15 May 2012

Hari Guru 2012

"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

Itu tema hari guru tahun 2012.. Sekolah aku cikgu-cikgu maha gedik mengenakan tema warna Pink, sempena hari guru, tarikh 16 Mei.. aku macam biasalah, tak ikut sangat tapi nak tayang kerjasama aku mungkin akan pakai yang warna pink juga. Biasanya, kalau hari guru, akan ada aktiviti seperti persembahan murid, persembahan guru, ucapan guru besar dan guru penolong kanan.

Aktiviti sukaneka antara guru dan staf

Aktiviti antara guru dengan staf pula bertukar2 hadiah, cabutan bertuah dan pemberian hadiah buat guru dan staf yang sudah bersalin, yang baru berkahwin. Kalau pasal bertukar hadiah bajet setiap hadiah ditentukan dengan harga RM20.00. Aku tak tahu nak bagi hadiah apa, apa barang harga RM20? Bunga hiasan, macam tak patut, tuala..emmmm mungkin, kalau cawan atau apa2 barang berkaca, diorang tak nak pula.. demand! Tugas aku sebagai juruteknik sekolah ni, mungkin tukang ambil gambar sahaja, kalau pasal LCD, amplifier (ntah betul ke tak ayat ni), atau dalam ayat lainnya P.A System, bukan aku yang sediakan, senang kan kerja aku, tak payah susah2.. Kalau hari guru, yang sambutnya dah tentiuah cikgu2 dengan murid kan, kalau staf diorang tak panggil, sebab kena jaga pejabat, kalau ada telefon ke, faks ke, kitorang kena jawab.. sedih kn? Tapi kalau sampai masa nak makan, barulah cikgu-cikgu tu akan panggil kami (staf). 

Pengetua sekolah paling best!
Beza dengan sekolah lama aku dulu, hari guru ibarat karnival sekolah tau! haha! Kami ada buat sukaneka, staf mesti terlibat sama, wajib! Dari mula program sampai ke akhir staf wajib ikut sama, sebab tu aku lagi sayang sekolah lama daripada yang sekarang ni.. Pengetua pula baik, memahami stafnya dan bukan jenis strict tak bertempat, mcm yang sekarang ni lah.. hemmm~ Yang paling best sekali, staf dibenarkan balik awal hari itu, pukul 2 petang kami sudah dibenarkan balik kerana kami turut melibatkan diri dengan program tu, datang awal pula, memang patut lah kan... 


Aku tak nak cerita lebih2 lagi, bukannya korang tak pernah sambut hari guru kan, mesti penuh dengan kenangan manis, mungkin ada yang sampai ter'kahwin dengan cikgu pun ada, contohnya aku, kehkehkeh!

"SELAMAT HARI GURU! TERIMA KASIH CIKGU!"

 

No comments:

Post a Comment