Subuh lagi aku dah bangun, macam biasalah, jalankan tanggungjawab as a muslim, anak tidur lagi.. comel je budak baik ni, ya Allah aku bersyukur pada Mu, Engkau jadikanlah dia hambaMu yang soleh...
Selepas solat, abg tanya pasal baju dia, aku belum gosok lagi, ops, takpe sempat nih, gosok licn-licin, biar paling macho pegi sekolah. Mak mertua pun dah bangun siap mandi lagi, tapi aku tengok mak macam nak gosok baju juga, jadi aku cepat-cepat gosok baju kurung nak gi kerja.
Bawa kereta hantar anak pegi pengasuh terus pergi sekolah, sampai sekolah jer, dah ada cikgu serang tanya soalan pasal document mapping, pergh! Aku belum punch card lagi, belum duduk lagi dah kena tahan, kesian cikgu ni aku layankan aje lah. After dia faham semua jawapan aku tuh, aku cepat2 tengok punch card., alamak!tepat2 pukul 8! nasib bek tak lebih dar kul 8. Pastu ada lagi, baru letak beg nih, dah ada cikgu datang, tanya laptop dia "Fatihah, laptop akak ni kan, yang awak install antivirus baru tuh apasal tak jalan aa,akak risau jugak sebab anak akak rajin main internet"...... Aku tolong lah buka laptop akak ni switch on...loading....windows..... pergi antivirus tuh, laaaaaa belum update lah kak~ padanlah tak jalan kan, hemmmm cikgu-cikgu....
Dah selesai satu datang lagi satu, ni sebab aku rajin angkat telefon sekolah,
aku: "SK B**** P***, hello, boleh saya bantu?"
pemanggil: "Hello selamat pagi, boleh saya bercakap dengan cik fatihah"
aku: "ye, saya bercakap"
pemanggil: "cik, saya yang uruskan aircond haritu, sekarang ni tengah buat quotation, tapi masalahnya nak buat peruntukan kira-kira untuk setiap aircond, ada tak maklumat berapa HorsePower untuk setiap aircond?"
aku: alamak! manada! "saya rasa takde lah encik sebab saya pernah buka fail AC tu memang takde".
pemanggil:"boleh tak awak buatkan nanti faks kan ke pejabat saya"
aku: WHAT THE!!! DIA INGAT AKU NI TUKANG AIRCOND KE!!!SUKA ATI JE SURUH2 AKU! "Boleh nanti saya faks".. (baiknya lah kan...)
Aku pun main agak2 jugalah buatkan tengok saiz AC tu kalau kecil berapa besar berapa... memang macam nilah situasi aku tiap2 hari, bila difikirkan jawatan aku ni bukan setakat juruteknik komputer tapi aku ni fleksibel, jadi cleaner pun boleh jadi kerani pun boleh jadi cikgu pun boleh, huhu!
Aku masih ingat lagi pasal isu blogger pertikai profesion cikgu sampai dia terpaksa remove blog dia akibat dicemuh masyarakat dan dihentam oleh cikgu, haaaa kan dah kene, TAPI dulu isu Juruteknik komputer pun ada tau.. aku rasa cikgu2 ni macam 'ketulahan' la... dulu diorang mencemuh profesion juruteknik komputer, dorang cakap keje jadi juruteknik komputer ni senang, duk je depan komputer, gaji jalan, tak payah buat keje lagi bagus.... haa, apa perasaan kalian...????
Memang tersangat busy jugaklah, sampai tengahari pun aku balik tuk solat je, makan tak, abah tanya kalau aku dah makan ke belum, aku jawab je dah, aku taknak dia susah2, takut dia pergi memasak pula. Petang ni maybe, aku sambung raya raya pergi rumah makcik pakcik belah suami, owhhhhh makin gemuklah aku, haha!
Semalam aku gi exam flexible entry tuk oum, Allah, mudah2an aku lulus exam, call pagi tadi dorang cakap aku kena interview dulu baru boleh bagi result, kalau lulus aku boleh terus daftar tuk intake bulan September ni..... moga semuanya berjalan dengan lancar... amiinnn~
Esok.... hanya Allah yang tahu~
03 September 2012
03 July 2012
Kejamnya Mereka..
Aku start buka facebook cuma nak tengok adik ngan mama, tapi aku pegi bahagian news feed aku ternampak lagi gambar seorang kanak-kanak yang terbunuh ditembak oleh orang-orang Basyar. Aku benci pemimpin ni! Dialah pembunuh no.1 sekarang ni. Aku berdoa siang malam saat engkau mati nanti engkau akan diseksa di api neraka dengan lebih kejam oleh Allah, lebih kejam dari apa yang telah kau lakukan dengan umat Islam di Syria. Aku menangis setiap hari memikirkan nasib sedara Islam disana, Ya Allah hanya Engkau maha mengetahui, namun janganlah Engkau berikan ujian yang melangkaui batas keupayaan hambaMu ya Allah, aku mohon padaMu ya Allah, Kasihanilah mereka ya Allah....
Air mataku menitis lagi aku terlihat gambar kanak-kanak yang putus tangan putus kaki pecah kepala, masyaAllahhhhhh.... mana pergi sifat kemanusiaan mereka, mereka syaitan bertopengkan manusia....
Bagaimana pula dengan nasib ibubapa mereka,???
Air mataku menitis lagi aku terlihat gambar kanak-kanak yang putus tangan putus kaki pecah kepala, masyaAllahhhhhh.... mana pergi sifat kemanusiaan mereka, mereka syaitan bertopengkan manusia....
Bagaimana pula dengan nasib ibubapa mereka,???
02 July 2012
Ledang..Oh Ledang..
Ni kali ke-2 aku pegi, tak banyak perubahan pun.. Tapi jika tuan-tuan dan puan-puan nak buat family day sini, saya recommend bermalamlah disini, boleh buat BBQ, karaoke and berenang di kolam yang disediakan.. hehe! Bilik pun best gak, tapi aku tak tahu brapa ringgit 1 malam, sebab suami yang bayar, aku tak tanya pun, huhu!
| Nisa pun dah ready dengan pelampungnya |
Kolam yang ada memang best, boleh main bola tampar dalam air tau! (sebenarnye, aku lupa nama sukan tuh, aku main terjah je nyebut, haha)
| seronoknye dia.. alala~ |
Oh ye, lupa nak mention nama resort ni, kalau tak silap aku nama resort ni Resort Gunung Ledang, anda dijemput beramai-ramai untuk membanjiri sungai terjun gunung ledang ini.. huhahua!
| Pokcik ni memang tahu aku amek gmbar dia, sebab tuh dia siap posing cemtu! |
Masa petang tu lama lagi jadi aku dan suami plan nak gi sungai ledang pula, sajer nak tengok kan sebab dah lama tak pegi.. Nama je tinggal Segamat tapi nak gi ledang ni Payah! Dari Segamat ke Ledang ni cuma ambil masa 30menit je, taklah sampai jam2 tapi oleh sebab kekangan masa, masing2 busy, terpaksa batalkan niat, nasib baik ada Family Day kan22222! :p
| candid tapi aku suka sangat gambar ni, pandai cik suami ambil gambar, hehe! |
Masa ni abg tengah tengok budak2 ni pancing ikan, tak sangka pula dapat ikan kecik, pandai ko dak ea~
| Ni ialah bahagian luar reception |
Dekat tangga ni memang best posing sebelum balik, hehe!
Okey, ayah nak belikan Nisa topi, Nisa mesti pakai topi sebab cuaca tengah panas ni..
| Tapi ayah, Nisa taknak pakai topi~ |
Subscribe to:
Posts (Atom)