29 April 2010

1 of my KENANGAN PAHIT

Salam blog, kemarin masa balik keje, biasanya aku ikut mak mertua aku naik moto. Jarak antara sekolah dengan umah mertua aku taklah jauh sangat, adalah dalam 5 minit dah sampai, dekat je kan? mungkin naik basikal pun boleh la sampai 10 minit.


Part yang menyedihkan, ngam2 masa mak mertua aku parking motor depan rumah, ada pula........aduuhhhhhh sakitnya!!!!!! macam nak nangisss~ :(((( aku selak kain lengan aku, rupanya aku kena sengat tebuan :'-((((( maaaakkkk, kakak nor kena sengat tebuan..sakitnya, abissss merah lengan aku! Bapa mertua aku suruh aku sapu dengan minyak cap kapak. Korang tau tak apa yang aku rasa, dah la sakit, bulu tangan kanan aku meremang terusss!sakit..sakit.. :-(
Waktu minum petang sampai maghrib tu aku ok je, walaupun kepala aku dah start pening, tapi aku buat tak layan je, mama aku pesan kalau kepala pening2 sapu minyak kat tengkuk pastu buat kerja sendiri. Jangan layan sangat sakit tu,nanti akan bertambah sakit..hermmmm agaknya betul la tu.. pas solat isyak, makan, gosok gigi, masa nak tido tuuuu lah aku menggigil kesejukan.. aku tak tahu knapa lama2 badan aku panas, aku dah agak aku akan demam.. Sah!!memang aku demam.. oh tidaaakkkk!!!buat pertama kali dalam hidup, kena sengat tebuan and then demam..
Abanglah yang jaga aku malam tu, sediakan kain basah lap2 tangan dengan muka aku, kesian abang terpaksa jaga tihah.. Maafkan tihah ya...
Esok pagi, mak bawa aku pergi klinik, ambil m.c 1 hari, abis aku kena injek.. balik umah, makan ubat..tidooooooooooo sedar2 dah kul 5 petang, dahsyat kan ubat tu?ahahaha!!! kene ngko tihah!haha!!

26 April 2010

Aku sebagai Juruteknik Sekolah

Salam semuanya~hari demi hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, setelah dikira menggunakan kalkulator saintifik yg aku pinjam dengan adik ipar aku, dah sampai 2 tahun genap aku menjadi seorang juruteknik yang mantap,eheheheh! saje ja, xlah mantap sangat, tapiiiii boleh laaa~ masa mula2 keja dulu, masa tu aku kat skolah lama bertaraf sekolah menengah, soo memang bz sangat, tak sesibuk yg aku hadap sekarang nih!msa tu orang semua confused, bkn apa,adakah "eh,juruteknik komputer pompuan ke??" adedeh~~sedapnya statement tu berbunyi di telingaku, korang ingat title JURUTEKNIK tu dipegang oleh orang lelaki ja kah?minta maaf ya embak! perempuan aka kaum hawa juga berupaya menjadi seorang juruteknik. zaman sekarang atau zaman dulu memang banyak perbezaan, cma sekarang ni, zaman perubahan lebih menjurus ke arah arus permodenan teknologi, so semua orang boleh jadi juruteknik, tak salah mencuba, kerana akhirnya anda pasti berjaya!YAAAA HIDUP TIHAH!!! tapi aku taklah sampai sakit hati, aku rileks ja aku bagi senyuman manis aku kat makcik tu aku cakap"makcik, pempuan pun boleh jadi juruteknik" haa, sopannya aku,ehehhe!
senyuman yang aku berikan memang manis macam dalam gambo nie,ekekekeeke!

