13 September 2012

Jam Ini, Ketika Ini, Itu Dulu

Kalau dulu masa bujang2 time petang macamni= aku tidur, kadang tengok tv
But now= I'm working!

Bestnya masa remaja dulu, petang akan ada koko (kokurikulum) kalau musim sukan sekolah, aku bukan jenis sports, aku ikut kawad kaki, boring kan, ish! manada boring best lah! Suasana petang di Sandakan aku rasa tak sama dengan yang segamat ni, entahlah mungkin sebab perubahan iklim(iklim?)

Kenangan paling manis....inilah yang aku tak suka ni, sometimes it make me cry :'( 

Mama telefon....

mama: Kakak, nanti jangan lupa gorengkan mama pisang, ada kan mama beli?
aku: iya, ada, nanti kakak Nor goreng..
mama: thank you kakak, love you~~

Dah dekat kul 6 aku trus buat tepung goreng pisang dan goreng pisang.. habis 1 sisir pisang.. kami memang suka pisang goreng, kalau cicah ngan susu manis, bertambah lah sedap, tapi mama lagi suka cicah dengan lada kicap... dah siap goreng semua, aku bancuh nescafe panas... Petang tu kami layan crita cina sambil makan pisang goreng,kadang kami bercerita tentang friends and family, hehe!

Itu semua dulu....

Pada jam ini, aku masih disini, masa depan yang aku miliki... aku tak sangka ketika ini, aku berada di tempat orang tapi bukan berseorangan, aku sudah berkahwin dengan suami tercinta dan punya anak seorang....

03 September 2012

To be beauty, with SNE BeutSkin


Pernah dengar pasal produk ni? Konon produk ni lah yang buatkan Adira AF tu cantik, putih melepak, kan? Betul!



Memperkenalkan SNE BeutSkin Essence!, produk ni memang bagus, aku dah baca dan fahami setiap inci maklumat (mestilah aku pun nak cantik juga, haha). Produk ni halal dan diluluskan oleh kementerian kesihatan. Bukti, sila lihat dibawah 



Kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

sijil Halal

Maklumat SNE BeutSkin:
BEUTSKIN ESSENCE Rahsia untuk Kulit Lebih Cerah, Mulus, Gebu dan Awet Muda selalu.. Efektif, Selamat dan Tanpa Sebarang Keraguan..

Produk : Beutskin Essence
Kod Produk : 10023
Berat : 500mg x 60 capsules
No.Pendaftaran Kementerian Kesihata
n : MAL08031430TR
Harga : RM240.00
Kandungan : Minyak Biji Seabuckthorn, Radix Puerariae Lobata, Minyak Biji Anggur, Likopena, Minyak Kacang Pain, Beeswax

Dos yang perlu diambil :Dewasa : 2 kapsul sehari, 2 kali sehari sebelum makan

5 FAKTOR UTAMA - KEKAL MENAWAN ERTI KATA SEBENAR.
1. Kecerahan Kulit - kulit kemerah-merahan
2. Memperbaiki Gen - menghalang sakit keturunan
3. Metabolik - Metabolisma stabil
4. Anti-Pengoksidaan - awet muda
5. Menganjalkan kulit luaran dan dalaman dan mencantikkan payudara

Dos yang perlu diambil :
Sekiranya mampu; 2 biji selepas bangun tidur pagi dan 2 biji sebelum tidur. Ambil semasa perut kosong, jarakkan sejam sebelum sarapan.
Bagi yang tidak mampu; 2 biji pada waktu pagi/malam.
 
Boleh: Diambil seawal umur 13 tahun
 
Tiada pantang larang, tiada kesan yg merbahaya, tidak merosakkan buah pinggang, selamat diambil dan jika mengambil sebarang supplement hendaklah makan 1jam sebelum makan supplement/mknn (Diambil semasa perut kosong)

KESAN-KESAN SELEPAS PENGGUNAAN BEAUTSKIN ESSENCE

3 hari :
- Menstabilkan fungsi hati dan buah pinggang, kadar peneutralan toksin dalam badan meningkat dengan nyata sekali, kekangan kapilari darah meningkat, hemoglobin meningkat dengan nyata, ketidakseimbangan ’qi’ dan darah dapat diperbaiki dan memulihkan daya.
 
