06 May 2015

Bersarang

Hi blog, lama aku tak update, bersarang berhabuk semua ada.. Ala, aku bukannya blogger yang tegar pun, jadi kalau stakat 1 2 entry yang ada pun dah cukup. Tak pasti nak isi dengan apa, tp banyak yang berlaku dalam hidup aku sejak kebelakangan ni, yang terkini, aku hamil anak ke-3 dalam 23 minggu (adala 5 bulan) alhamdulillah, rezeki yang Allah kurniakan selepas kami pindah rumah baru.. Esok plan nak ambil tiket kat JPN Johor, tp tgk dulu schedule husband macamana, katanya busy jd pengadil softball. Hari tu kata nak ambil esok, ni dah confirm kan dgn org JPNJ dah tak jadi pula minggu depan je, tak kisah la yg penting tiket dah ada, alhamdulillah Allah telah makbulkan doa aku untuk dapat tiket dari airport Senai masa balik kampung nanti heheh! Sebelum ni, kalau balik Sabah, aku terpaksa pergi ke KLIA2, jauh masa perjalanan pun subuh dah keluar dari Seremban, itupun terpaksa sewa teksi utk ke KLIA2.. oh ya, aku rasa macam nak cekik cekik je arkitek yang design KLIA2 ni, nak ke gate flight balik Sandakan, terpaksa berjalan kaki jauhhhhhhhhhhhh dengan beg2 berat ni, aduhhhh sakit hati tp aku kuatkan semangat supaya selamat balik kampung hoho!


Masa ni aku ada ternampak member lama, aku perasan gak tapi segan la, masing2 dah dewasa kan takpe la dia tak nampak aku pun haha!

Nasib baik masa ni adik bertukar jadi good girl, dia duduk diam je perhati gelagat orang, ada mak cik yang tegur cuit pipi dia pun dia senyum je, good! Sekarang ni je Husna agak naughty, rasa macam nak cubit2 je kaki dia tu supaya duk diam, tapi apa boleh buat, aku dengan perut ni macam tak larat nak kejar dia dgn rotan, haha!

No comments:

Post a Comment