selepas itu bermulalah hidup aku sebagai seorang juruteknik komputer sekolah bertarikh 20 April 2008 bersamaan hari..entah!aku dah lupa,hehe!
tugas2 sebagai juruteknik, biasalah, repair komputer, repair internet sekolah, part yang paling aku tak suka ialah, apabila pelapor kerosakan melaporkan masalah kecil yg nenek aku sendiri boleh buat!!oh!indahnya pengalaman ni...urgh! aku pula dengan baik hati aku terus je tlg buatkn apa yg patut.. hermmmm mcm itulah rencah kehidupan seorg juruteknik, kadang best kadang tak best! yang paaaaling best ialah aku dah start buat blog, alah blog sekolah jer, aku belajar buat blog pun masa aku gi kursus buat blog, start dari situ aku menanamkan minat buat blog>> maka dengan itu terhasillah blog ~Fatihah~ walaupun dah banyak kali tukar kulit dan walaupun dah lama aku bercuti dari buat blog.. maaf yer blog ku cayang~~~


24 April 2010

Bahagiaku???

Salam blog.. aku terfikir apakah keputusan yg telah aku ambil buat hidupku terbaik untuk ku?? bgtaulah aku, mcmana aku nak tahu? ya betul ckp kau, hanya tuhan yang tahu.. semua rahsia Allah yang tahu, aku seringkali berdoa agar semua ni ada hikmah disebaliknya.. baru semalam aku tgk al-kulliyah, bahagia hakiki.. ustaz tu mention yg BAHAGIA ADALAH MILIK ALLAH, kita sebagai umatNya hanya meminjam bahagia yg dipinjamkanNYA tuk kita kerana Allah itu maha penyayang... Aku pula tak sedar diri, adakah aku layak terima bahagiaMu ya Allah,??? bantulah aku dalam meneruskan perjalanan hidupku sesungguhnya aku adalah hambaMu yg lemah...

23 April 2010

Aku yang pergi Ranau :-D

Salam to all readers, sementara aku tiada keja ni aku mau kongsi dengan korang pengalaman paling 3rasa dalam hidupku,ehehe (baik kan aku, jujur ja crita kenangan2 ni) :-) ngeeeeee~! Kenangan ni ialah percutian aku ke Kota Kinabalu with my beloved family (mama, ika and fiqah). Haziq takda sebab masa tu dia masih study di UiTM K.k. Sebenarnya kami xpenah terrrfikir pun mau jalan2 ni tapi kebetulan masa tu cuti skolah, lagi lagi aku yang dah nak kahwin ni, ingat nak beli barang2 tuk dibuat hantaran..kata orang "SAMBIL MENYELAM MINUM AIR" lemaassss~~~

Dengan gigihnya aku memulakan perjalanan dengan Basmalah, aku start enjin keta viva ku Cayang menyusuri jalan raya from Sandakan ke Checkpoint ke Telupid ke Ranau ke Kundasang ke Tamparuli ke Tuaran finally ke KOTA KINABALU.. Alhamdulillah, kami berehat dulu di umah makcik jalan Likas pastu mamam, solat, mandi tet tet tet tidooooo :-)))Fenat gilerrrr! Abih aku sorang ja yg drive, 5 jam perjalanan tuuuu, walaupun ada stop tapi..HELLLOOO~i'm not wonder women hokeyyhh! Viva ku cayang pun nak rest juga. slepas maghrib barulah kami memulakan acara cuci mata,ekekeke! aku bz nak cari handbag, shoes, makeup, semua tuk diri sendiri, yg tuk hantaran 'RAHSIA' sulit tuk dimengerti..hehe!Habis semua area shopping complex aku sapu kat k.k ni, pas poket dah kempis aku dgn hati gulita volunteer untuk balik umah.. masing2 dgn muka gumbiraaa. mama dengan kain jakelnya, ika dgn baju and beg skola, fiqah dengan blouse baru and jeng2nya(aku pun tak tau nape dia panggil jeng2), sempat juga jejak kasih dgn adik aku yg encem tu, ececeh!
On the way nak balik, kami singgah Ranau, nak melancong Kampung Tagal, pelik kan nama kg nie, aku dah banyak kali dgr,. Tarikan pelancongan pd kampung ni ialah 'IKAN' yaa..ikan, kenapa? sebab ikan ni bukan sebarangan ikan tau! ikan ni suka makan daki dan kotoran yg melekat di badan manusia. Mulianya keja ikan ni kan?simpati lak aku.. tapi takpe yg penting kulit dah cantik, hehehehehehe!!!
lihatlah air sungai tu, keruh sebab dalamnya ada baaaaaaaaaaanyakk ikan!selain masuk dalam air sungai, boleh gak bagi makan ikan.. nie yg part2 yg menggelikan..
walaupun ikan tu menggigit, tapi sebenarnya ia takda gigi.

