__________________________________________________________________
Aku sebagai Isteri
Apabila telah selesai
upacara ‘akad nikah’ secara tak langsung wanita itu bergelar isteri.. Isteri
kepada lelaki yang menikahinya dengan sah. Semua orang tahu kalau dah berkahwin
akan menjadi tanggungjawab kepada si isteri untuk patuh dan taat pada suami.
Jika hendak kemana2 pun kena minta izin dengan suami, ini kerana segala apa
yang dilakukan si isteri akan ditanggung oleh suami..
“Apabila seorang wanita
(isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,
menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat
supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka.”
(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Suami adalah kunci bagi
isteri untuk memasuki syurga, oleh itu kita sebagai isteri hendaklah menjaga
segala perlakuan percakapan dan hindari dari segala dosa yang kita lakukan
supaya tidak ditanggung oleh suami.
****
Dengan sekali lafaz, Alhamdulillah, air mata terus menitis dipipi, aku
rasa bersyukur ke hadrat Mu ya Allah, mulai saat ini aku sudah menjadi
isterinya yang Engkau redhai ya Allah.. Engkau meredhai dia untuk menjadi
suamiku dan Engkau meredhai aku untuk menjadi isterinya, sesungguhnya Engkau
redhailah kami untuk terus bersama menuju ke jalanMu ya Allah.. Mulai saat itu
juga, aku bukan lagi menjadi tanggungjawab kedua ibubapa ku, malah menjadi hak
sepenuhnya oleh suamiku. Sebelum kahwin dulu segala pergerakan ku memang sudah
terbatas, abah dah meninggal, jadi semakin kuat perasaan ku untuk terus mengasingkan
diriku dari duniawi, aku pun sosial juga tapi dari segi pergaulan dengan kaum
Adam aku ketepikan dan kalau boleh aku jarakkan.
****
Sebelum menjadi isteri..
Sebagai anak sulung, rasa tanggungjawab tu sudah sebati dalam diri,
mesti tolong mama buat kerja rumah, tolong jaga adik. Sebelum pergi sekolah
pastikan adik-adik minum air panas untuk alas perut, tengahari balik sekolah
kalau sempat masak boleh makan terus sebelum pergi semula ke sekolah untuk
aktiviti kokurikulum sebelah petang. Mama pula masa tu kalau hujung minggu ada
PJJ jadi asal weekend je kalau tiada koko, aku mesti jaga adik dirumah, adik
ada 3 orang, yang paling kecil baru darjah satu.. kadang2 masak megi sahaja paling senang, kan
selalu ada citer Hindustan petang2 :D
Pejam celik pejam celik, selepas SPM aku sambung belajar dan
Alhamdulillah, dapat tawaran masuk poli, bermulalah perjalanan hidupku… Jauh dari rumah, jauh dari semua keluarga,
jauh dari mama.. tiap-tiap malam aku menangis sebab aku rasa tidak biasa dengan
semua ni, disini, kawan2 semuanya cakap bahasa orang Kuching, bahasa Sarawak,
aku langsung tak faham, kalau ckp dengan aku je baru cakap Melayu.. AKU RASA
TERASING!
Tapi dengan berpegangkan prinsip hidup belajarlah sehingga kau mampu
bahagiakan kedua ibubapamu, kau balik dengan bawa sijil kemenangan, insyaAllah,
segala penat lelah ibumu dapat digantikan dengan kebahagiaan yg terpancar
diwajahnya… aku suka buat sesuatu yang boleh bahagiakan mama…
Selepas habis belajar aku cuti panjang… tunggu result..
Alhamdulillah, cemerlang :D
Alhamdulillah, cemerlang :D
Adik lelaki pula baru lepas SPM, dia dapat tawaran masuk UiTM.. Kami pula ada masalah kewangan, jadi aku terpaksa berkorban untuk lupakan cita-citaku untuk menjadi cikgu… aku isi boring SPA8, Alhamdulillah, aku dapat jawatan sebagai Juruteknik Komputer di kementerian pelajaran… hemmmmm dalam hati tak apa boleh buat PJJ apply masuk OUM, tapi manusia cuma boleh merancang Allah yang menentukan.. aku baru kerja, selepas 5 bulan seru pula sampai… Menjadi isteri orang..
Ok gambar tidak kena mengena dgn entry ini, haha! |
p/s: saya menulis dari hati terus ke keyboard
No comments:
Post a Comment