03 September 2012

The Next Day

Subuh lagi aku dah bangun, macam biasalah, jalankan tanggungjawab as a muslim, anak tidur lagi.. comel je budak baik ni, ya Allah aku bersyukur pada Mu, Engkau jadikanlah dia hambaMu yang soleh...
Selepas solat, abg tanya pasal baju dia, aku belum gosok lagi, ops, takpe sempat nih, gosok licn-licin, biar paling macho pegi sekolah. Mak mertua pun dah bangun siap mandi lagi, tapi aku tengok mak macam nak gosok baju juga, jadi aku cepat-cepat gosok baju kurung nak gi kerja.

Bawa kereta hantar anak pegi pengasuh terus pergi sekolah, sampai sekolah jer, dah ada cikgu serang tanya soalan pasal document mapping, pergh! Aku belum punch card lagi, belum duduk lagi dah kena tahan, kesian cikgu ni aku layankan aje lah. After dia faham semua jawapan aku tuh, aku cepat2 tengok punch card., alamak!tepat2 pukul 8! nasib bek tak lebih dar kul 8. Pastu ada lagi, baru letak beg nih, dah ada cikgu datang, tanya laptop dia "Fatihah, laptop akak ni kan, yang awak install antivirus baru tuh apasal tak jalan aa,akak risau jugak sebab anak akak rajin main internet"...... Aku tolong lah buka laptop akak ni switch on...loading....windows..... pergi antivirus tuh, laaaaaa belum update lah kak~ padanlah tak jalan kan, hemmmm cikgu-cikgu....
Dah selesai satu datang lagi satu, ni sebab aku rajin angkat telefon sekolah, 

aku: "SK B**** P***, hello, boleh saya bantu?"
pemanggil: "Hello selamat pagi, boleh saya bercakap dengan cik fatihah"
aku: "ye, saya bercakap"
pemanggil: "cik, saya yang uruskan aircond haritu, sekarang ni tengah buat quotation, tapi   masalahnya nak buat peruntukan kira-kira untuk setiap aircond, ada tak maklumat berapa HorsePower untuk setiap aircond?"
aku: alamak! manada! "saya rasa takde lah encik sebab saya pernah buka fail AC tu memang takde".
pemanggil:"boleh tak awak buatkan nanti faks kan ke pejabat saya"
aku: WHAT THE!!! DIA INGAT AKU NI TUKANG AIRCOND KE!!!SUKA ATI JE SURUH2 AKU! "Boleh nanti saya faks".. (baiknya lah kan...)

Aku pun main agak2 jugalah buatkan tengok saiz AC tu kalau kecil berapa besar berapa... memang macam nilah situasi aku tiap2 hari, bila difikirkan jawatan aku ni bukan setakat juruteknik komputer tapi aku ni fleksibel, jadi cleaner pun boleh jadi kerani pun boleh jadi cikgu pun boleh, huhu!

Aku masih ingat lagi pasal isu blogger pertikai profesion cikgu sampai dia terpaksa remove blog dia akibat dicemuh masyarakat dan dihentam oleh cikgu, haaaa kan dah kene, TAPI dulu isu Juruteknik komputer pun ada tau.. aku rasa cikgu2 ni macam 'ketulahan' la... dulu diorang mencemuh profesion juruteknik komputer, dorang cakap keje jadi juruteknik komputer ni senang, duk je depan komputer, gaji jalan, tak payah buat keje lagi bagus.... haa, apa perasaan kalian...????

Memang tersangat busy jugaklah, sampai tengahari pun aku balik tuk solat je, makan tak, abah tanya kalau aku dah makan ke belum, aku jawab je dah, aku taknak dia susah2, takut dia pergi memasak pula. Petang ni maybe, aku sambung raya raya pergi rumah makcik pakcik belah suami, owhhhhh makin gemuklah aku, haha!

Semalam aku gi exam flexible entry tuk oum, Allah, mudah2an aku lulus exam, call pagi tadi dorang cakap aku kena interview dulu baru boleh bagi result, kalau lulus aku boleh terus daftar tuk intake bulan September ni..... moga semuanya berjalan dengan lancar... amiinnn~

Esok.... hanya Allah yang tahu~

No comments:

Post a Comment