03 November 2010

lebih girly dari sebelum ni

Salam, kowang penah dgr ayat 'girly' tak?? aku xpenah tapi aku faham ayat tuh,haha!
yup, blog aku dah bertukar wajah lebih feminin sket, dengan pempuan jepun comel pegang camera dan ayat2 kat header tu memang seswai ngan aku,ye korang boleh muntah sekarang, hehehhe! setakat ni pakai je lah layout free yg ada kat tenet ni, nak pakai header guna gmbr sendiri pastu order suh org buatkan, i tak mampu lah, bukan lokek, tp mcm sia2 je..yelah ikut pendapat masing2 lah ye.. hehehe!
Alhamdulillah dah 23 tahun aku bernafas, syukur setulus hati aku panjatkan doa ke hadrat ilahi semoga yang kusayangi yang kuingati sepanjang hayatku sentiasa diredhai dan dirahmati Allah....
buat mereka sahabat handai yg jauh dari mata, wei kowang jangan risaulah aku dah dekatkan korang dgn hati ni... adeh napelah syahdu sgt entry kali ni...
blog,  ko pula baru kecik lagi.. aku pun tak tahu lah umur ko brapa skg, tp yg aku tahu ko lah peneman saat aku gembira dan sedih ko lah juga peneman saat aku bercerita dan berkongsi ngan orang ramai.. orang tengah aku wehhh.. hehe!
buat followers yang baru follow aku terima kasih daun keladi, terima kasih banyak2 sbb sudi follow aku, hehe! aku pun tak tahu korang nak follow aku ke mana suka ati masing2, heheheh!
citer hari nie ringkas, AKU PEGI LANGKAWI LAGI dan langkawi tengah tunggu aku sekarang haha! honeymoon kali ke-2 lah konon, member aku ckp "kalau akak, hari2 pun honeymoon" hahaha! 
alright guys! HAPPY HOLIDAY AND HAPPY DEEPAVALI!!!!!!! daaaaaaa~~~~

22 September 2010

Plan when I got my salary after 3 months :-D

Dear blog,
Macam2 dah aku fikir dalam kepala ni, dah banyak aku fikir. Pastu aku singkatkan lagi senarai dan fikir mana yang penting je. Pastu aku fikir masak2 lagi dan considered mana2 yang boleh menjimatkan, tanya suami, kira budget, finally...inilah yang tersenarai =)

1: The most important thing (bayar kereta)!
2: Beli external cd-dvd drive (tersangatlah penting memandangkan ianya melibatkan tugas aku disekolah; Nak harap sekolah ni yang beli? TAK PAYAH!!)
3: Bagi belanja adik,(minggu lepas lagi dah contact aku,hemmmm)
4: Bagi mama belanja (yang aku mampu)..

Setakat ni tu jelah yang aku leh buat, ha'ah itu sj. Insya Allah ada rezeki lagi bulan depan, boleh la aku kirim duit tuk mama. Actually banyak lagi keperluan aku nak beli, contohnya keperluan tuk service komputer, keperluan wanita, dan sebagainya...


~the entry are from my keyboard but the story are from my heart~

13 September 2010

Beraya di perantauan


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kuucapkan buat semua keluarga tersayang di Sandakan terutamanya ibu dan adik-adikku, maafkan kak nor sebab tidak dapat balik raya tahun ni, kak nor harap dengan kehadiran syawal kali ni tanpa kakak, kalian jangan bersedih ye..huhu! Feel awkward here huhu!rindunya..mesti dorang tengah kemas rumah, hias rumah cantik-cantik..mesti tengah iron baju cantik-cantik....Honestly, aku sangat2 sedih..nilah kali pertama aku tak dapat beraya dengan keluarga sendiri.. lebih2 lagi aku yang tak bercuti sepanjang raya ni, huh memang sedih dan sungguh mendukacitakan!Paling sadis dan sedih dan paaaaaaliiiing mendukacitakan lagiiiii aku dahlah gaji 3 bulan tak dapat, bonus kerajaan bagi pon aku tak dapat, aaaaaaarrrrggghhhh!benci benci benci!!!!!
:`-(

 Oh ya, tak lupa juga dengan member2 aku, dan semua blogger readers or followers, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin ye~semoga berbahagia menyambut raya dengan keluarga tersayang =) 
blog...please stay beautiful okey..muuah!(tengah tension nih)

Ya Allah ku mohon tabahkanlah hatiku ya Allah~ amin..