25 May 2011

Jalan-Jalan Cari Angin :-)

besttravelwebsites.com
Salam alaik~ pernah terfikir tak nak jalan2 melancong keluar negara? Mesti ada dalam senarai korang kan? Misalnya mcm aku, aku ada to-do-list sampai bilangan ke 1000 dan melancong keluar negara adalah yang ke 99 dalam senarai. Ni bukan misi dalam hidup tapi saja aku senaraikan angan2 mat jenin, ala angan je, tak sampai pun takpe, bukan penting pun, hehe! 

Kalau nak cakap melancong keluar negara, bajet jangan harap RM 1k dalam tangan ye, paling tidak pun maybe RM10k dalam tangan. Tu hanya dalam tangan, ceh, cakap macam penah pegi je, hahaha! eh, yelah cuba fikir, sedangkan nak jalan2 dalam sekitar Malaysia ni pun RM1k ni tak cukup tau, paling tidak RM3k, lagi2 org pempuan macam aku ni, nak shopping, duit makan, byr tiket masuk lagi, huuu~tak cukup.. Kalau melancong pula kena sediakan duit tuk beli merchandise buat family, bayar hotel tuk beberapa malam lagi, duit makan, arrrggggghhh!

Hajat yang mungkin kesampaian (sedih tul ayat nih!) nak pegi Brazil, bukan sebab pe, nak tgk bangunan condong ni! Kenapa? Sebab, aku rasa unik sangat bangunan ni boleh berdiri stabil walaupun condong senget ke tepi fuhhh salute! Mesti best ambil gambar pastu buat2 senget, haha tahap kejakunan sih!
traveldestinationsonline.net
Next destination I will choose Phuket, Vietnam. Pantai dia tersangatlah cantik, jernih sangat! ayat aku memang boleh pakai cuba tgk bawah nih. 
thebrooklynnomad.com
Memang cantik, Subhanallah... tengok gambar ni sj pun hati aku tergugat nak berenang di dasar laut tu, snorkling ke, main kejar2 ngan suami ke, honeymoon la katakan... :-p

dosoqi.wordpress.com
Kalau ala-ala movie Lord of The Ring, aku akan pilih tempat ni, sebab aku minat tgk movie LOTR. Tempat ni mungkin sesuai buat mereka yang inginkan suasana romantik dalam album gambar kawen,.. Cuba posing skit dekat tiang2 tinggi nun tu pastu ditambahkan lagi dgn wedding gown putih perghh! memang santekkk! aku pula suka posing kat laman rumput menghijau, natural la katakan, hehehe!

Dan akhir sekali destinasi berbulan madu, walaupun dah lama kahwin tapi aku nak juga honeymoon sesuka ati. Aku pilih Luxury Suite at Thailand, tgk nih 
luxurytravelvietnam.com
Boleh berenang dengan rileks, sambil menikmati pemandangan tepi pantai bersama yang tersayang, boleh juga minum jus oren sambil tgk matahari terbenam, waaaaaaahhhhhhhh~inilah yang dikatakan syurga dunia....
Gambar atas nih aku pernah tgk dalam channel 707 Travel and Living, mesti tak terlepas pasal Luxury Suite ni, tapi kalau tak silap aku tempat lain pun ada tak semestinya dekat Thailand okey..

Yang pastinya aku akan sedia menambah lagi bilangan senarai dengan aktiviti memanjat gunung Kinabalu tempat asalku, ha, yang ni, of course InsyaAllah akan dicapai! Good Luck Fatihah!

mountainkinabalu-lovegreen.blogspot.com
 








24 May 2011

Pasal Handbag

Salam, how are youuu~~
Mesti semua dah maklum pasal 'payday' ni kan? hehehe! (apalah kepochi betol!) Ok fatihah update laju2 okey!
Teringat masa mula2 kerja dulu, aku memang jenis yang boros sikit, tapi tu dulu, belum kahwin lagi, sekarang ni haruslah ditanamkan dalam diri to be berjimat cermat, haha! Favourite aku 1 je, sikit2 nak beli beg, sikit2 beg, kalau bukan beg, kasut, kalau bukan kasut beg, kalau singgah kedai kain lagi la meletup duit poket, sampai terlebih bajet tueeeee. Tak pasal2 menyesal dikemudian hari.
Tapi bila dah kahwin ni, aku mula menjinakkan diri dengan menabung, save sikit dalam bank, bayar hutang yang patut barulah hati senang, kan kan! Ok, aku nak share skit walaupun aku tengah kehausan beg baru aku nak tunjuk gak angan2 aku tuk beli handbag yang ori tahap dewa, huhu! 

img source:coachbagspurse.com
Aku suka yang nie, agak2 berapa la harga dia ek?

img source: handbags-replica-shop.net
yang ni lagi la....menyentap air liur mak yong aiiiii!!!! nampak elegant, kalau pakai macam wanita berkerjaya gitchuuu, hehehe!

img source: dreamhandbags.blogspot.com
i admit that I LOVVVVVVVEEEEEE THISSSS! belikan saya handbag ni boleh?hehehehehehehe

Cukup cukup!ni jelah yang aku nak masukkan dalam entry kali ni, tak pasal2 terangau sampai termimpi2 tahan air liur je lah.. Esok2 pasal kasut pula, hehehe!