10 hari :
- Keadaan fizikal bertambah baik, sebahagian toksin dalam hati, buah pinggang dan darah dapat disingkirkan, keupayaan anti-pengoksidaan dalam badan meningkat, kapilari darah menjadi lebih lembut, memulihkan dan meningkatkan kekenyalan dinding darah pada masa yang sama menyelaras fungsi ovari.

30 hari :
- Toksin pada organ dalaman badan dapat disingkirkan lalu dipenuhi dengan bekalan nutrien yang diperlukan, keupayaan baik-diri kulit dipulihkan dan ditingkatkan, fungsi peredaran mikro pada kulit diselaraskan secara efektif.

60 hari :
- Meningkatkan liang-diri kulit, keupayaan daya penahanan kulit meningkat, fungsi endokrin bertambah baik dan teratur, perubahan daripada kulit yang berwarna kuning gelap kepada kulit cerah berseri-seri.

90 hari:
- Lebihan lipofusin dan radikal bebas dalam badan disingkirkan, sel-sel menjadi aktif dan keanjalan kulit dipulihkan lalu mengembalikan wajah yang cantik dan kelihatan muda.

Penggunaan jangka masa panjang :
- Metabolisme badan berada dalam keadaan peredaran yang baik, kulit menjadi lembut, licin, sihat, cerah, cantik dan sempurna.

Seorang lagi artis yang mengambil supplement ini..

Isma AF
        
Okey, jom ramai2 try produk ni, biar cantik sihat dan menawan, hehehehe! :D

The Next Day

Subuh lagi aku dah bangun, macam biasalah, jalankan tanggungjawab as a muslim, anak tidur lagi.. comel je budak baik ni, ya Allah aku bersyukur pada Mu, Engkau jadikanlah dia hambaMu yang soleh...
Selepas solat, abg tanya pasal baju dia, aku belum gosok lagi, ops, takpe sempat nih, gosok licn-licin, biar paling macho pegi sekolah. Mak mertua pun dah bangun siap mandi lagi, tapi aku tengok mak macam nak gosok baju juga, jadi aku cepat-cepat gosok baju kurung nak gi kerja.

Bawa kereta hantar anak pegi pengasuh terus pergi sekolah, sampai sekolah jer, dah ada cikgu serang tanya soalan pasal document mapping, pergh! Aku belum punch card lagi, belum duduk lagi dah kena tahan, kesian cikgu ni aku layankan aje lah. After dia faham semua jawapan aku tuh, aku cepat2 tengok punch card., alamak!tepat2 pukul 8! nasib bek tak lebih dar kul 8. Pastu ada lagi, baru letak beg nih, dah ada cikgu datang, tanya laptop dia "Fatihah, laptop akak ni kan, yang awak install antivirus baru tuh apasal tak jalan aa,akak risau jugak sebab anak akak rajin main internet"...... Aku tolong lah buka laptop akak ni switch on...loading....windows..... pergi antivirus tuh, laaaaaa belum update lah kak~ padanlah tak jalan kan, hemmmm cikgu-cikgu....
Dah selesai satu datang lagi satu, ni sebab aku rajin angkat telefon sekolah, 

aku: "SK B**** P***, hello, boleh saya bantu?"
pemanggil: "Hello selamat pagi, boleh saya bercakap dengan cik fatihah"
aku: "ye, saya bercakap"
pemanggil: "cik, saya yang uruskan aircond haritu, sekarang ni tengah buat quotation, tapi   masalahnya nak buat peruntukan kira-kira untuk setiap aircond, ada tak maklumat berapa HorsePower untuk setiap aircond?"
aku: alamak! manada! "saya rasa takde lah encik sebab saya pernah buka fail AC tu memang takde".
pemanggil:"boleh tak awak buatkan nanti faks kan ke pejabat saya"
aku: WHAT THE!!! DIA INGAT AKU NI TUKANG AIRCOND KE!!!SUKA ATI JE SURUH2 AKU! "Boleh nanti saya faks".. (baiknya lah kan...)