22 April 2010

BTN aku di Kundasang, Sabah

Salam alaik.. Al kisahnya setibanya aku di daerah paling nyaman di Sabah, Kundasang, Ranau.. aku dapat rasakan udara yang paling best cejuuuuuukkkkkkkk amat! entry kali ni aku nak ceritakan sedikit pengalaman btn aku di kundasang..ok tak ok tak ok tak?
memang best aa tempat ni, walaupun takda port tuk shopping, tuk riadah tapi inilah tempat yg boleh menenangkan fikiran.. aku cadangkan kepada sesiapa yg nak honeymoon atau bercuti bersama keluarga, anda amatlah dialu2kan ke sini..
perjalanan dari daerah sandakan ke kundasang guna tr
ansport sendiri mungkin mengambil masa 4 jam, atau guna bas, mungkin 5 jam, yelah bas kan selalu stop kat tempat2 makan lagi.. so 6 jam adalah masa yg diperuntukkan untuk sampai ke Kundasang..

kundasang ni untuk pengetahuan semua, ia adalah kawasan yg dekat dgn gunung kinabalu.. sbb tu lah ia beriklim sejuk, walaupun ada matahari, tapi udara
yg dihirup sesegar2nya sejuk sekali.. sihat tuk tubuh badan.. hehe! mungkin sebab tu agaknyer keraj
aan pilih kundasang tempat untuk BTN di Sabah.

BTN atau full name nya hehe BIRO TATANEGARA, semua kakitangan awam atau mana2 pihak swasta mungkin tahu apa BTN ni, kalau dulu pas SPM lak aku terpilih untuk mengikuti PLKN, aku dapat di KEM paya INdah selangor, memang indah tempat tu, haha teringat lak kenangan manis dgn member2 seluruh malaysia, aku bang
ga j
adi anak MALAYSIAAAA!!!
untuk pengetahuan kawan2 alam maya, btn ni kursus untuk anda mengenali negara anda sendiri, belajar mencintai negara anda sendiri, hargailah pengorbanan para pejuang negara kita yang dulu, xlupa juga dgn yang skg ni.. apa kata nabil "Lu pikirlah sendiri"!! suke ati je aku ikut trademark owang, AWAS kalau aku dah ada tra
demark cendiri!!hem!

berbalik pada crita mula2, aktiviti seperti latihan dalam kumpulan, persembahan malam kebudayaan, explorace atau kembara bersama kumpulan, latihan fizikal, senaman pagi, peperiksaan.. tu semua waaaaajib anda ikuti, kerana untuk mendapat sijil lulus atau cemerlang, kehadiran amat dititikberatkan! jika tidak, anda akan ter
golong dalam golongan tak dapat sijil atau "Kandas"haa mcm nak nangis kalau kena ikut btn lagi..hehe!
selain itu dapat berkenalan dgn kawan2 baru,of cou
rse laa~~ semuanya dari pelusuk negeri Malaysia, (entah betul ke ayat aku ni) hantam sajala lah buuuuuu~~


ni kumpulan aku dulu.. best kawan ngan korang mmmmuuuaahhhx!!
antara juruteknik komputer di Sabah.. yg lain2 tu semua anak merantau tu, cian korang hehehe!