23 May 2011

Review about Cure Natural Aqua Gel

Heyya~
Kali ni nak buat review tentang Cure Natural Aqua gel.. Yup ramai yang tanya tentang Cure ni apa kelebihan dan cara nak pakai so disini saya nak bagi detail yang ringkas dan padat! 

img source: valerietan.com

Q: Apa itu Cure Natural Aqua Gel?
A: Produk yang bersifat semulajadi dan gel yang lembut dimana ia boleh menyingkirkan sel kulit mati dengan lebih efektif dan berkesan tanpa menjadikan kulit rosak atau timbul tanda stress kulit. Tidak seperti bahan kimia 'strong acid' yang terdapat dalam produk pengelupasan yang lain, Cure ter'sangat'lah lembut pada kulit dan hanya menyingkirkan sel kulit mati. Ianya tidak mengeringkan dan menipiskan kulit anda walaupun terdedah dibawah sinaran matahari :-)

Q: Mesti mengandungi banyak bahan kimia kan?
A: Oooops! TIDAK sama sekali ye cik kak, prinsip cure ialah natural and gentle ianya diperbuat dari 90% berasaskan air dan ekstrak bahan semula jadi seperti aloe vera, gingko dan rosemary. TIDAK mengandungi bahan pengawet, pewangi, pewarna tiruan serta alkohol.

Q: Selain pakai di muka boleh pakai 'area' lain ke?
A: Of Course! Cure juga boleh dipakai di anggota lain seperti siku, bawah lengan, punggung, lutut dan  tempat yang anda rasa ada sel kulit mati. (Sesuai bagi mereka yang menginginkan kulit cerah dibahagian2 yang tertentu).

Q: Sebotol ni tahan berapa lama?
A: Okey, bergantung juga kepada si pemakai, kebiasaannya 1 botol mengandungi 250ml Cure Gel, sekali tekan pada botol boleh dianggarkan 1ml, jadi kalau anda pakai 2 kali seminggu dan tekan sebanyak 10 kali pada botol, boleh bertahan selama 4 Bulan. :-)

Q: Selepas pakai Cure tak rasa apa2 pun?
A: Cure Gel tidak akan berkesan pada kulit basah dan sejuk, pastikan ianya disimpan di tempat yang kering pada suhu bilik. Teramatlah sesuai menggunakan cure pada kulit yang telah anda lap kering dan pada suhu badan yang normal.

Cara pakai:
1: Cuci muka dengan pencuci anda dan keringkan. (Lap muka tue betul2)
2: Pam sedikit pada jari dan sapu ditempat yang diinginkan (seluruh wajah pun takpe). Biarkan sekejap pada kulit untuk beberapa saat (supaya Cure gel bertindakbalas pada kulit mati)
3: Urut kulit dengan cara 'circular motion' dalam 30 saat hingga ke 1 minit. Gel akan berubah menjadi cecair putih dan partikel putih sel kulit mati boleh dilihat apabila ianya tertanggal dari kulit.
4: Bilas dengan air. Sekarang you all bolehlah merasakan kulit yang lembut dan licin dan bersih serta berkilat huehuehue! Boleh pakai pelembap lepas nih!

Fakta ringkas tentang Cure Natural Aqua gel:
1- Paling laris dipasaran Jepun hampir 7 tahun dan memecahkan rekod jualan 1 botol terjual dalam masa 20 saat!WOWWW!
2- Trademark mereka yang pasti "CURE WORKS".

Saya pakai dah lama dari tahun lepas lagi, so saya tak ragu2 nak jual produk ni, emmm...saya sebenarnya mempunyai kulit sensitif, jadi amat sukar untuk saya menggunakan produk lain, mujurlah saya jumpa produk ni kat internet.. hehe! Kulit pula langsung takda masalah bila pakai Cure, dan saya percaya ianya betul2 bersifat semulajadi..
Kulit berminyak? NO!
Kulit kering?NO! 
Jerawat?NO!
Garis2 halus? Langsung takde!

Kepada sesiapa yang berminat boleh lah hubungi saya melalui email ye 
( sephria_7@yahoo.com )

img source: jajawafiplasa.blogspot.com
img source: zahirastore.blogspot.com