Aku pun main agak2 jugalah buatkan tengok saiz AC tu kalau kecil berapa besar berapa... memang macam nilah situasi aku tiap2 hari, bila difikirkan jawatan aku ni bukan setakat juruteknik komputer tapi aku ni fleksibel, jadi cleaner pun boleh jadi kerani pun boleh jadi cikgu pun boleh, huhu!

Aku masih ingat lagi pasal isu blogger pertikai profesion cikgu sampai dia terpaksa remove blog dia akibat dicemuh masyarakat dan dihentam oleh cikgu, haaaa kan dah kene, TAPI dulu isu Juruteknik komputer pun ada tau.. aku rasa cikgu2 ni macam 'ketulahan' la... dulu diorang mencemuh profesion juruteknik komputer, dorang cakap keje jadi juruteknik komputer ni senang, duk je depan komputer, gaji jalan, tak payah buat keje lagi bagus.... haa, apa perasaan kalian...????

Memang tersangat busy jugaklah, sampai tengahari pun aku balik tuk solat je, makan tak, abah tanya kalau aku dah makan ke belum, aku jawab je dah, aku taknak dia susah2, takut dia pergi memasak pula. Petang ni maybe, aku sambung raya raya pergi rumah makcik pakcik belah suami, owhhhhh makin gemuklah aku, haha!

Semalam aku gi exam flexible entry tuk oum, Allah, mudah2an aku lulus exam, call pagi tadi dorang cakap aku kena interview dulu baru boleh bagi result, kalau lulus aku boleh terus daftar tuk intake bulan September ni..... moga semuanya berjalan dengan lancar... amiinnn~

Esok.... hanya Allah yang tahu~

03 July 2012

Kejamnya Mereka..

Aku start buka facebook cuma nak tengok adik ngan mama, tapi aku pegi bahagian news feed aku ternampak lagi gambar seorang kanak-kanak yang terbunuh ditembak oleh orang-orang Basyar. Aku benci pemimpin ni! Dialah pembunuh no.1 sekarang ni. Aku berdoa siang malam saat engkau mati nanti engkau akan diseksa di api neraka dengan lebih kejam oleh Allah, lebih kejam dari apa yang telah kau lakukan dengan umat Islam di Syria. Aku menangis setiap hari memikirkan nasib sedara Islam disana, Ya Allah hanya Engkau maha mengetahui, namun janganlah Engkau berikan ujian yang melangkaui batas keupayaan hambaMu ya Allah, aku mohon padaMu ya Allah, Kasihanilah mereka ya Allah....
Air mataku menitis lagi aku terlihat gambar kanak-kanak yang putus tangan putus kaki pecah kepala, masyaAllahhhhhh.... mana pergi sifat kemanusiaan mereka, mereka syaitan bertopengkan manusia....
Bagaimana pula dengan nasib ibubapa mereka,???

02 July 2012

Ledang..Oh Ledang..

Ni kali ke-2 aku pegi, tak banyak perubahan pun.. Tapi jika tuan-tuan dan puan-puan nak buat family day sini, saya recommend bermalamlah disini, boleh buat BBQ, karaoke and berenang di kolam yang disediakan.. hehe! Bilik pun best gak, tapi aku tak tahu brapa ringgit 1 malam, sebab suami yang bayar, aku tak tanya pun, huhu! 

Nisa pun dah ready dengan pelampungnya
Kolam yang ada memang best, boleh main bola tampar dalam air tau! (sebenarnye, aku lupa nama sukan tuh, aku main terjah je nyebut, haha)

seronoknye dia.. alala~



Oh ye, lupa nak mention nama resort ni, kalau tak silap aku nama resort ni Resort Gunung Ledang, anda dijemput beramai-ramai untuk membanjiri sungai terjun gunung ledang ini.. huhahua!
Pokcik ni memang tahu aku amek gmbar dia, sebab tuh dia siap posing cemtu!
Masa petang tu lama lagi jadi aku dan suami plan nak gi sungai ledang pula, sajer nak tengok kan sebab dah lama tak pegi.. Nama je tinggal Segamat tapi nak gi ledang ni Payah! Dari Segamat ke Ledang ni cuma ambil masa 30menit je, taklah sampai jam2 tapi oleh sebab kekangan masa, masing2 busy, terpaksa batalkan niat, nasib baik ada Family Day kan22222! :p

candid tapi aku suka sangat gambar ni, pandai cik suami ambil gambar, hehe!
Masa ni abg tengah tengok budak2 ni pancing ikan, tak sangka pula dapat ikan kecik, pandai ko dak ea~

