05 June 2012

DSLR? Canon EOS 1100D

Terasa nak terhantuk kepala ni bila fikir camana nak beli ke tak? Kalau aku tak beli nanti muka aku jadi tembok setebal tembok China pinjam ngan orang, dengan muka tak malu "akak..nak pinjam kamera leh tak?" pastu kalau akak tu bagi pinjam pun mesti cakap "boleh dik, tapi lain kali belilah 1, asyik pinjaaaam je!" Kan dah kene, hish! tapi akak tu tak cakap mcam tu pun, aku sajer je supaya tak jadik pinjam.. 

Last Friday, aku turun bandar jalan2 survey kamera, adalah terjumpa kamera comel ni.. Canon EOS 1100D,  aku terkejut gak, kamera ni tak over dari budget aku, agak murah jugakla, beza ngan Eos 5D MARK II (yela, kamera ni memanglah mahal, mak Jemah!) Aku dapat harga RM1900 + Beg, memory card 8GB, Tripod Buffalo, hemmmmmmmm...... Aku cakap ngan tauke tu "tokeh, bagi discount lagi la, nanti saya datang beli camera lagi, (konon!macamlah banyak duit nak beli lagi, tertonggeng aku bayar kang) ", tauke kedai tu senyum jee.."you takkan dapat harga ini macam oo, kedai lain pun tak manyak murah".. Whatever! takpelah, lagipun aku baru beginner kan, takkan nak yang mahal2 punyer tak mampu den.
http://w30.indonetwork.co.id/pdimage/05/1737405_canon-1100d_thumb_medium_300.jpg

2 comments:

  1. tkpe.. pelan2.. nnti dh pro bleh bli 5d mark3 trus...

    ReplyDelete
  2. haha! entah bila lah jadi pro tu..

    ReplyDelete