Tarikh 10 Mei 2013 lahirlah seorang bayi perempuan seberat 3.10kg pada jam 4pagi dan diberi nama Nur Hayatul Husna... Syukur alhamdulillah, Allah kurniakan lagi aku seorang puteri yang comel, sihat dan cukup sifat.. ye, memang pengalaman mengandung dan bersalin kali ni berbeza dengan anak pertama.. Dari awal lagi segala perancangan untuk bersalin dan menyusukan anak kedua aku dah set kat kepala apa yang perlu dan apa yang patut aku buat. Bab breastfeed aku memang agak sukar sikit, tak tahu kenapa, kalau hari pertama sampai hari ketiga memang takde air susu keluar, sebab tu anak pertama aku mudah kena jaundice (sakit kuning).. masa Nisa dulu aku 3 kali keluar masuk wad, sbb air susu tak ada, langsung tak ada. Mak mertua siap urutkan belakang aku, aku berdoa moga Allah permudahkan dan Alhamdulillah, selepas semua ikhtiar yg aku buat, akhirnya baru lah lebat air susu keluar, Nisa pun beransur pulih dr jaundice, walaupun masa tu aku asyik nangis tengok nurse atau doktor asyik ambil darah dia, masuk bawah lampu, siap pakai penutup mata lagi dengan pakai lampin je, dah lah wad SCN tu sejuk, haiiiihhhh memang Allah shj yang tahu hati aku masa tu macamana, senang citer, kalau masuk wad tu air mata aku automatik menitis! Husband selalu cakap, bersabarlah banyak berdoa, padahal aku tgk raut muka dia pun sama macam aku sedih, yelah anak sulung kami kan sape tak sedih??
Ok tu kisah Nisa dulu, Husna pula alhamdulillah, belajar dari pengalaman pertama, aku dah readykan semangat aku utk set kat fizikal dan mental untuk terus kuat, ye para ibu diluar sana yang terbaca blog aku ni, pastikan anda bersedia dengan semua cabaran semasa bersalin, anggap je lah yang kita ibu2 mengandung ni pergi ke medan perang, haha! selepas bersalin je kita siapkan2 otak untuk nak susu kan anak, kalau air susu takde jangan stress, yang penting hati kita tenang, amalkan berselawat, dan berdoa minta dengan Allah untuk permudahkan segala kesulitan yang kita alami.. InsyaAllah, doa ibu pasti dimakbulkan :)
|
Tengah tengok upin ipin :D |
|
Husna umur 3 bulan |
No comments:
Post a Comment