24 November 2010

Wanita Cantik Sihatkan Lelaki?

Macam tak percaya kan dengan tajuk ni? Takpe jom kita kongsi bersama dengan sumber yang aku dapat dari majalah Rapi isu Nov 2010. Antara artikel yg buat aku tertarik ni lah, wanita cantik boleh sihatkan lelaki.

"Wahai lelaki, ada berita baik untuk memastikan kesihatan terus terpelihara. Mudah saja, selalulah berdampingan dengan wanita cantik! Ini dibuktikan melalui kajian University of California seperti dipetik oleh Telegraph. Kajian mendapati kehadiran wanita cantik meningkatkan hormon testosteron dan kortisol lelaki. Hormon ini berfungsi sebagai pembangkit ghairah selain menambahkan kesihatan dan memberi tenaga. Kortisol pula berfungsi menurunkan ketegangan urat saraf dan meningkatkan kepekaan. Jika tahap kedua-dua hormon ini sama-sama meningkat, anggota badan pun akan terasa lebih sihat. Kajian diketuai oleh Dr. James Roney itu melibatkan 149 pelajar lelaki berusia 18 dan 24 tahun yang dipertemukan dengan wanita cantik dan tentu sekali memikat hati. Selang beberapa minit pertemuan, air liur responden diambil dan diuji untuk megetahui kadar hormon testosteron dan kortisolnya. Disinilah satu fakta menarik ditemui, hanya dalam masa 5 minit berbual dengan wanita cantik itu, tahap testosteron mereka meningkat hingga 14% manakala hormon anti tekanan kortisol meningkat sehingga 48%."
Pada pendapat aku pula, cara lain yang boleh buat lelaki sihat ialah mengamalkan makanan yg sihat, kurangkan merokok ataupun JANGAN merokok, amalkan solat 5 waktu bagi mereka yg muslim, dan kurangkan memakan makanan segera seperti kfc, pizza, mcD dan yang seangkatan dengannya.. lebihkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran, anda bukan sahaja nampak sihat dan segar malah segak dan tampan yang boleh membuatkan mana-mana wanita cantik tergila-gilakan anda (aku memang over).

Gunung Ledang

Salam dan sejahtera semuanya~

Gunung Ledang , hemmm mesti semua tau cerita pasal puteri ni kan? kalau yg tak tahu, meh aku ceritakan skit, mengikut lagenda melayu, Sultan Mahmud Syah kematian isteri pertamanya, dia berkeinginan untuk mengahwini Puteri nie, jadi dia perintahkan para pembesarnya yg setia untuk meminang Puteri ini. Dipendekkan cerita, Puteri Gunung Ledang telah meletakkan beberapa syarat kepada Sultan Melaka dan antaranya ialah semangkuk darah anak Sultan Mahmud, iaitu Raja Ahmad sebagai hantaran.. perghhh! tak tergamak aku kalau aku di tempat Sultan.. 
end of story, hehe! tu je lah yg dpt aku critakan,.itu pun aku ikut sumber yg dipercayai di Google, korang boleh cari ye, hehhehehe! aku nak ckap pasal gunung ledang ni bukan psal apa, cuma tempat ni adalah salah satu tempat yang aku pernah pegi, memang cantik dan sungguh indah...Subhanallah.. 

masa pegi nie, suasana kaki gunung paling atas memang sejuk oleh sbb hujan renyai, korang boleh tgk sendiri kan kabus tebal tuh, memang cantik... air sungai pula mengalir tenang.

sekarang ni Gunung Ledang menjadi tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negara (ayat aku formal sangat pagi ni, takpe, hehe)
kami pasangan bahagia mengambil kesempatan tuk mencari ikan dalam air, hehehe! dating jap, haha!
my biras(baju biru), adik ipar suami, kitorang gi ramai2 sebenarnya, tapi gambar yg lain tak tau lah mana da aku simpan, aku tak ingat.  
kemudian mula lah babak antara Puteri Sabah dan Sultan Segamat, hehe!

romanticnya suami aku neh (ok aku da nampak ada org jeles)
yup mmg over sket haha! (takpe yg penting kitorang da kawen)hehe!
merpati dua sejoli (walaupun ada Laut china selatan menjadi pemisah kami, tapi 'everyone can fly' banyak membantu, ribuan terima kasih diucapkan)hehehehehehehe!

The End~

18 November 2010

Updater? Takda kena mengena pon**

Bismillahhirrahmanirrahim...
dimulakan dengan salam ukhwah dan kabareee?
semoga sihat hendaknya, mcam tulis surat la pulak, huhu!
kalau aku cakap "alamak, rasanya dah lama tak update blog ni...." so lame isn't it?
so aku akan mulakan entry dengan ........
 "
"
"
HAMPEH!!! terhegeh2 nak update blog!!!! aku dah marah ni, walaupun takdelah se famous mana pun blog aku ni, aku punya sukalah, nak update entry apa, aku punya diary, yg bukan diary (rahsia peribadi ke?) so WHAT?? like i said, aku punya suka.... (tension gaji lambat masuk)
ok guys for those who haven't read my blog, yup this is me, the truly me, i like to share lots of things bot not all things.... you know what i mean, right? sometimes privacy also counted, even celebs did it too.....again, YOU KNOW WHAT I MEAN, right?
haa....kan dah buat aku merapu cakap omputeh, hehehehehe! aiiiiyyaaa...
walaupun aku takda tujuan nak update blog kali nih, tapi aku dah buat entry dan ter'update blog aku nie kan.. its fair isn't it.. SHARING IS CARING???betul ke? in reality, totally NOT! serius, continue in upcoming post! see ya!

wassalam~~~