27 July 2010

Hari Gaji :(

Salam, dan selamat kepetangan semuaaaaaaaaaaa... yup memang aku tension sekarang ni... aku tension sebab masa gaji nieee lah masa tuk bayar hutang2 yang melanda, mana adik aku nak bayar yuran dia, mana nak bayar kereta, mana nak bayar itu bayar ini, last2 gaji aku cukup2 tuk makan 2 atau 3 minggu je, astaghfirullah.....
korang tak tension ke kalau dah gaji, mesti henpon korang terus2 bunyi, tgk nama, nama adik ngko, mama ngko, bank, arghhhhhhhhh! ujian2..dugaan2.. cooobaaa annnn..

Tapi, tapi, tapi, aku bersyukur... sebab sekurang2 nya aku dapat bagi mama aku duit belanja rumah, aku dapat bayar yuran study adik aku, aku dapat bayar kereta, dan aku dapat makan sampai 2 atau 3 minggu belanja.. aku sentiasa sedarkan diri aku, ada lagi yang susah lebih susah berbanding dengan aku, mungkin ada yang sampai tak makan2, kn, aiiii tak mustahil bro~ manusia penuh dengan drama hehe! Alhamdulillah... Ya Allah perbanyakkanlah rezeki hambaMu yang lemah ini ya Allah... aamiiinnnn..

Hari nie nisfu syabaan, disunatkan berpuasa, korang ada puasa tak?? ha ha ha

16 July 2010

Budak cerdik :-)

Alkisahnya, masa aku jaga pusat akses ni, biasalah budak2 tahap 1
(tahun 1-3) waktu rehat mereka mula jadi diorang gi pusat akses, aku tak taulah dorang ni dah makan ke belum. Masuk je pusat akses diorang nak internet aku benarkanla.. tapi lain pula yg dorang buka, main game la, tengok youtube la, makin aku naik angin ada pula yang tgk video britney, ha, aku marah la dak tu..

aku: "awak tahu tak peraturan pusat akses ni, pelajar tidak dibenarkan bermain game dan tengok video"

budak2 tu: ".........."

aku: "ok, kalau nak guna, cari yang lain, buat zoom-a ke, cari gambar binatang ke"

budak2 tu: "cikgu, kalau mari mewarna leh cikgu??"

aku: "boleh, cikgu tolong printkan, nak?"

cerdik jugak budak2 ni, leh aku tampal hasil keje dorang kat form board ni, hehe!

14 July 2010

Hari ini..

Hari ini..
Alhamdulillah, aku masih bernafas..hehe!

Hari ini..
mood aku..biasa2, tak hepi tak juga sedih..

Hari ini..
aku gi keje pinjam kete mak mertua aku.. (baiknya mertua aku ni, hehe!)

hari ini..
masalah belum ada lagi, Alhamdulillah..

hari ini...
benci tengok facebook..

hari ini...
aku pakai internet tempat keje aku..

hari ini..
barang yang aku order online dah sampai, senang hati :-)))
(takut kena tipu sbnrnya.. inilah namanya pempuan tak senang tgk ada brg harga murah n cantik)

Hari ini...
Aku balik awal kul 4, biasa kul 5

Hari ini...
Oh ya, aku puasa...

Ya Allah rahmatilah tiap-tiap hari yang aku lalui agar aku sentiasa berada dijalan lurusMu.. amiiinn~

12 July 2010

Mimbar Putra

Bingkisan Israk Mikraj..

Assalamualaikum w.b.t,
Segala pujian hanya padaMu ya Allah s.w.t,
selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w,

walaupun 9 Julai bersamaan 26 Rejab 1431 Hijrah dah lalu, tapi untuk berkongsi ilmu mengenai Israk Mikraj ni, tidaklah ditentukan hanya pada hari itu saja.. oleh itu marilah kita sama-sama ambil tahu dan belajar apa itu Israk Mikraj.. moga dengan peristiwa yang dilalui Rasulullah s.a.w boleh diambil iktibar bersama...

"Maha suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid alHaram ke Masjid alAqsa (di Palestin) yang kami berkati disekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.."

(Surah al-israk 17:1) 


~PERISTIWA SEBELUM ISRAK~

1) Kewafatan Abu Talib (bapa saudara Rasulullah s.a.w.)
2) Kewafatan Khadijah binti Khuwailid (isteri Rasulullah s.a.w.)
3) Penolakan keras penduduk Thaif terhadap dakwah Islam.

Peristiwa pada malam sebelum berlaku Israk

"Atap rumahku dibuka, saat itu aku berada di Makkah. Malaikat Jibrail turun dan membedah dadaku, kemudian mencucinya dengan air zamzam. Kemudian didatangkan sebuah bekas dibuat daripada emas yang berisi hikmah dan iman, lalu dituang ke dalam dadaku. Kemudian dadaku ditutup."

Rasulullah s.a.w. mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh Malaikat Jibrail. Hati Baginda dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah s.a.w. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.


