22 September 2010

Plan when I got my salary after 3 months :-D

Dear blog,
Macam2 dah aku fikir dalam kepala ni, dah banyak aku fikir. Pastu aku singkatkan lagi senarai dan fikir mana yang penting je. Pastu aku fikir masak2 lagi dan considered mana2 yang boleh menjimatkan, tanya suami, kira budget, finally...inilah yang tersenarai =)

1: The most important thing (bayar kereta)!
2: Beli external cd-dvd drive (tersangatlah penting memandangkan ianya melibatkan tugas aku disekolah; Nak harap sekolah ni yang beli? TAK PAYAH!!)
3: Bagi belanja adik,(minggu lepas lagi dah contact aku,hemmmm)
4: Bagi mama belanja (yang aku mampu)..

Setakat ni tu jelah yang aku leh buat, ha'ah itu sj. Insya Allah ada rezeki lagi bulan depan, boleh la aku kirim duit tuk mama. Actually banyak lagi keperluan aku nak beli, contohnya keperluan tuk service komputer, keperluan wanita, dan sebagainya...


~the entry are from my keyboard but the story are from my heart~

13 September 2010

Beraya di perantauan


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kuucapkan buat semua keluarga tersayang di Sandakan terutamanya ibu dan adik-adikku, maafkan kak nor sebab tidak dapat balik raya tahun ni, kak nor harap dengan kehadiran syawal kali ni tanpa kakak, kalian jangan bersedih ye..huhu! Feel awkward here huhu!rindunya..mesti dorang tengah kemas rumah, hias rumah cantik-cantik..mesti tengah iron baju cantik-cantik....Honestly, aku sangat2 sedih..nilah kali pertama aku tak dapat beraya dengan keluarga sendiri.. lebih2 lagi aku yang tak bercuti sepanjang raya ni, huh memang sedih dan sungguh mendukacitakan!Paling sadis dan sedih dan paaaaaaliiiing mendukacitakan lagiiiii aku dahlah gaji 3 bulan tak dapat, bonus kerajaan bagi pon aku tak dapat, aaaaaaarrrrggghhhh!benci benci benci!!!!!
:`-(

 Oh ya, tak lupa juga dengan member2 aku, dan semua blogger readers or followers, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin ye~semoga berbahagia menyambut raya dengan keluarga tersayang =) 
blog...please stay beautiful okey..muuah!(tengah tension nih)

Ya Allah ku mohon tabahkanlah hatiku ya Allah~ amin..