Ni ialah bahagian luar reception
Dekat tangga ni memang best posing sebelum balik, hehe!


Okey, ayah nak belikan Nisa topi, Nisa mesti pakai topi sebab cuaca tengah panas ni..

Tapi ayah, Nisa taknak pakai topi~

21 June 2012

SNSD - So Nyuh Shi Dae

Tutup muka jap! Bukan, saya bukan peminat mereka, tapi saya peminat lagu mereka, haha! Okey mungkin aku dah lama "tertinggal zaman" tapi ada aku kesah.. :p 


Yup, mereka juga as known as Girls Generation.. Antara yang terlibat ialah:(formal giler) Yoona, Sunny, SooYoung, Yuri, Jessica, Tiffany, TaeYeon, HyoYeon dan SeohYun.. Aku nak start dari mana aa? oo ya, aku stuck pasal dorang ni masa layan youtube, yela youtube la yg buatkan mereka famous gak, tul tak? Maksud aku sampai whole wide world fame, huhu! Diorang ni cute sangat2, lagu pun semua best.. Latest lagu "The Boys" version english la, aku tengok music video tuh sampai berpuluh kali tak boring gak, giler..comel nya pasal kan.. 

Oleh sebab suka dengan lagu2 dari kumpulan ni secara tak langsung aku terlibat dengan dunia K-pop!ARGGHHH!memang tak patut, dulu aku nyampah habis dengan korean2 ni, tapi sebab lagu best, aku dengan perasaan curious (cari lagu yang best2 lagi) banyak gak lah yang aku terjumpa... One of them is Wonder Girl lagu Baby.. Banyak lagi la, huhu!

Gambar atas ni bukan Wonder Girl ya, ni SNSD gak.. Aku suka tengok beauty dalam kumpulan ni, and the most pretty I choose Yoona, HAHA! Okey all pictures credit to GOOGLE, :D

19 June 2012

Bengkel dan Bekok!

Bekok??  Terus tekejut jantung aku macam tak percaya esok nak gi bekok, yeeeeaaahh boleh mandii! heheh! Aku tang mandi ni, mmg NO.1, jangan tak caye, tak caye boleh blah, hehehe! 
Okey meh aku perkenalkan "tukang cerita" tuk bengkel kami kali ni, sebagai juruteknik komputer I am very proud of him, he knows how to taught us about DSLR.. Like, he knows everything.. nama beliau ialah Nasir, dan kawan dia sebelah tu Khaflie.. 

yesss, semua tentang DSLR, urgh!

Kami khusyuk belajar, haha!
Bengkel ni memang best, ada yang aku suka ada yang tak, bukan apa, kalau bab ISO, aperture, shutterspeed, etc...memang best, tapi bila aku praktikkan kat kamera sendiri, tak jadik pula, sakit hati tul! Pastu aku pegi tanya Nasir, rupenye aku ada salah tekan, hahah!memang tension! Wei, kalau bab Macro aku lagi bertambah suke, sebab aku mmg dah minat ambik gambar macro2 ni, cube tgk gmbr bawah ni.. 

tgk tuh, siap edit tu weyyy, hehehe! Baru aku prasan mainan ni ada cacatnyerr
Takpe, nanti aku nak cadangkan pasal bengkel Adobe Photoshop pula, bukan apa, lagi banyak belajar lagi banyak ilmu kita dapat lagi banyak faedah yang boleh kita buat, haha! Ayat ni macam boleh buat trademark jer (trademark lah sangattt!) 
Hari ke-2 bengkel pula kami buat shooting gambar di Sungai Bantang, Bekok.. disini....macam2 ada! 
Kami diberi tugasan untuk ambil gambar landscape, macro, slow shutter, highspeed shutter dan portrait.. aku pula sebok ambil gambr sndiri siap minta tlg kawan lagi "tolonglah ambil gambar aku Mathy", mathy tu nama kawan aku.. gambar bawah ni gambar I, tengoklah ye, nak muntah pun boleh silakan.... hakhak!