Perasaan vs Emosi

Apa perbezaan antara 2 perkara ni? perasaan ialah, apa yg kita rasa dalam suatu masa tertentu, example: sedih, marah, gembira, takut. Kalau emosi pula? emosi terganggu atau tidak, jiwa sasau atau dalam keadaan tenang.. itu pendapat aku la.. tapi kalau soalan mcm ni kuar dalam paper exam, markah mgkin 1 je,hehe! itupun kalau betul, ceh!berbalik pd story aku, semalam aku rasa aku ni jahil sangat.. aku sediiihhh... aku sedih rinduuu sangat ngan mak aku, ngan adik2 ku.. aku rs terkilan sgt sbb aku mcm tension dgn hari2 yg aku lalui.. Ya Allah, bukan aku tak ikhlas, tpi aku sudah bosan!!! ya Allah, ampunilah dosa2 hambaMu ini, sesungguhnya aku terlalu lemah dgn setiap ujian yg Engkau berikan.. jgnlah Engkau jadikan aku hambaMu yg tak kenal erti syukur.. ampuni aku ya Allah~

21 April 2010

Apa faedah blog??

Salam ukhwah.. pada suatu petang yang indah dikala aku kesepian dengan blog tercinta tiba-tiba.. ekekekekekeke~~ dah mula da.. hehe aku tefikir apa faedah aku ber'blogging'?? sesetengah orang ckp blog buang masa, mcm org takda kerja.. eh,orang mcm aku nie klau ditafsir sedalam perigi air kampung tinosa 2 taklah jenis yg suka buang msa! seriously aku jenis yg suka ikut jadual waktu,eherm repeat my statement, SUKA IKUT JADUAL WAKTU (harian).. mungkin pendapat smua org berbeza, ada yang sama ada yg tidak.. tp bagi aku banyak juga faedah blog ni.. meh aku senaraikan sedikit faedah yg ada.

1) kita leh buat duit (haaa ni yg paling utama sekali)!!
2) leh lepas tension:manalah tau kot2 ko tgh sedih leh tunjuk muka dpan blog sendiri bukan blog org len
3) leh buat tangan hang cepat taip! wow! bos suka tau pekerja dia rajin taip,haha
4) Lu pikirlah sendiri!! hehe




haaa tuk readers yg terrrrrrrrbaca blog aku ni, korang fikirkan lah apa faedah blogging ni>>
cak cak mali cak>>
wassalam~~

19 April 2010

Langkawi... yeyeyeyeye~

salam.. yep percutian di langkawi bersama hubby tersayang.. yuhuuu~ hehehe! sebenrnya benda ni dah lama, yela sejak aku tak mengaktifkan diri dgn blog aku aku asyik sibuk dengan tempat posting baru aku di sekolah baru.. haa,,, memang panjang citer aku nak tulis tapi takder masa.. aku nak online slalu tak dapat. tapi takper, dengan adanya Celcom Broadband, internet ada dimana2, makasih Celcom.. Bulan depan baru byr bil yach..ehehehe!

seperti yang diketahui umum langkawi ni memang banyak tempat best nak pergi.. haa salah 1 nya, Cable Car.. U know where to have Cable Car oh yess this is da Place.. uweeeekkkkk geli ku dgr cakap pengacara 8tv.. uik dah mula da aku merapu..
ok gambar atas ni, aku nek cc dgn suami, tpi bkn kami ber2 ja.. ada gak dgn family lain, kwan abg aku jg..
memang ada rasa gayat sketla.. tapi aku mmg gayat tmpat tinggi ni, tp bila dah tgk pemandangan yg indah,,Subhanallah~~~caaaaantttiikk sgt! !! aku suker aku suke!! untuk abg, trima kasih byk2 sebab bawak ayang jalan2 d langkawi.. muuuaaaaaahhhhhx!!

water world




abg memang ada bakat jadi tourist guide, haha!



makam mahsuri

dibelakang tu kawasan tanah padi

okey setakat ni ajalah yg boleh saya kongsi, langkawi....experience it yourself, :-)