23 May 2011

Review about Cure Natural Aqua Gel

Heyya~
Kali ni nak buat review tentang Cure Natural Aqua gel.. Yup ramai yang tanya tentang Cure ni apa kelebihan dan cara nak pakai so disini saya nak bagi detail yang ringkas dan padat! 

img source: valerietan.com

Q: Apa itu Cure Natural Aqua Gel?
A: Produk yang bersifat semulajadi dan gel yang lembut dimana ia boleh menyingkirkan sel kulit mati dengan lebih efektif dan berkesan tanpa menjadikan kulit rosak atau timbul tanda stress kulit. Tidak seperti bahan kimia 'strong acid' yang terdapat dalam produk pengelupasan yang lain, Cure ter'sangat'lah lembut pada kulit dan hanya menyingkirkan sel kulit mati. Ianya tidak mengeringkan dan menipiskan kulit anda walaupun terdedah dibawah sinaran matahari :-)

Q: Mesti mengandungi banyak bahan kimia kan?
A: Oooops! TIDAK sama sekali ye cik kak, prinsip cure ialah natural and gentle ianya diperbuat dari 90% berasaskan air dan ekstrak bahan semula jadi seperti aloe vera, gingko dan rosemary. TIDAK mengandungi bahan pengawet, pewangi, pewarna tiruan serta alkohol.

Q: Selain pakai di muka boleh pakai 'area' lain ke?
A: Of Course! Cure juga boleh dipakai di anggota lain seperti siku, bawah lengan, punggung, lutut dan  tempat yang anda rasa ada sel kulit mati. (Sesuai bagi mereka yang menginginkan kulit cerah dibahagian2 yang tertentu).

Q: Sebotol ni tahan berapa lama?
A: Okey, bergantung juga kepada si pemakai, kebiasaannya 1 botol mengandungi 250ml Cure Gel, sekali tekan pada botol boleh dianggarkan 1ml, jadi kalau anda pakai 2 kali seminggu dan tekan sebanyak 10 kali pada botol, boleh bertahan selama 4 Bulan. :-)

Q: Selepas pakai Cure tak rasa apa2 pun?
A: Cure Gel tidak akan berkesan pada kulit basah dan sejuk, pastikan ianya disimpan di tempat yang kering pada suhu bilik. Teramatlah sesuai menggunakan cure pada kulit yang telah anda lap kering dan pada suhu badan yang normal.

Cara pakai:
1: Cuci muka dengan pencuci anda dan keringkan. (Lap muka tue betul2)
2: Pam sedikit pada jari dan sapu ditempat yang diinginkan (seluruh wajah pun takpe). Biarkan sekejap pada kulit untuk beberapa saat (supaya Cure gel bertindakbalas pada kulit mati)
3: Urut kulit dengan cara 'circular motion' dalam 30 saat hingga ke 1 minit. Gel akan berubah menjadi cecair putih dan partikel putih sel kulit mati boleh dilihat apabila ianya tertanggal dari kulit.
4: Bilas dengan air. Sekarang you all bolehlah merasakan kulit yang lembut dan licin dan bersih serta berkilat huehuehue! Boleh pakai pelembap lepas nih!

Fakta ringkas tentang Cure Natural Aqua gel:
1- Paling laris dipasaran Jepun hampir 7 tahun dan memecahkan rekod jualan 1 botol terjual dalam masa 20 saat!WOWWW!
2- Trademark mereka yang pasti "CURE WORKS".

Saya pakai dah lama dari tahun lepas lagi, so saya tak ragu2 nak jual produk ni, emmm...saya sebenarnya mempunyai kulit sensitif, jadi amat sukar untuk saya menggunakan produk lain, mujurlah saya jumpa produk ni kat internet.. hehe! Kulit pula langsung takda masalah bila pakai Cure, dan saya percaya ianya betul2 bersifat semulajadi..
Kulit berminyak? NO!
Kulit kering?NO! 
Jerawat?NO!
Garis2 halus? Langsung takde!

Kepada sesiapa yang berminat boleh lah hubungi saya melalui email ye 
( sephria_7@yahoo.com )

img source: jajawafiplasa.blogspot.com
img source: zahirastore.blogspot.com

09 May 2011

Hanya Untuk Mama

Assalamualaikum w.b.t..
Salam sayang ini ku tujukan khas untuk mama..