Yg gambar bawah ni pula kawan lain ter'ambil hehe!
kesian member aku siap posing tapi aku lak kacau, sorry babe, it's just a coincidence.. haha!

"hello, ibu, kat bekok lagi ke, nisa nak kuar ngan ayah ni~" 

okey that's all 4 today aku tengah puasa ni, macam2 dalam kepala ni aku dah set nak makan pe..

05 June 2012

DSLR? Canon EOS 1100D

Terasa nak terhantuk kepala ni bila fikir camana nak beli ke tak? Kalau aku tak beli nanti muka aku jadi tembok setebal tembok China pinjam ngan orang, dengan muka tak malu "akak..nak pinjam kamera leh tak?" pastu kalau akak tu bagi pinjam pun mesti cakap "boleh dik, tapi lain kali belilah 1, asyik pinjaaaam je!" Kan dah kene, hish! tapi akak tu tak cakap mcam tu pun, aku sajer je supaya tak jadik pinjam.. 

Last Friday, aku turun bandar jalan2 survey kamera, adalah terjumpa kamera comel ni.. Canon EOS 1100D,  aku terkejut gak, kamera ni tak over dari budget aku, agak murah jugakla, beza ngan Eos 5D MARK II (yela, kamera ni memanglah mahal, mak Jemah!) Aku dapat harga RM1900 + Beg, memory card 8GB, Tripod Buffalo, hemmmmmmmm...... Aku cakap ngan tauke tu "tokeh, bagi discount lagi la, nanti saya datang beli camera lagi, (konon!macamlah banyak duit nak beli lagi, tertonggeng aku bayar kang) ", tauke kedai tu senyum jee.."you takkan dapat harga ini macam oo, kedai lain pun tak manyak murah".. Whatever! takpelah, lagipun aku baru beginner kan, takkan nak yang mahal2 punyer tak mampu den.
http://w30.indonetwork.co.id/pdimage/05/1737405_canon-1100d_thumb_medium_300.jpg

15 May 2012

Hari Guru 2012

"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"

Itu tema hari guru tahun 2012.. Sekolah aku cikgu-cikgu maha gedik mengenakan tema warna Pink, sempena hari guru, tarikh 16 Mei.. aku macam biasalah, tak ikut sangat tapi nak tayang kerjasama aku mungkin akan pakai yang warna pink juga. Biasanya, kalau hari guru, akan ada aktiviti seperti persembahan murid, persembahan guru, ucapan guru besar dan guru penolong kanan.

Aktiviti sukaneka antara guru dan staf

Aktiviti antara guru dengan staf pula bertukar2 hadiah, cabutan bertuah dan pemberian hadiah buat guru dan staf yang sudah bersalin, yang baru berkahwin. Kalau pasal bertukar hadiah bajet setiap hadiah ditentukan dengan harga RM20.00. Aku tak tahu nak bagi hadiah apa, apa barang harga RM20? Bunga hiasan, macam tak patut, tuala..emmmm mungkin, kalau cawan atau apa2 barang berkaca, diorang tak nak pula.. demand! Tugas aku sebagai juruteknik sekolah ni, mungkin tukang ambil gambar sahaja, kalau pasal LCD, amplifier (ntah betul ke tak ayat ni), atau dalam ayat lainnya P.A System, bukan aku yang sediakan, senang kan kerja aku, tak payah susah2.. Kalau hari guru, yang sambutnya dah tentiuah cikgu2 dengan murid kan, kalau staf diorang tak panggil, sebab kena jaga pejabat, kalau ada telefon ke, faks ke, kitorang kena jawab.. sedih kn? Tapi kalau sampai masa nak makan, barulah cikgu-cikgu tu akan panggil kami (staf). 

