleh pakai-
remember, RM130 INCLUDE SHIPPING-
any questions and order just mail me at: sephria_7@yahoo.com
SERIUS BUYERS ONLY!

Churp2! jom join sm2 :-)

easy to join easy to get money! just click this link Churp2 I need money

16 August 2010

Ramadhan menjelma lagi ;-)

Assalamualaikum w.b.t.. Selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa semuaaa :) Alhamdulillah tenang hati ni bila tibanya ramadhan.. banyak dah niat dalam hati nak buat d bulan puasa ni, wei korang puasa ke???? aku ingat lagi masa aku kecik2 dulu, kalau dah bulan puasa berat sangat mata nak celik untuk bangun sahur, hehe! mama asyik2 kejutkan kami 4 beradik, tak bangun2 juga, ha abis dengar bunyi kelentang kelentong periuk mama aku, hahah! dahlah bangun tekejut kena bebel pula tu adeeeeh!
tu waktu sahur, pas makan je trus nak tido, mama selalu pesan selepas makan tak boleh tido, nnti perut tak hadam dengan betul,... memang betul cakap mak aku, rasa macam senak je perut kalau tido pas makan, macam ular sawa kekenyangan, hemmm~ rindu pula dengan mama :-( 
mak, minta maaf jika tahun ni kita tak dapat raya bersama, tapi ingatlah yang kak nor akan selalu berusaha tuk balik hujung tahun ni, ok! ;-)

Andai Ini Yang Terakhir ( Salam Ramadhan)


ANDAI KAU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR

tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu....merayu...kepadaNya Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu 
solat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu' 
tubuh dan kalbu...bersatu memperhamba diri 
menghadap Rabbul Jalil....menangisi kecurangan janji 
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil alamin" (sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku..kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam)

ANDAI KAU TAHU INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

tidak akan kau sia-siakan walau sesaat yang berlalu 
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang 
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

ANDAI KAU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR

tentu malammu engkau sibukkan dengan 
bertarawih...berqiamullail ...bertahajjud
mengadu...merintih...meminta belas kasih 
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurgaMu 
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke nerakaMu"

ANDAI KAU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR

tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang 
mari kita meriahkan Ramadhan 
kita buru...kita cari.. suatu malam idaman 
yang lebih baik dari seribu bulan

ANDAI KAU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR

tentu engkau menyediakan batin dan zahir 
mempersiap diri ...rohani dan jasmani 
menanti-nanti jemputan Izrail 
di kiri dan kanan...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi... 
andai ini Ramadhan terakhir buat kami 
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti ... paling berseri 
menerangi kegelapan hati kami 
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu ya Ilahi 
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman... 
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui 
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi 
dirinya 
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah 
berusaha...bersedia...meminta belasNya

Andai Kau Tahu Ini Ramadhan Terakhir

"MAAFKAN SEMUA KESALAHAN 
YANG PERNAH DILAKUKAN"

~wassalam~

09 August 2010

aku dan ketabahan

walaupun aku seorang wanita yang lemah, tapi aku kuat untuk terus tabah..
banyak masalah yang aku dapat tapi aku cuma boleh simpan dalam hati "ya Allah kuatkanlah semangatku berikanlah aku ketabahan".. aku sentiasa ingat semakin kuat ujian yang aku hadapi, semakin dekat diriku pada Allah.. aku memang mcmni, semakin hari semakin banyak masalah, entahlah, mungkin kalau orang lain ditempatku sudah lama jadi gila.. tapi tulah, aku bersyukur, aku dianugerahkan ketabahan, dan semangat yang kuat..
hidup di dunia taklah seindah mana, ibarat servis hotel yang tak memuaskan, hehe!mesti korang takkan paham ngan istilah aku ni.. i dont care, my blog my words.... kata member, kau happy aku pun happy.. tapi kalau aku sedih kau pun sedih gak ke??? dunia...memang penuh dengan drama.... tapi aku takde lah nak cakap semua orang hipokrit, aku tau gak bezakan mana yg baik mana yg jahat, mana baik mana buruk.. hidup ni kena banyak berwaspada, sentiasa berhati-hati dan kalau boleh kuncikan dalam hati "be nice!"

04 August 2010

Exam for Me???

Dah dekat 2 tahun aku keje tapi belum sah jawatan lagi.. hari tu aku kene panggil induksi tapi aku tak gi, atas sebab2 tertentu yang tak boleh dielakkan.. bukan disengajakan, tapi memang tak boleh. aku tahu ianya wajib, salah satu syarat untuk aku sah jawatan tapi apa leh buat... jadi hari ini saya akan gerak ke batu pahat bersama suami tercinta untuk meneruskan perjuangan ku sah jawatan, hehe! kadang risau gak, kawan2 lain semua dah sah, aku je yg belum sah, aik tak boleh jadik nih!huh!batu pahat here i come!! ceh, macam gi cuti je~ untuk kawan2 yg kenal aku dari blog ni, doakan aku berjaya dlm exam ni k! tengah tekun study sambil blog... always keep update my blog "konon"! hehe 

03 August 2010

Siblings??

aku tak tahulah apa sumpahan yg terkena dengan aku sekarang... mungkin nie cuma ujian yg terpaksa aku harung sorang2.. memang getir sungguh ujian ni sampai aku sendiri nak nangis tp airmata dah kering.. aku paksa diri untuk terus bertahan biar dihina, dimaki, dicaci bertalu-talu oleh orang yg dah lama hidup dengan aku.. aku cuma ingat "dia bukan siapa2 yang boleh judge aku macamana, yg boleh down mental aku, dia bukan siapa2".! aku simpan dalam hati aku hidup dengan keluarga baru lebih2 lagi dengan suami yg tercinta.. aku tak nak tipu diri sendiri yg aku tak rindu dengan keluarga aku, rinduuu sgt2! tapi apa boleh buat, aku telah pilih jalan hidup aku sendiri, tak bererti aku lupa asal usul ku.. KAU MEMANG SILAP!! aku tak nak ungkit semua kebaikan yang aku buat, aku tak nak lidah aku ni sebati dengan makian bahasa orang murahan macam kau! aku tak nak semua pengorbanan aku, yg aku dah buat selama aku berkerja sampai ke hari ini aku nak bagitahu kau, hoi!tak payahlah, aku bukan jenis suka menunjuk2 mcm kau! kau lain la, ada spare part kalau duit takda ada spare part, tak payah lah!!!! get lost!!!!!

Aku sedar aku siapa, aku tahu aku siapa, aku tahu apa yang aku buat.. aku tak nak kau masuk campur dalam hidup ku!!!!!