Salam alaik hehe! Baru kul 9 am aku dah fikir nak masak apa tuk malam ni.. Maklumlah, abang aku puasa jadi untuk berbuka dia nak resepi yang berlainan :-) so, aku pun terfikirlah nak buat spaghetti..masak spaghetti ni aku belajar dari makcik sebelah mama aku, ala, yang paling simple dan biasa-biasa ja.. haha :-p Ok, dan resepinya adalah seperti yang berikut:- makan untuk 5 orang
1) Bawang besar - Hiris dan jadikan ia kiub kecil
2) Sosej - potong sampai jadi kiub kecil
3) Daging burger (maksima 7 keping) - hancurkan
4) Lada bulat hijau (capsicum) - potong jadi kiub juga
5) Sos tomato dan sos cili
6) Garam dan gula secukup rasa
Cara penyediaan :-
1) Tumis bawang besar hingga naik bau kemudian masukkan daging burger. Tumis hingga daging benar2 masak.
2) Masukkan sosej dan teruskan tumis hingga sosej masak.
3) Kemudian masukkan capsicum tumis hingga rata semuanya dan masukkan air untuk jadikan ia kuah rebusan.
4) Sekiranya kuah rebusan mendidih barulah boleh masukkan sos tomato hingga kuah ada rasa masam sedikit seterusnya masukkan sos cili. Sos cili ni hanya untuk dapatkan rasa pedas, kalau terlebih sos cili lainlah rasanya... huhu!
5) Garam dan gula secukup rasa.
Itu saja untuk entry kali ni, selamat mencuba ;-)
yang pastinya spaghetti kartun diatas bukan masakan aku haha
No comments:
Post a Comment