Pengetua sekolah paling best!
Beza dengan sekolah lama aku dulu, hari guru ibarat karnival sekolah tau! haha! Kami ada buat sukaneka, staf mesti terlibat sama, wajib! Dari mula program sampai ke akhir staf wajib ikut sama, sebab tu aku lagi sayang sekolah lama daripada yang sekarang ni.. Pengetua pula baik, memahami stafnya dan bukan jenis strict tak bertempat, mcm yang sekarang ni lah.. hemmm~ Yang paling best sekali, staf dibenarkan balik awal hari itu, pukul 2 petang kami sudah dibenarkan balik kerana kami turut melibatkan diri dengan program tu, datang awal pula, memang patut lah kan... 


Aku tak nak cerita lebih2 lagi, bukannya korang tak pernah sambut hari guru kan, mesti penuh dengan kenangan manis, mungkin ada yang sampai ter'kahwin dengan cikgu pun ada, contohnya aku, kehkehkeh!

"SELAMAT HARI GURU! TERIMA KASIH CIKGU!"

 

11 May 2012

Isteri dan Kakak

 Itulah gelaran atau tanggungjawab aku...

Apabila telah selesai upacara ‘akad nikah’ secara tak langsung wanita itu bergelar isteri.. Isteri kepada lelaki yang menikahinya dengan sah. Semua orang tahu kalau dah berkahwin akan menjadi tanggungjawab kepada si isteri untuk patuh dan taat pada suami. Jika hendak kemana2 pun kena minta izin dengan suami, ini kerana segala apa yang dilakukan si isteri akan ditanggung oleh suami..

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka.”
(HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Suami adalah kunci bagi isteri untuk memasuki syurga, oleh itu kita sebagai isteri hendaklah menjaga segala perlakuan percakapan dan hindari dari segala dosa yang kita lakukan supaya tidak ditanggung oleh suami.

****

Dengan sekali lafaz, Alhamdulillah, air mata terus menitis dipipi, aku rasa bersyukur ke hadrat Mu ya Allah, mulai saat ini aku sudah menjadi isterinya yang Engkau redhai ya Allah.. Engkau meredhai dia untuk menjadi suamiku dan Engkau meredhai aku untuk menjadi isterinya, sesungguhnya Engkau redhailah kami untuk terus bersama menuju ke jalanMu ya Allah.. Mulai saat itu juga, aku bukan lagi menjadi tanggungjawab kedua ibubapa ku, malah menjadi hak sepenuhnya oleh suamiku. Sebelum kahwin dulu segala pergerakan ku memang sudah terbatas, abah dah meninggal, jadi semakin kuat perasaan ku untuk terus mengasingkan diriku dari duniawi, aku pun sosial juga tapi dari segi pergaulan dengan kaum Adam aku ketepikan dan kalau boleh aku jarakkan.

****

Sebelum menjadi isteri..

Sebagai anak sulung, rasa tanggungjawab tu sudah sebati dalam diri, mesti tolong mama buat kerja rumah, tolong jaga adik. Sebelum pergi sekolah pastikan adik-adik minum air panas untuk alas perut, tengahari balik sekolah kalau sempat masak boleh makan terus sebelum pergi semula ke sekolah untuk aktiviti kokurikulum sebelah petang. Mama pula masa tu kalau hujung minggu ada PJJ jadi asal weekend je kalau tiada koko, aku mesti jaga adik dirumah, adik ada 3 orang, yang paling kecil baru darjah satu..  kadang2 masak megi sahaja paling senang, kan selalu ada citer Hindustan petang2 :D
Pejam celik pejam celik, selepas SPM aku sambung belajar dan Alhamdulillah, dapat tawaran masuk poli, bermulalah perjalanan hidupku…  Jauh dari rumah, jauh dari semua keluarga, jauh dari mama.. tiap-tiap malam aku menangis sebab aku rasa tidak biasa dengan semua ni, disini, kawan2 semuanya cakap bahasa orang Kuching, bahasa Sarawak, aku langsung tak faham, kalau ckp dengan aku je baru cakap Melayu.. AKU RASA TERASING!
Tapi dengan berpegangkan prinsip hidup belajarlah sehingga kau mampu bahagiakan kedua ibubapamu, kau balik dengan bawa sijil kemenangan, insyaAllah, segala penat lelah ibumu dapat digantikan dengan kebahagiaan yg terpancar diwajahnya… aku suka buat sesuatu yang boleh bahagiakan mama…
Selepas habis belajar aku cuti panjang… tunggu result.. Alhamdulillah, cemerlang :-)

