18 May 2010

"SELAMAT HARI GURU~" :-D

Assalamualaikum w.b.t
Segala puji-pujian pada Mu ya Allah
Selawat ke atas Rasulullah..

Yeaaaahhh!!!! Selamat Hari Guru buat semua guru di dunia ni!! Hehe! Memang besar pengorbanan guru.. tak kiralah guru atau cikgu tue ajar apa, ajar subjek bahasa ke sains ke maths ke ajar buat kuih ke, jahit langsir ke ajar buat rumah ke buat wiring ke apaaaa saja asal dipanggil pernah mengajar orang memang layak dipanggil guru. Sebab, mereka ajar kita buat sesuatu sehinggalah kita pandai~ :-)

Cikgu oh cikgu, terima kasih saya ucapkan buat semua tunjuk ajar yang diberi dan semua teguran yang dilemparkan saya terima dengan hati yang terbuka..hehe! Teringat pula aku masa form 3 dulu; masa tu aku memang betul-betul "bebal" dengan subjek maths and b.m. Uiiiihh!kalau dah mula kelas maths, akulah orang yang cikgu aku selalu target. Cikgu ni memang best, dia tak serik-serik ajar aku step-by-step, tapi hakikatnya storan hard disk aku susah nak simpan. Aku respect aa dgn cikgu ni, dia selalu ingatkan aku formula maths yang dia bagi tiap-tiap hari untuk kelas kami. Aku panggil dia Cikgu Mawati (bukan nama sebenar) haha! Cikgu Mawati cantik orangnya, setiap kali libasan rotan yang dikenakan di tapak tangan aku, aku kenang sampai bila-bila.. aduhhh...masih terasa hingga ke hari nie..fuhhh! (macam Awal Ashaari) hehe!

Cikgu B.M pula, Cikgu Sabri, dia tahu mak aku cikgu merangkap rakan sekerja beliau di sekolah. Kalau dia nie dah masuk kelas aku tensionnnnnnnnn sangat!!Urgh! Aku paling bosan kalau aku disuruh buat karangan, sampai ada masa tu aku masukkan subjek ni dalam list "PALING BORING DAN SUSAH!". Aku tak suka sebab, kalau nak buat karangan mesti faham soalan and then huraikan isi. Bab-bab huaraian ni yang aku lemah!hampeh btol! Cikgu ni selalu marah aku sampai dia panggil aku ke bilik guru dia nak bagi ceramah..(sampai aku nangis2) :'-( Aihh nak buat camana kalau kiter tak minat..haha! Tapi yang peliknya masa exam SPM, B.M aku dapat A..haaa syukur Alhamdulillah, mungkin rezki aku kot, dengan usaha gigih aku lawan perasaan..Cewaaahhh~

           Pengalaman jadi budak sekolah dulu memang best! Sangat indah. Lebih2 lagi masa sambutan hari guru, ada saja aktiviti yang dibuat. Ada persembahan 'Choir' ala yang menyanyi ramai2 tu. Masa aku dulu lagu paling glamour lagu "Season in the sun" fuiyoo kelas kami menang bawak lagu tue, dengan kerjasama yang diberikan kawan-kawan macam beri riak muka, gerakan badan, juri ambil markah penuh tuk semua tu, sebab tu kami menang :-) Part paling aku suka kalau cikgu-cikgu ni buat sukaneka, hahahaha! dengan tiup tepung cari gula-gula habis satu muka bertempek tepung, tiup belon sampai pecah, lari dalam guni, berjalan bola ping pong dalam sudu, hehehe! Kalau lari dalam guni aku suka gelakkan cikgu2 yang jatuh, kelako gilerr!! nak pecah perut aku ketawa..hahahahahha! aduhai~jangan ja aku 'ketulahan'..hahahah! Takper..kan masa bersuka ria, kita bergelak ketawa hehehe!

Untuk ibu ku, "SELAMAT HARI GURU" :-), mama aku pun cikgu juga dah lebih 20 tahun mama aku jadi cikgu, murid-murid dia pun semuanya ada yang dah kahwin, ada yang dah beranak pinak..hermmm~mudah-mudahan Allah murahkan rezeki mama.. amiinn~

Lastly, for my beloved husband, HAPPY TEACHERS DAY sayang~ tihah tahu murid-murid sukakan abang, banyak hadiah abang terima, tapi tihah pula tak bagi apa-apa, maafkan tihah ye.. tihah doakan semoga abang selalu sihat, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, semoga kita dapat ramaaaaii baby, hehehhehe! amiinn~~

No comments:

Post a Comment