~SEMASA ISRAK~
(Perjalanan dari Masjid alHaram ke Masjid alAqsa)

Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah s.a.w diiringi oleh Malaikat Jibrail. Tiba di tempat tertentu (tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Malaikat Jibrail supaya berhenti dan solat sebanyak dua rakaat.
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah s.a.w menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Di antaranya:-

Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka.
Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

Tempat yang berbau harum.
Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibrail: Itulah kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suami dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh Firaun kerana tetap teguh beriman kepada Allah s.w.t. (tak mahu mengakui Firaun sebagai Tuhan).

Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka.
Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (solat).

Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain.
Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah busuk sedangkan daging masak disisi mereka.
Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.

Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.
Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba'.

Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain.
Kata Jibrail: Itulah orang yang tak dapat tunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.
Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah(mencela, menghinakan) orang.

Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tidak dimasukinya semula lubang itu.
Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

Setibanya di Masjid alAqsa, Rasulullah s.a.w. turun dari Buraq. Kemudian masuk kedalam masjid dan mengimamkan solat dua rakaat dengan segala anbia' dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah s.a.w terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah s.a.w memilih susu lalu diminumnya. Kata Malaikat jibrail: Baginda membuat pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Baginda turut diperlihatkan jenis seksaan yang menimpa WANITA yang membuatkan Rasulullah s.a.w menangis setiap kali mengenangkannya. Diantaranya:-

Perempuan yang digantung rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.

Perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan kedalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.

Perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang kedalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.

Perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwudhuk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas.

Perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala dibawahnya ada api menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.

Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya.

Perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.

~SEMASA MIKRAJ~
(Perjalanan dari Masjid alAqsa ke Sidratul Muntaha)
: : :Sidratul Muntaha: tempat yang lebih tinggi dari langit ke-7: : :

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah s.a.w. dan Malaikat Jibrail naik ke atas tanggan pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1) Langit pertama: Rasulullah s.a.w dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s, kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba' dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2) Langit kedua: Nabi s.a.w dan Malaikat Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa a.s. dan Nabi Yahya a.s.

3) Langit ketiga: Bertemu dengan Nabi Yusuf a.s

4) Langit keempat : Bertemu dengan Nabi Idris a.s.

5) Langit kelima: Bertemu dengan Nabi Harun a.s. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6) Langit Keenam: Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa a.s. Rasulullah s.a.w. mengangkat kepala (disuruh oleh Malaikat Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7) Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitulmamur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Lepada Rasulullah s.a.w., Nabi Ibrahim a.s bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH.

8) Langit kelapan: Disinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul Muntaha. Rasulullah s.a.w menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak, dan sungai madu lebah. Buah-buahan, daun-daunan, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Rasulullah s.a.w dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya Baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malaikat Malik penunggunya.

9) Langit kesembilan: Disini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul Muntaha. Rasulullah s.a.w masuk didalam nur dan naik ke Mustawa dan Shahrirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

10) Langit kesepuluh: Baginda Rasulullah s.a.w. sampai di Hadhratul Qudus dan Hadhrat Rabbul Arbab lalu dapat menyaksikan Allah s.w.t dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, RasulNya:-

Allah s.w.t: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah: Ya Rabb.Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pundan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izinMu dia dapat menyembuhkan orang buta, orang supak dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah s.w.t: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat diakhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf nahi mungkar, dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) solat.

Selesai munajat, Rasulullah s.a.w. dibawa menemui Nabi Ibrahim a.s. kemudian Nabi Musa a.s yang kemudiannya menyuruh Rasulullah s.a.w. merayu kepada Allah s.w.t. agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas sembilan kali merayu, (Setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

~SELEPAS ISRAK & MIKRAJ~

Rasulullah s.a.w. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Makkah pada malam yang sama. Rasulullah diperlihatkan berbagai-bagai kejadian luar biasa yang mengungkapkan pelbagai hikmah, iktibar dan pengajaran kepada umat Islam selepasnya yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk Mikraj yang amat ajaib itu. Wallahualam.....


~sekadar renungan~

Dari segi bahasa 'buraq' bererti 'kilat cahaya'.
Ia sejenis makhluk menyerupai haiwan, besar sedikit dari khimar dan kecil sedikit dari baghal. Bagaimanapun ia dijadikan oleh Allah s.w.t bukan jenis berdarah, berdaging dan tulang belulang seperti haiwan, sebaliknya ia diciptakan daripada cahaya.
'Buraq' mempunyai kelajuan yang luar biasa iaitu selangkah kakinya memacu bergerak sejauh mata memandang.


p/s: sumber dari artikel tempat aku buat.. :-)

02 July 2010

miss u mum

hari ni aku sedih sangat, aku tak tahu naper senang2 je air mata ni kluar... Ya Allah permudahkanlah segala kesulitan yang aku alami ya Allah... sesungguhnya aku adalah hambaMu yang lemah...

untuk ibuku yang jauh dari mata..mak...kak nor selalu sayang mama, selalu ingat mama, selalu doakan mama yg baik2..mak, ampunkanlah semua salah silap kak nor.. rindu mama :'-(((((

mak, hanya mama yg tahu apa rasa yg terbuku dihati ni, terima kasih sudi mendengar luahan kak nor.. sayaaaang mama