Adik lelaki pula baru lepas SPM, dia dapat tawaran masuk UiTM.. Kami pula ada masalah kewangan, jadi aku terpaksa berkorban untuk lupakan cita-citaku untuk menjadi cikgu… aku isi boring SPA8, Alhamdulillah, aku dapat jawatan sebagai Juruteknik Komputer di kementerian pelajaran… hemmmmm dalam hati tak apa boleh buat PJJ apply masuk OUM, tapi manusia cuma boleh merancang Allah yang menentukan.. aku baru kerja, selepas 5 bulan seru pula sampai… Menjadi isteri orang..

09 May 2012

Anak...

Baby.. Bayi... Itulah nama yg diberikan pada insan yang baru lahir.. Baby, insan yang suci, tiada dosa, masih kecil, dan perlukan belaian seorang lagi insan yang bergelar ibu... Itu ayat yang amat sesuai buat mereka yang berperikemanusiaan.. aku bukan apa, sakit hati tgk video yg kawan2 post di Facebook. Facebook lagi, kenapa mesti facebook? asal buka facebook ter'nampak yg bukan2! Aku bencila ter'tengok yg bukan2 ni, aku rasa benda yang tak sepatutnya ditayangkan tak perlulah masukkan dalam facebook, lama kelamaan mungkin boleh merosakkan memori otak (sekadar spekulasi aku sendiri)..
Aku ada anak, baby girl, jadi rasa BENCI nak MAKI pempuan pukul anak dia sendiri, aku sumpah perempuan tu, tapi semua tu hanya mengundang syaitan berbisik ditelinga aku, supaya dosa aku bertambah2... Habis tu macamana nak hilangkan amarah ni??? 

*******

Aku telefon pengasuh, dan tanya anak aku tengah buat apa, rasa lega hati dengar anak aku tidur...

*******

Okey, alamak....member pula tgk video ni, siap tanya aku lagi, adoooiiiyyaiii... dah teringat balik pula.. "dahsyat tul dia pukul anak dia"... alamak, akak..tolonglah jgn bagitau apa2, aku tak sanggup dengar.. kalau aku ni superwomen yg boleh terbang kesana kemari, dah tentu aku selamatkan baby tu aku angkut biar aku je yg jaga, dah pompuan bodoh tu tak reti jaga anak, buat anak pandai!!

Tak payahlah aku masukkan video tu disini, aku tak suka like benda yang tak patut!

20 March 2012

CURE NATURAL AQUA GEL

Salam, pernah try windows 8 tak? hehehek tetiba je tanya psal win 8 ni, pelik tak? haha.. ok2! no merapu here.. but my blog, who cares, right. 
Okey, actually I would like to review blik psal produk paling laris kat Jepang, of course the CURE thing.. Ada yg bertanya 2 3 kali hantar emel tanya psal Cure ni samada aku jual ke tak, sorry girls unfortunately, NO, not anymore.. bukan tak nak jual, mungkin sbb jadual aku tersangat ketat metat, takde msa nak tolong hantar parcel2 and reply blik emel customers, masa bujang ada banyak masa but dah jadi mak ni susah nak manage msa betul2... girls, dont be sad, I can help you, hehehe! Korang boleh try laman ni beautycarousel.com dekat cni, korang boleh cari, harga berpatutan, so no worries okey..

