01 December 2010

I am ready to be Mom!

Alhamdulillah, selepas setahun 10 bulan aku genap jadi isteri to my beloved husband kini aku dah sedia jadi ibu kpda bakal cahaya mata yg masih lagi dlm pewot, hehehe!Aku syukur sangat2!Alhamdulillah Allah telah makbulkan doaku dan doa semua orang yg doakan kami berdua, terima kasih banyak2 especially my mother and mother in law, merekalah yg banyak membantu...
kalau diingat balik macam2 ubat yg aku makan, termasuklah jamu tradisional, segala urutan perut, huuuu memang sedih jugakla... mujurlah suami sentiasa pujuk aku supaya banyakkan bersabar.. 

ni bukan test kit aku k, ni cuma contoh yg serupa dengan test kit aku
kadang2 boleh sampai aku jeles kawan2 aku yg baru kahwin dah pregnant, menyampah tul lah, org cakap 'bunting pelamin', hemmmm...nak buat camana, dah rezeki diorang.. 
bila aku dah pindah tempat suami, kebetulan kawin adik ipar, majlis buat dirumah la kan, ntah tetiba lepas 3 minggu je, dah tepon mak mertua aku bgitau yang dia pregnant...... WHAT THE?????!!!!!!!

aku selalu simpan dan amalkan perasaan SENTIASA POSITIF tak kira berada dimana..sentiasa TENANGKAN FIKIRAN, kalau tak dapat, cuba amalkan selawat seberapa banyak yg mungkin sehingga kita berasa tenang, Insya Allah, Allah sentiasa membantu umatNya.. 
aku tahu banyak pempuan diluar sana yg mahu hamil tapi tak dapat2, puncanya mungkin sebab hormon tak balance, stressed, pemakanan yg tak seimbang dan banyak faktor yg lain, aku nasihatkan, JANGAN TERLALU FIKIRKAN MAHU HAMIL, betul kowang cubalah petua ni, Alhamdulillah aku hamil sebab amalkan petua ni.(ni petua ke?) whatever la! 
"SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERJUANG YE KAWAN2"

No comments:

Post a Comment