25 April 2011

Sinetron..oh Sinetron

Jam menunjukkan kul 1.15pm, mak belum sampai lagi.... toleh kanan toleh kiri... ha!sampai pun... aku terus lompat belakang motor semata2 nak cepat nih, perut pun dah bunyi.. mak pecut motor mengalahkan orang muda bawa motor, hehe! Biasalah, nak nak dekat kul 2 ni semua orang nak cepat, mana nak solat zohor lagi..hemmm.... sampai rumah, mak terus gi dapur. Aku pula sempat tengok tv, waaahhhh abah lagi dulu tukar channel 105, hehehe! Tak boleh jadik ni, kene tolong mak sedia makan dulu baru boleh tengok tv kalau tak makin lambatlah nasi masuk mulut. Selepas sedia makan semua, aku panggil abah makan, "abah...makan...mak..makan.." aku pun mulakanlah rutin harian aku macam tolong cedokkan nasik...tuangkan air dalam cawan... tetiba, tengah sedap2 menyuap mulut ni mak aku dah cedok lauk dalam pinggan dia terus gi depan tv.. "ooo..nak tengok safa marwah le tuh"... aku pun continue my lunch ikan pari masak asam pedas, hehe! tup..tup.. abah pun sama!siap ambik mangkuk ikan pari bawak gi depan tv, aik! ni dah kira fanatik safa marwah nih, tak boleh jadik ni, hahaha! Takpelah, aku boleh melantak ikan pari ni puas2 sorang2 hehe!

Sinetron SAFA & MARWAH      
Korang boleh tengokkan betapa bestnya cerita ni sampai boleh buatkan mak abah makan di dapur beralih ke depan tv dengan pinggan nasi masing2, hehehehe! Aku pun suka jugak tengok citer ni tapi yang aku tak paham kenapa mesti ada yang tak logik, bukan sikit tapi banyaaak.... kalau nak tahu tengok sendirilah, hehehe!
Lagipun sebelum ni bukan safa marwah ja, cuba ingat balik sinetron yang dulu2 biasa ditayangkan di TV3, antaranya, Bawang Merah Bawang Putih, Alisa, Ratapan Anak Tiri, Liontin, ha,apa lagi..banyak jugaklah, aku ja yang lupa...semuanya mesti ada unsur tak logik, dan polis dalam drama tu pun takder yang cekap2, "I REALLY DON'T UNDERSTAND".

No comments:

Post a Comment