30 August 2015

Counting Days...

  بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

      Sekarang ni kandungan sudah masuk 39 minggu ++ tapi aku masih bertahan lagi. Walaupun sejak akhir-akhir ni perut rasa tak selesa, kadang rasa mengeras macam memulas pun ada (masa ni Allah swt saja yang tahu sakitnya macamna) aku dapat rasakan yang aku akan bersalin tak lama lagi. Ada juga aku rajin baca blog pengalaman mummy lain, tp tanda-tanda yang diorg bagi tak semua aku ada... Confused kejap... Ye, hari tu pergi pakar, doktor scan dia bagitahu kepala baby dah kat bawah (ni masa baby masuk 36 minggu) aku okey je..padahal dalam hati ya Allah nervous nya!

Pengalaman mengandung anak ke3 ni memang lain, sgt2! Hb aku masih rendah lagi, naik pun sekejap je, antara 8-9, sampai nurse cakap, "kalau akak 8 atau 9 ni dah lama pengsan, pening2, tp awak macam okey je"..Alhamdulillah, Allah swt bagi aku kekuatan untuk tempuh hari-hari mengandung ni. Suami pula nak aku bersalin tarikh 31 ogos, maksudnya esok lah, kalau boleh aku nak sekarang juga bersalin, haha! Ada yang cakap, kalau nak mudah atau cepat bersalin banyakkan berjalan, aku bukan setakat berjalan, kalau bab kerja rumah, semua aku buat..mop lantai, vakum lantai, lipat kain, masak, mandikan 2 puteri tu, basuh bilik air, jemur kain, ha sebutlah mana2 semua aku buat. Sebab, aku tak suka tgk rumah tak bersih, baju sepah, baju kotor, kalau ada yg tak dibuat, aku boleh fikir sampai naik runsing, ntahlah, rajin sangat2, mungkin sbb pembawaan baby girl haha!

Okey, bagi yang belum tahu lagi tanda-tanda hendak bersalin aku paste kat sini, jom kita baca berjemaah :D

  • Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut.
  • Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.
  • Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.
  • Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.
  • Ringan (apabila kepala bayi mula turun ke bawah dan tetap pada posisinya dalam pelvis anda). Anda akan dapati ketika ini lebih mudah bernafas dan makan. Tetapi anda juga lebih kerap membuang air kecil.
  • Pertambahan rembesan faraj dan lebih berlendir.
  • Kontraksi Braxton Hicks yang lebih kerap dan lebih kuat.
  • Pembuangan najis lebih mudah.


Aku harap dengan adanya tanda-tanda seperti diatas dapat membantu ibu2 lain kenal tanda2 bersalin, supaya kita lebih berjaga2 bila waktu yang sesuai untuk pergi ke hospital. Pastikan juga beg ibu beg baby dah simpan dalam kereta. Oh ya, amalkan surah Maryam, dan banyakkanlah berselawat sepanjang mendekati tempoh bersalin, inshaAllah, hati akan sentiasa tenang dan Allah swt izinkan kita mudah bersalin..amin..

No comments:

Post a Comment