Mama, walaupun k.nor jauh dari mama tapi ingatlah yang k.nor cni selalu doakan kebaikan kesejahteraan buat mama..semoga Allah merahmati kita semua.. amiinnn....
Mama TERIMA KASIH buat semua pengorbanan mama untuk kami beradik semua.. k.nor tahu terima kasih saja tidak cukup untuk balas semua pengorbanan mama, tapi hanya Allah yg mengetahui betapa besarnya niat dalam hati ini untuk membahagiakan mama dunia akhirat.. mudah-mudahan semuanya berjalan lancar...amiiinnn..
Mama k.nor minta maaf ya kalau masa kecik2 dulu kami banyak menyusahkan mama, dari dalam perut selama 9bulan hingga lah sekarang, maafkan kami ya... terima kasih yang tak terhingga dari kami sebab ajar kami bagaimana hendak makan, minum, mengaji, solat, mandi, pakai baju dan kalau kami menangis mama lah yang pujuk kami.... Mama...MAAFKAN KAMI....
Mama juga yang ajar kami membaca menulis, ikat tali kasut sendiri, mama telah ajar kami bagaimana untuk berdikari...  


Mama memang besar sungguh pengorbanan mama...k.nor tahu mama besarkan kami dari kami kecil walaupun abah telah lama pergi tapi mama ingatlah yang abah pergi meninggalkan kita tapi dalam hati dia masih berada dekat dengan kita... Mama, k.nor tahu, bukan senang untuk menjadi mama dan ayah setiap masa, tapi ingatlah, kami sebagai anak2 mu, kami sedia untuk menjadi penjagamu, pelindungmu, dan sentiasa membantu mama dalam apa jua sekalipun, sebab kami tahu, mama lah ibu kami dunia akhirat..... Pengorbanan mama memang kami tak dapat balas sampai bila-bila pun... 


dengan itu..kami adik beradik mengucapkan,
"SELAMAT HARI IBU"
~KAMI SAYANG MAMA, KAMI AKAN SENTIASA MENYAYANGI MAMA~  
 

04 May 2011

Good News about my H.b

Semalam pegi klinik untuk rawatan rutin bagi ibu2 mengandung, temujanji aku kul 2pm, jadi minta excuse keluar skejap, wah, g.b tak marah pula, agaknyer mood dia baik kut.....hehe! Sampai klinik tak ramai orang jadi aku pun bergegas ke kaunter pendaftaran untuk confirm masuk bilik mana.. Eh, first kene cek urine pastu baru cek h.b... 
Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya jg naikkan tahap h.b aku, dari 9.3 ke 10.0.. DALAM MASA 2 MINGGU! aku gembiraaaaa gembiraaaaaaaaaa!!!!!hehe! Oh ya, just for information, h.b ni ialah....
Haemoglobin adalah molekul protein pada sel darah merah yang berfungsi sebagai media transport oksigen dari paru paru ke seluruh jaringan tubuh dan membawa karbondioksida dari jaringan tubuh ke paru paru. Kandungan zat besi yang terdapat dalam hemoglobin membuat darah berwarna merah.
ha..sebab tu lah, pentingnya sel darah merah ni untuk ibu2 yang mengandung,semakin tinggi tahap darah itu semakin baik untuk bayi dalam kandungan dan amat penting untuk proses pembesaran... ada faham? biasanya tahap normal bagi wanita ialah, 10.0 hingga 16.0.. aku pulak 10.0 sj.. mmg kena usaha lebih..

source from google

Klau di klinik dah tentu kena bebel dan nasihat yang panjang diberikan, aku akan setia anggukkan kepala tanda setuju dan mengiyakan apa yang diorang cakap, biasalah, hehehe! Untuk tambahkan darah ni mesti makan makanan yang mengandungi zat besi, antaranya:
  • hati ayam - aku memang tak bleh makan ni, tak masuk2! diorang mesti cakap pasal hati ayam, tak paham aku!
  • kerang - ni baru boleh makan, cedap!!!
  • jambu batu - laaaaaaagi sedap!
  • buah naga - tak minat tapi boleh makan, huhu!
  • spirulina - sebagai makanan tambahan, baik untuk buat tambah darah.
  • ikan bilis dan kekacang - no komen! 
  • satay daging - mak mertua aku cadangkan, tapi memang betul!
banyak lagi sebenarnya, contoh sayuran hijau, bayam, sawi, banyak lagi.. tapi aku usaha pelbagaikan supaya tak jemu.