Ni testimoni from me, (testimoni sendiri takpe, aku ikhlas ni bagitau kowang, huhu!)
"Krim malam atau pelembab yg saya pakai menjadi lebih berkesan kerana kulit bersih, licin, dan pelembab mudah meresap ke dalam kulit. Selain itu, untuk kesan yg optima, saya menggunakan Cure 2 kali seminggu dan ternyata kulit saya semakin sihat dan putih (gebu) heheheh! Cure Natural Aqua Gel juga selamat digunakan walaupun tiada cop halal tapi kandungannya hanya air 99.9%, boleh digunakan di siku, lutut, atau mana2 bahagian yg hitam (pandai2lah korang bersihkan diri tahu kn?)"
Well that's all from me, my experience on using this product, 1 of my favorite exfoliant cleanser..

05 March 2012

I am Not that typical women

Salam, hari ni aku agak keboringan yang melampau, ditambahkan lagi 'arena merah, hijau, biru, dan purple' dah abis, maka bertambah2 lah aku risau.. Risau sbb hari yang ditunggu jauh lagi, mak, tolong~
Aku tersentuh dengan isi hati adik aku, dia curahkan semua kesedihan dia dalam blog dia, lama2 aku pun dengan tak sengajanya telah mencurahkan air mata sbb terbaca blog dia. ada org ter tak bab2 baca blog ni, huhu!
Aku tahu adik aku tu baru je masuk U so, org panggil apa kalau jauh dari rumah, emmmmmm oh ya, homesick, pandai2lah adik hidup sana, dulu akak pun camtu juga, tapi akak tahu kalau tak teruskan apa yang kita dah mulakan sampai bila2 pun matlamat kita tak tercapai.
Mama pula, bila adik aku phone sambil nangis2 mesti suh aku yang phone dia blik suruh pujuk supaya jangan nangis lagi,oh my, dunno what to say to her cause aku ni bukan jenis yang pandai pujuk. Kalau husband aku yang merajuk pun aku tak tahu cmana nak pujuk, lain la kalau anak aku, yela, anak sendiri kan, kita tahu apa yang dia nak mesti terpujuk kan kan kan.
One thing that I know about myself is, I always think before speak, so i rather choose my own decision instead taking others opinion...

20 February 2012

Hari yang ditunggu tak kunjung tiba

Salam, mungkin selama ni aku fikir kalau aku biasakan diri untuk tidak terlalu memberi boleh mengubah keadaan, silap... memang sudah jadi naluri dalam hidup ku untuk selalu gembirakan orang lain tanpa fikirkan tentang diri sendiri. Ya, you were right Fatihah! No longer listen to your heart but always think for what will happen and what should happen.
Kadang aku nak tipu sunat pun susah, apatah lagi bohong bersebab, semua tu tiada maknanya, janganlah nak berangan untuk cover masalah, memang tak berkat. Allah itu maha mengetahui, maha melihat.. At last, aku pun ambil jalan sendiri..
Berterus teranglah jalan yang aku ambil, Alhamdulillah, aku terselamat kali ni.. UH'oh, aku bukan buat salah okey aku cuma cuba untuk memperbetulkan keadaan yang aku rasa tak payah crita disini, not suitable for public readers..
Update for next entry Insya Allah, i'll try tonite, hehehehe

25 January 2012

New entry 4 the new Year

Salam.. okey first of all, kenapa baru mula je trus wallpaper?
emmm.. nak  cari mood la, tak tahu nak start mn, tp skurang2ya aku dah start taip, ha ni yg susah k! part paling mahal dalam dunia blog ialah cari sumber nak masukkn dalam blog untuk dijadikan paparan umum.
Bahan tu takde, "tapi saya nak blogging juga, so what?" nak masukkan gmbar apa?

Jadi yg ada dalam otak aku ialah... movie! yup aku mmg suka movie dr start sekolah rendah lagi. Dari zaman pakai tape besar tu smpai la dunia blu ray kini, tp yang paling advance aku suka sangat 'download' je beb! haha! Para peminat movie pun pasti dah tau beberapa link download kn, kira otai2 download lagi laju dari roket rsnyer, kalau aku jgn cakap la, asal free je download. 
Tapi yg paling frust ialah asal dpt download je, bila ms aku nak tengok? asal dapt tengok je, bila nak update blog? soklan bodoh ni boleh dijawab ke entry strusnya..  
HAPPY HOLIDAY & HAPPY CHINESE NEW YEAR!!